Wednesday, December 3, 2008

Hari Keempat

Pagi tadi kami bergegas masuk ke Jakarta. Jalan seperti biasa - macet! Dalam perjalanan kami dihiburkan oleh 3 orang pemuzik jalanan (busker) yang khabarnya memang biasa akan mengiringi penumpang ke Jakarta. Hebat! Bayangkan mereka masuk dengan gitar dan dram mini yang diubahsuai. Serius, aku salut sama mereka! Sarapan di dalam bas, sama seperti ketika aku ke Singapura dari Kuala Lumpur dulu, malah makanannya sedap bangat!

Aku tertinggal kat top-up di dalam bilik, maka tiada peluang untuk top-up lagi. Hampeh!

Kami ke Habibie Centre dan ini kali pertama aku bersua muka dengan Dr. Dewi Fortuna Anwar yang telah sering aku dengar namanya sebelum ini. Kami dibekalkan buku-buku. Aduh, penuh beg siot! Aku rasa Habibie Centre ini cukup hebat untuk jadi tempat menggerakkan idea dan mantan Presiden Indonesia ini telah menggunakan 512 harinya sebagai Presiden dengan cukup signifikan.

Kami terpaksa membatalkan lawatan ke Tempo dan menggantikannya dengan lawatan ke Republika. Usai dialog di sana kami ke Hotel Sari Pan Pacific. Humang aih, Wi-fi di sini kosnya RM2 untuk 1 minit! Aku tidak punya pilihan melainkan kini berada di Starbuck berdekatan untuk mengakses internet. Ya, baru selesai melengkapkan Newsletter Disember untuk Malaysia Think Tank.

Tadi kami mengisi masa dengan slot rasmi Asian Renaissance iaitu Vision Construction. Ternyata pembentangan tahun ini pada hemat aku lebih bertenaga.

Sebenarnya membicarakan Asia yang tentunya kaya dengan kepelbagaian dan cita-cita bersama adalah sangat rumit. Sekurang-kurangnya 3 teks penting yang aku bawa untuk mendalami kekayaan gagasan di sebalik Asean dan Asia iaitu 1) Asian Renaissance karya DS Anwar, 2) Towards One South East Asia karya Jose Almonte dan 3) Himpunan ucapan Tun Dr Mahathir berkaitan ASEAN.

Petang tadi semasa ke Hotel kami bertembung dengan Demonstrasi Jalanan oleh pekerja-pekerja Indonesia sambil membawa kain rentang anti-kapitalisme :) haha, seperti biasa mereka semua mengambil peluang ini untuk memprovokasi aku. Tentu saja ia menarik kerana ia berlaku secara aman dengan bantuan pasukan keselamatan. Menurut teman-teman dari Indonesia, pasukan keselamatan ini biasanya akan mengakhiri tunjuk rasa ini dengan ikut sama bersolat Asar bersama para demonstran! Indahnya demokrasi :p

Esok kami akan melawat Kementerian Belia dan Sukan Indonesia sebelum mendengar Forum Pemimpin Muda di mana YB Yusmadi akan menjadi suara muda Malaysia di sana. Sebelum itu kami akan menekuni kuliah Cyber Government. Ya, malam esok kami akan menikmati makan istimewa sempena malam terakhir di Indonesia.

Langit Jakarta cerah hari ini.

No comments:

Post a Comment