Sabtu lepas aku buat keputusan untuk aktiviti hari ini. Awal kan? Kalau aku tak buat, tahun baru aku akan jadi tak best. Aku rasa aku dah ada beberapa pilihan aktiviti masa lapang dan tak lapang untuk dibuat.
Sorry den, aku memang nak sangat join kau main bowling, tapi aku memang dah susun jadual hari ini.
Makan tengah hari di surau dekat rumah Falin (dah lama aku nak tanya kenapa Cacang dah niaga situ lin? Aku rasa situ sangat strategik dan best). Lepas isi minyak dan ambil duit, aku dan Ramzi menghala ke Parlimen (saja aku ajak dia ikut supaya masa dia terisi sejak kontraknya tidak disambung).
Masuk Parlimen wajib bertali leher dan berpakaian kemeja kemas ok? Dan lebih baik jika kau pakai kot :p
Ya, 2 jam juga kami di Parlimen. Ikut Azra masuk di kawasan YB berdebat tentang dasar - Dewan Rakyat. Laa, aku ingat besar sangat. Eh, dulu aku pernah datang kenapa macam besar ek? Parlimen sunyi walaupun Dewan Negara sedang bersidang.
Aku ke tingkat 14, pejabat Ketua Pembangkang. Ada fail untuk aku uruskan - tak ada kena mengena dengan Ketua Pembangkang ok :) Dunia ni kecik sungguh, kenapa aku boleh jumpa junior aku di sana? Katanya dia baru sebulan berkhidmat untuk pejabat Ketua Pembangkang. Oklah tu.
Kemudian aku ke Pusat Sumber Parlimen. Ok, sini tempat yang best. Kami duduk di sana seketika untuk meninjau buku-buku yang ada. Tak banyak tapi banyak buku yang aku minat. Ok, aku akan datang lagi dari masa ke masa.
Lewat sikit bos nombor 2 aku datang (banyak bos aku sebenarnya, haha). Kami tinjau prosedur untuk dapatkan satu dewan kecil di Parlimen. Ya, ada projek yang nak dijalankan di sini bulan 1 dan bulan 2 ni.
Balik.
Aku tanya dia "Datang dengan apa?"
"I came with my driver" ringkas.
"Driver?" aku musykil. Dia selalu tak suka tunjuk dia royal sangat.
Kereta datang. NS9999. Kami salam. Mereka pergi.
Aku cuba ingat, tak silap kereta old skool yang dia bawa masa program kami Julai lepas NS999 kalau aku tak silap. Oklah, keluarga raja, apa nak hairan?
'saja aku ajak dia ikut supaya masa dia terisi sejak kontraknya tidak disambung'...er perlu ke tuan hamba letakkan pernyataan tersebut? ekeke
ReplyDeletehahahaha :p mana tau kawan2 kat sini nak bagi kerja kat kau...macam aku yg baik hati ni..hahaha
ReplyDeleteaku tau junior ko yg keje kt situ.die salu dtg umah aku.malu2 nk ngaku keje kt situ...=P
ReplyDeleteoh ye ke?
ReplyDeletetapi aku tau gak rahsia dia. sian dia. tapi takpela..semoga dia baik2 saja di sana.
aku pun tau rahsia tu..cam sengal je..tak sangka pulak budak tu macam tu..ah..biarla..takde kene mengena ngan aku pun...=P
ReplyDeleteRelaks beb, manusia boleh berubah.
ReplyDeleteYang positif saja. Kita tak perlu berebut masuk syurga sebab jika kita layak, Tuhan pasti sediakan ruang yang cukup untuk kita.
cacang dh balik kg. last jupe last 2 months rsenye. dia keje kt kg. abah aku ada offer dia keje, masak utk org Brunei, so kne keje sana. tp dia TAK NAK! Alasan dia: mak ayah x bg. abah aku siap dh offer duit buat pasport tp dia mcm serba salah. knp la aku x terer masak? mesti aku dh ada kt Brunei, masak2 :p
ReplyDeletekau ingat yg sorg lagi? yg meniaga putu piring? yg tu dh dpt anak sorg, keje kt JB :)
putu piring? tak ingat la pulak.
ReplyDeleteya, bestkan jadi cacang? aku dah masukkan azam 2009 untuk jadi pandai masak kat dapur. kat hutan tak acilah, sebab time tu rembat je apa yg ada, hehehe
aku pun terkejut tgk seorang adik kawan aku kat friendster, pergh, dah sampai ke Jerman dia belajar jadi chef. padahal seingat aku dia tu belajar elok sikit je dari adik aku akbar (kira oklah sebab akbar OKU kan?).
Tuhan itu Sangat Hebat!