Monday, December 22, 2008

Kalau Kau Buat Kek BlueBerry Tak Bagi Aku Sikit, Kau Memanglah....

hahahahahahahahahahahahaha...orang berkenaan jangan marah ya!
Sila mengaku kek anda sedap dan tipu aku sebelum aku kejar kau satu Serdang untuk palitkan ia ke muka :p

Ok serius sikit.

Aku baca sikit Why Mars and Venus Collide tulisan Prof. John Gray. Aku beli sebab Abu Saif memang cadangkan.

Aku sebenarnya agak sekian lama juga tak berborak soal cinta kasih sayang rindu dendam ni. Akibatnya aku sangat buta memahami wanita. Jujur dan setia saja tak cukup ok, melainkan kamu dapat perempuan baik yang sabar dalam proses dia kenal kamu dan kamu kenal dia...err, dan juga tidak emo. Ah, emo juga mungkin ok kalau dia boleh kekal jujur dan setia. Gila sabar lelaki :p

Antara benda yang aku rasa ada betulnya tentang apa lelaki rasa di sini, dan kalian (yang wanita boleh jadi hakim di sini) ialah :

1. Rasa percaya: Perempuan selalu rasa lelaki tak boleh diharap. Lelaki pula selalu rasa perempuan ni kuat mengungkit.

2. Kerja: Perempuan rasa macam banyak benda kena buat dan nak buat semua sekarang kalau boleh (sampai stress kot?) dan lelaki selalu rasa relaksla dulu, jangan kalut sangat.

3. Kerja lagi: Perempuan rasa lelaki tak bantu dia buat kerja. Lelaki pula agak 'tak faham' bila dah bantu ada saja yang dikatakan tak kena.

4. Kerja lagi dan lagi: Perempuan rasa lelaki hanya tolong bila diminta, sepatutnya lelaki fikir sendiri. Lelaki pula 'tak faham', perempuan ni ingat semua benda dia fikir kita boleh tahu ke?

5. Mengadu: Perempuan bila mengadu sebenarnya nak empati, bukan nasihat. Lelaki pula selalu ingat nasihat tu satu bentuk empati.

6. Adu lagi: Perempuan rasa tak boleh get along dengan lelaki (sebab lelaki macam tak faham perlu empati) dan lelaki pula rasa perempuan kerja nak membebel je.

7. Perasaan: Perempuan nak lelaki please mereka selalu. Lelaki pula rasa perempuan ni suka besarkan hal kecil (misalnya sms pun boleh jadi bahan emo).

8. Beza pendapat: Perempuan selalu nak menang biarpun mereka tahu mereka tak ada pendapat yang kuat. Lelaki pula selalu mengalah walaupun tahu mereka ada pendapat yang kuat. Tapi kadang-kadang lelaki cuba tegaskan rasional yang kuat, akhirnya kena marah. Maka, diam saja.

9. Pendapat: Lelaki suka precise, perempuan suka abstrak. Misalnya lelaki tanya awak suka saya atau tidak. Jawapannya harus ya atau tidak. Tetapi perempuan suka jawab "awak rasa?", "entah" (maksudnya tidak jelas dan boleh jadi bahan curiga dan bila mereka bermain kayu tiga, mereka boleh bagi alasan tak kata pun suka awak).

Hoho, aku rasa entry ini mungkin boleh letuskan pertengkaran gender..Tapi serius aku rasa ada logiknya juga. Kadangkala kau gaduh dengan perempuan dan kau sangat tak faham apa benda yang kau gaduh ni sebab kau rasa macam menjadi bodoh sekejap. Bila kau faham kau akan gelak sendiri. Ya, memang kau terlibat dalam bergaduh hal bodoh sebab kau fikir kau cuba jelaskan juga-juga sebab kau sayang dia tapi dia akan rasa kau bodoh sebab tak faham dia.

Sekarang ambil layang-layang, pergi cari tempat ada angin dan main sorang-sorang ok?

* Tulisan ini hanya cebisan kecil, sabar beb aku sedang membaca lagi...hahahaha

** Contoh-contoh yang ada tu mungkin over exaggerated tapi ia tidak masuk kategori fitnah atau ada-adakan cerita ok.

*** Aku tak mau bela lelaki atau perempuan. Kalau kalian sayang, buat cara sayang dan kalau kalian benci, sebenarnya hidup kalian ni tak ada hati.

17 comments:

  1. Perghhh amin!!hebat..semua ini dikaji atau pendapat sendiri?nampak macam bias je...=P

    ReplyDelete
  2. tak la..aku cuba tulis semula. contoh tu aku bagi untuk menjelaskan sikit pandangan lelaki kot. kan aku dah tulis tu aku x faham perempuan, so korang jadi hakim sendiri ok?

    gado2 pun tak guna..dunia ni kompleks Tuhan cipta untuk saling kenal. hebat betul cabaran Tuhan yang berbunyi simple itu...

    ReplyDelete
  3. kire ko ni mewakili semua lelaki kat dunia la ni...urm...so kene la cari lelaki yang sabar gile klu nk tangani semua ni kan..ko penyabar ke?=P

    ReplyDelete
  4. aik, bila lak aku kata aku mewakili semua lelaki di dunia ni?

    aku mungkin berazam untuk tidak membodohkan diri lagi :p

    aku penyabar atau tidak itu bukan aku harus jawab..sangat ramai manusia di luar sana untuk kau dapatkan jawapan :)

    syukurlah time aku sabar. time aku marah tu kau lari pusing satu padang kemudian kau akan nampak aku gelak balik, paling tidak pun senyum.

    bleh sakit jantung dowh kalo asyik sedih dan marah je. tapi sedih tu mungkin selalu kot, aku takleh tgk orang susah..maaf!

    ReplyDelete
  5. oh..ok bro..got it..saje je nak provoke ko..dah macam jadi ruang chatting pulak kat sini.hehe...=P

    ReplyDelete
  6. hahaha, a'ah. mujur kat sini. kalau kat fac dulu memang keje nak lawan maki je kita ni, hahahaha :p

    ReplyDelete
  7. tula...aku dah menyesal skarang(poyo!)..nak kurangkan aktiviti maki memaki ni.karang takde orang nak pulak...hahaha!!!=P

    ReplyDelete
  8. hahaha, no komen.

    zip mulut dan duduk senyap2 kat cafe rimba tu.

    aku masih la kutuk2 macam biasa sbb korang ni pangkat adik2 je.

    aku kan abang :p

    ReplyDelete
  9. ceh!!baik la abang..aku terima je..ok la.nak masuk tido pulak ni.taknak termimpi kau pulak.karang meracau pulak aku besok..haha!!nite!!!=P

    ReplyDelete
  10. 2 ayat aku 2..
    cis..
    huhuhu..;p

    ReplyDelete
  11. * Kau x kn dpt kejar aku! :P Dah siap, dh sejuk, kjp lg aku nk lumurkan filling dia plak. yeay! klu nk rs, mk sure free ptg ni, teatime session..

    Nobody's perfect.
    Klu dia lbh di ctu, dia akan ada kekurangan di cni. Klu both are perfect, dah xde la istilah "saling melengkapi & saling memerlukan" sbb 2-2 dh perfect smpi tahap asyik nk bertekak klu bjumpa. Maka, aku lbh suka, dia lbh di ctu, aku pula kurg d ctu, jd, i've somebody to rely on. Bila mana aku lebih di cni, dia pula kurg d cni, jd dia akn tahu bhw aku stiasa d cc dia, utk bantu dia..

    Klu ko x fhm ayat aku, nnt explain later.

    Kau tgk tangan kanan kau. Ada 5 jari kan? Nmpk ruang antara jari tu? Bila kau genggam jari kau, kau seolah2 genggam angin kan? Tp klu kau cantumkan jari2 kau pada tangan kiri (handcuff), kau akan rs ada sesuatu. Tu br jari sndr. Blm lg klu kau genggam jari pasangan kau nnt. Macam tu la mksd aku.

    Saling memerlukan di antara satu sama lain. Kesempurnaan terjadi atas kekurangan masing2 lalu bila digabungkan, ia blh di anggap sempurna..

    Hahahaha. Cukup aku merepek di pagihari. Gara2 SMS kau! Menciiikk!

    ReplyDelete
  12. sejak azali prpuan n laki mmg beza sampai la ke perangai..apa yg ditulis mmg ade kebenarannya kerana aku suka memerhati..cam contoh sms, tu pun leh jadi bhn gaduh(byk berlaku)..sbb perempuan dilahirkan dgn hati yang mudah tersentuh walaupun sekasar mane prpuan tu..tapi jgn diperlekehkan prepuan sbb die lemah lembut krn sampai 1 thp hati yang lembut tu bertukar keras..waktu tu mmg tak leh kata apa la..menda2 ni kalo tgk cam remeh tapi sbnrnya mslh yang takkan selesai sampai bila(setuju tak kalo aku ckp camni)..sbb tu kebykan psgan couple lebih dari skali..(kerana takde kesefahaman)oleh itu cari la pasangan yang serasi..hahahahaha..cuba utk membantu kelemahan die dgn kelebihan yang kita ada..kerana kt juga tak la perfect mana..hidup kita ada balance kalo tak balance tu yg jadi sampai lupa diri..(aku rase bab2 ni abg amin lebih arif kan)

    ReplyDelete
  13. aku lebih arif?

    aku rasa diri aku yg biasa selalu opposite bila dgn perempuan. kalau kat luar sana aku jadi idola (uwek!), kalau bab perempuan, mampus aku tersingkir awal kalau bab cari menantu.

    maka nasihat ikhlas aku..kalau korang putus cinta, jangan pandai2 janji pada diri sendiri sampai 4-5 tahun tak mau jatuh cinta. akibatnya padan muka tak reti kawan dgn perempuan, hahaha :p

    tapi konsepnya aku rasa takde masalah - laki dan perempuan mmg perlu saling melengkapi dan tak perlu dabik dada bahawa siapa pun lebih. itu rasanya sgt common sense, tak termasuk dalam istilah skema atau perlu dpt 8A1 atau 6 Agregate dalam SPM untuk faham kan?

    dan aku rasa sabar itu penting. cukup kagum dgn lelaki dan perempuan yg sabar..wlpn mungkin dlm hal lain mereka hampeh.

    ReplyDelete
  14. oh Zai, kalaulah kau pernah baca tentang sinergi dalam rumahtangga yang Saifulislam tulis dan aku petik di blog ini dalam bulan lepas ke awal bulan ni ntah..

    sebenarnya kahwin ni bukan soal kau terima persamaan je, tapi juga bagaimana kau hargai perbezaan juga :)

    ReplyDelete
  15. 'kahwin ni bukan soal kau terima persamaan je, tapi juga bagaimana kau hargai perbezaan juga :)'

    mmg cantik beb ayat 2..
    bg yg paham bgs la..

    act byk lg pasal kawin ni..
    ape2 ty diri sendiri dulu..
    dh bersedia ke x tuk moving next step n menikul tanggungjwb yg baru n lebih besar..

    kdg2 dh bersedia, pt ade lak hal2 lainnye xok, xbleh gk..
    jgn tekjar-kejar,let it be..
    insyaallah niat yg ikhlas n baik tuhan akan tolong..

    ReplyDelete
  16. hangatnye topik ni..tapi bagi aku sharing and saling memahami itu penting. aku dah terlepas apa yang aku kejar selama ini once n sekarang aku kejar balik apa yang aku nak dan akan kejar dengan penuh berhati2 and belajar dari pengalaman. maybe its worth for me to lose sumthingn and get sumthing. miss u all

    ReplyDelete