Tulisan penuh perspektif saya tentang Maal Hijrah boleh dibaca di WauBebas.Org. Semoga ia bermanfaat untuk dibincangkan tanpa perlu dipersetujui.
-------------------------------
Aku tak mahu tersekat dengan polemik sirah Ibn Ishaq dan perbandingannya dengan Sahih Bukhari. Pada aku itu polemik yang tak dalam, meskipun ia penting.
Kenapa aku kata tidak dalam? Kerana Salman Rushdie pernah menjawab bahawa sumber naratif Satanic Verses adalah dari sirah Ibn Ishaq. Tapi siapalah aku untuk melanjutkan ini? Cuma aku rasa kita patut berpada-pada dalam membenarkan diri kita larut dalam fanatisme beragama.
Kau tentu tahu bahawa 1 Muharam bukan tarikh sebenar Hijrah Nabi s.a.w. kan?
Ya, Hijrah Nabi s.a.w. hanya berlaku pada penghujung Safar dan Baginda s.a.w. tiba di Madinah pada 12 Rabiul'awal, tarikh lahir dan wafatnya Baginda s.a.w. kemudian. Dan peristiwa Hijrah adalah landasan yang tinggi untuk aku secara peribadi. Aku masih ingat saat diri bergelut pada usia remaja (sampai kini) tentang hijrah diri. Doakan aku kuat-kuat, sebut nama aku dalam doa kalian - Noor Amin bin Ahmad ok?
.....
Pada suatu hari, sedang kaum Muslimin di Yathrib (nama asal kota Madinah) menunggu seperti biasa tiba-tiba datang seorang Yahudi yang sudah mengetahui apa yang sedang mereka lakukan itu berteriak kepada mereka.
"Hai, Banu Qaila, ini dia kawan kamu datang".
Hari Jumaat itu Muhammad s.a.w. di Madinah. Di tempat itulah, di dalam masjid yang terletak di lembah Wadi Ranuna itulah kaum Muslimim datang, masing-masing berusaha ingin melihat serta mendekatinya. Mereka ingin memuaskan hati bertemu orang yang selama ini belum pernah dilihat, hati yang sudah penuh cinta dan rangkuman iman akan risalahnya, dan yang selalu namanya disebut pada setiap kali sembahyang.
Ya Allah, akankah aku merindukan Rasulullah s.a.w. melebihi diriku sendiri? :(
* Aku baru sedar bahawa aku tidak isi ruang Fragmen Sejarah ini untuk Eidul Adha yang lepas. Maaf.
** Ya Allah, berikan kebaikan yang banyak pada kami. Selamatkanlah kami. Ampunkanlah kami yang jahil ini.
*** Aku juga sedar 20 Februari 1956 ialah tarikh pertama Tunku Abdul Rahman melaungkan Merdeka :) 20 Februari, tentu saja aku boleh senyum.
Monday, December 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sahabat,
ReplyDeletekamu sekarang, rasmi, guru saya.
err..jangan la begitu fynn. kau dan aku kawan, dan saling memberikan yg terbaik utk manfaat diri dan bersama ok?
ReplyDelete