Friday, December 19, 2008

Macam Mana Ya?

Apa kau buat bila kau ada (ter)buat salah dengan orang? Ya, yang mungkin kau sengajakan atau kau memang tak tahu apa yang kau buat tu telah menyinggung hati orang?

Minta maaf? "Err, aku tak maksud nak sakitkan hati kau".
Diam dan buat bodoh? "Pi mampus la, nak ambil hati benda besar tu pun?"
Pertahankan mati-mati bahawa kau tak salah? "Ceh, mana ada aku salah...orang lain aku buat ok je, kau yang terasa lebih-lebih".

Atau ada yang lain?

Apa pula kau buat bila orang ada (ter)buat salah pada kau? Ya, mungkin dia sengaja atau tidak tahu bahawa dia telah menyinggung hati kau?

Maafkan dia dan terus buat macam biasa? "Ala, relaksla..sometimes aku buat salah juga. Benda kecik je ni. Take it easy ok?"
Salahkan dia dan kutuk selagi boleh? "Kau memang salah, jangan harap aku ampunkan kau. Orang macam kau elok pergi mati saja!"
Jadikan itu modal untuk terus tunjuk kau hebat? "Dia tu dulu gitu gini yadayadayada...so, aku yang paling baik ok?"

Dan kenapa kau buat pilihan tu?

Masa aku sembang dengan housemate aku 3 bulan lalu (dia akan keluar rumah dan menetap di kampung bermula bulan depan), dia ada bagi satu pandangan filosofikal yang aku rasa make sense juga. Katanya benda yang paling susah di dalam dunia ialah 50-50. Atau bahasa lain ialah ketidakpastian tentang sesuatu.

Aku pula gunakan 50-50 itu sebagai kata ganti untuk keadilan. Bukan beerti keadilan itu sama rata, cuma konsep yang sebenarnya manusia cuba jadikan di sebalik nombor itu.

Dulu aku rasa aku seorang yang perfectionist. Kerja mesti siap dengan sempurna dan tidak ada langsung cacat celanya. Perfectionist mungkin ciri yang memungkinkan pembawaan diktator - kau mesti ikut cara aku dan bukan cara lain. Tapi sejak aku kenal pluralisme, aku melihat perfectionist ini dari pengertian lain.

Orang yang selalu bergelut dengan idea sebenarnya tidak pernah puas dengan satu pandangan. Jika ada pandangan lain yang muncul, dia akan cuba mencari sisi lain untuk meluaskan perspektifnya. Betul salah bukan satu pertimbangan yang penting at the first place bagi seorang pencinta idea. Hanya saja selepas dia puas menemukan sejumlah pengamatan, dia akan memilih apa yang dia fikir baik.

Kata PK, peta dunia tak mungkin muncul jika pelukis peta pertama (siapa ya? Vasco da Gama?) tidak meneroka bahagian yang tidak pernah atau jarang dilalui manusia. Ya, sisi pandangan terlalu luas untuk kita bertelagah. Terpulang pada kau sama ada ia akan meningkatkan rasa penghargaan pada jamak pandangan atau kau rasa ia celaka dan kepelbagaian ini harus dimusuhi.

Aku pilih kebebasan dan dinamisme kemanusiaan perlu dirayakan selagi mana ia tidak sampai mencabul hak orang lain. Kau duduk saja-saja suka ke buang masa bergaduh dan bertekak dengan orang? Jangan jadi bangang dengan gagal memisahkan apa itu perbezaan pendapat dengan bergaduh. Semudah itu.

Ambil nafas dalam-dalam. Hembus.

5 comments:

  1. kau perfectionist. kau pndg kwn aku sblh mata :P

    dunia kecik je bro..akhirnya..kwn aku tolong kau juge :P

    *ni kes terpencil :P*

    ReplyDelete
  2. hahaha, falin..kau kena ingat. aku bukan jenis memusuhi orang. aku memang sengaja minta tolong dia supaya dia tahu bahawa apa juga hal yg berlaku dulu tidak memberi bekas kepada pentingnya kita terus berkawan.

    tak payahlah nak dikenang sangat hal dulu2, boleh buat gaduh beb, hahaha

    ReplyDelete
  3. hihihihihik :p case closed :p aku kan suke jek provok org :p

    yg aku tahu...kau BAIK..
    aku x dpt ungkap dgn kata2 yg lbh baik lagi..ianya tak TERUNGKAP..

    ReplyDelete
  4. ceh, tak perlu la kata aku baik. mungkin satu hari nanti kau rasa sebaliknya. yg penting kau dan aku manusia dan kita tak sunyi dari buat salah walaupun kita selalu nakkan yg terbaik dlm hidup.

    pandai2 la nak idup ye tak? jgn kau fitnah aku dahla, hehehe

    ReplyDelete
  5. life ni kan mcm roda..
    kadang2 dia ats n kadang2 di bawah..
    tepulang pd kte nk urus n handle cmne..

    act,bro sory lwt sket ari 2 jmpe..aku sbenanye gi beli bola baru,hehe..sbb 2 amik masa sket nk siap..n mlm td b4 game ars-liv aku mlpskan gian main boling yg tepaksa di cancel sabtu ari 2..
    9 game aku lyan..
    puas ati..rs nk main lg nnt,hehe..

    ReplyDelete