* Awas, tulisan ini agak panjang. Ia hanya ku sedari selepas View Blog :p
Ya, semua orang tahu rasanya. Tapi apa yang unik tu ya?
Dulu masa aku mula-mula kenal PK, sangat terkejut. Dia ajak aku minum di kedai mamak Darul Ehsan di bawah ofis Institut Kajian Dasar (IKD) di Bangsar. Baru kenal nama dan sedikit latar belakang pengajian je pun, PK terus pergi kepada persoalan bidang aku dan falsafah berkaitan. Pergh, mahu pecah kepala otak aku waktu tu.
Kau bayang, sebagai pelajar dalam bidang Perhutanan, aku fikir rata-rata dari kami lebih banyak gemarkan praktikal daripada filosofikal. Hanya lama selepas itu baru aku rasa mengerti di mana letaknya elemen filosofikal dan praktikal. Aku cuba selepas itu untuk bertindak selaras dengan elemen filosofikal semasa praktikal.
Banyak lagi pengalaman menarik kenal orang - Isham Rais, Fathi Aris dan lain-lain. Mereka ini mungkin manusia pelik. Pengetahuan dan pengalaman mereka juga jenuh. Hanya saja mereka ini pada aku sangat friendly.
Sejauh mana manusia itu kau lihat sempurna, ia sebenarnya terkandung dalam hakikat manusia itu tidak ada yang sempurna. Maka istilah perfect sebenarnya adalah sangat janggal. Hanya mereka yang mengikut emosi saja yang jika berbeza pendapat akan mengeluarkan perkataan ini misalnya "ah, macam la kau perfect sangat".
Memang, dalam keterbatasan jangkauan manusia, kita tak dapat mengelak untuk melihat sesuatu itu sebagai sudah cukup sempurna di mata atau akal fikir kita. Tapi pada waktu itu aku yakin itu adalah tanda bahawa kita sentiasa mengakui adanya ruang pembaikan yang cukup banyak.
Mengenal karakter manusia sebenarnya tidak mudah. Ada manusia yang sangat perahsia atau kalau lebih umum mungkin lebih introvert dan ada manusia sebaliknya - ekstrovert. Ya, tentu sekali latar belakang manusia membesar, ilmu yang ditimba, cara penaakulan dan persekitaran yang mendorong cara berfikir kita (sampai menjadi paten? mungkin).
Kau, kalau rasa manusia tidak faham kau...jangan lekas melatah. Tanya diri kau sebanyak mana kau rasa dia tak faham kau dan sebanyak mana kau telah tonjolkan apa yang kau rasa secara jujur pada dia?
Dulu di kampus orang macam cuak dengan aku. Aku selalu serius dalam mesyuarat dan mereka ini hanya jumpa aku semasa mesyuarat. Ada juga yang hanya kenal aku di surau. Ada juga yang hanya jumpa aku semasa di hutan, atau masa bersukan atau masa lepak di kedai makan. Ada yang kenal aku di forum-forum serius seperti politik dan sebagainya. Ada yang hanya kenal di blok kolej kediaman kami.
Dulu aku pernah takut aku ni ada split personalities. Tapi masa aku semak semula rupanya aku ni multiple personalities..phew! Gerun juga la, silap-silap boleh masuk Wad Gila, haha. Benda ni pernah aku terangkan dalam forum di UmmahOnline dulu (tengok link di sebelah kanan). Itu baru bab pemikiran ada yang tak boleh terima hakikat aku sebagai budak surau bergaul rapat dengan rakan-rakan yang cenderung menerima ideologi sosialis sebagai hujah perjuangan praktikal. Masa tu pun dah berkerut kepala memikirkannya.
Aku ada satu kepercayaan pelik. Latarnya di ibu kota ini seakan ada satu pandangan sinikal menolak pluralisme dengan definisi yang cukup sempit. Dan ia seakan menjadi kempen yang cukup senyap tetapi kuat. Sedangkan aku dan teman-teman cukup merayakan kepelbagaian ini. Kami suka melihat keunikan diri masing-masing dan mahu bersinergi dengannya. Unity doesn't mean uniformity. Kau boleh balik ke zaman Hitler atau diktator yang lain jika ada fikiran begini (dan mungkin ini sebabnya kita dapat pemimpin yang zalim kot?).
Pada hemat aku, jika nak fikirkan satu paten saja manusia, istilah perpaduan tak perlu ada dalam dunia ini. Bayangkan, asal berbeza maka harus berpecah, berpisah malah bermusuh! Gila kan dunia ni?
Aku tau kadang-kadang kita tak boleh ngam dengan seseorang. Itu normal. Kalau aku, aku tak pernah melihat ini sebagai ancaman. Sebagai orang yang percaya kepada Open Society (cewah, bunyi macam projek George Soros pula!haha), aku berpegang kepada terma Sharing is Caring.
Hidup ini puzzlenya banyak. Kalau kau pernah mendengar tentang Black Box Theory, aku mungkin antara orang yang fanatik dengannya. Black Box Theory adalah sama seperti mana kisah rakyat dulu kana tentang 6 orang buta dengan seekor gajah di dalam kotak besar yang gelap. Sepanjang umur si buta, mereka tak pernah tengok gajah. Seorang memegang kaki gajah dan menyangka ia seperti batang pokok. Seorang memegang telinga dirasakan seperti kipas yang besar dan sebagainya. Padahal gajah itu adalah hasil cantuman seluruh elemen ini.
Dari hal Black Box Theory ini, sebenarnya kita sebagai manusia memang tak mampu memahami keseluruhan apa yang ada dalam hidup. Kita hanya boleh cuba mendefinisikan sesuatu daripada puzzle yang ada. Dan cebisan yang ada pada kita belum tentu sama dengan cebisan yang ada pada orang lain. Welstanchung atau pandangan sarwa atau World View ialah berkaitan big picture - bagaimana kita melihat dunia dan kehidupan.
Kita boleh bising-bising dengan apa yang kita tak faham pada orang lain. Perkataan faham memerlukan lebih daripada cara bising-bising. Bila orang tak faham kita, perasaan mereka sebenarnya sama saja seperti kita tak faham orang lain. Bila orang bertanya kepada kita (walaupun mungkin caranya tidak kena), anggap saja itu usaha untuk memahami. Itu lebih baik daripada tak faham dan bising-bising kepada orang lain seolah kita betul dan orang lain salah.
Bila kita terlalu banyak menagih orang memahami kita tanpa kita rasa perlu memahami orang lain, percayalah bahawa kau tak akan sepenuhnya bahagia sebab kau tak akan dapat belajar dengan baik menghargai perbezaan yang ada.
Lagi satu kau percaya tak? Jika minda kau sentiasa negatif, maka hasilnya ialah negatif kerana dari awal itu yang kau mahu. Kau paksakan jawapannya begitu. Kita tak mampu ubah orang lain melainkan diri kita sendiri. Maka berpada-padalah dalam membenci dan menyayangi. Untuk aku, raikan saja perbezaan dan persamaan. Kalau kau pernah ikut aku dalam outdoor, insyaAllah banyak true colours kau yang aku boleh tunjuk - bukan untuk mengatakan kau manusia hina, tapi apa yang kau ada itulah aku cuba hargai sepenuhnya.
Karakter manusia sebenarnya boleh dilihat dalam dua keadaan - saat dia terlalu selesa dan juga saat dia terlalu tertekan. Jika ada kalian temukan kelemahan pada orang lain, anggaplah Tuhan menjadikannya untuk kalian berperanan untuk bantu dia menjadi lebih baik. Jika kalian temukan kelebihan pada diri kalian, anggaplah Tuhan memberi amanah untuk ia digunakan bagi kebaikan orang lain.
Hidup ada give and take. Semudah itu.
* Tulisan spontan di atas mungkin tak apply untuk mereka yang selfish (oh, harap bezakan dengan selfish dengan punya self interest, baru semalam kami ada bincangkan sikit tentang ini..almaklum libertarian mendokong individual liberty).
** Tulisan ini punya kaitan dengan kursus korporat yang aku uruskan baru-baru ini.
*** Untuk sifu Puan Ainon, tulisan ini mungkin menjelaskan lagi persoalan Puan tempoh hari tentang inward dan outward looking. Sebenarnya sukar untuk saya jelaskan cara Nabi s.a.w. kerana pada hemat saya, ia berjalan seiring kerana Islam itu datang untuk diri dan ummat. Saya mungkin silap, dan di sana peranan kalian membetulkan :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ada seseorang pnh ckp dgn aku
ReplyDelete"saya nk cuba jd mcm kaklin. stiasa pndg positif. saya xde keberanian mcm kaklin."
dia ni, sama2 report duty dgn aku kt mosti. dia salu tye aku, cane nk hilangkan nervous, stage fright, etc..terusterang..aku belajar dr sifu yg bernama KAU, abang ku :)
*terer gile aku tipu dia. aku mana berani. aku pndai jek nasihat org positif, tp aku TIDAK. ohh..sguh kesian dia..hehehe :p aku penakut. atas stage ckp laju2 sbb ape ntah.iskk..
aku tahu, positif itu sgt PERLU dan penting..
ReplyDeletealamak, aku pun tak tahu masa bila aku ajar kau lin :p
ReplyDeletepersonally, aku memang dari dulu suka share apa2 je dgn orang (aku rasa tak sukar utk kau setuju hal ni kan?). sebenarnya aku suka juga bila korang share dgn aku macam2.
at the end, walaupun kalian junior, tak banyak sedikit pun dah menggembirakan aku.
falin, aku x ingat bila kau dgn kecik rapat dgn aku. seingat aku masa kelas planning kan? then aku dimangsakan masa kelas bisnes korang? ke bisnes dulu? aku tak ingat sebab kelas bisnes tu aku ambil awal.
amin, apa kata kau amik kelas fine art. second degree ke.. and find out about yourselves. untuk orang yang 'berkerut' mcm kau, mungkin best!
ReplyDeletedurian, sorry...aku dah tua di kampus sebab ambil banyak sangat kursus tak berkenaan direct dgn bidang aku.
ReplyDeleteaku memang enjoy, tapi aku dah tak ada duit utk cadangan kau di samping aku rasa aku nak buat benda lain sambil berkira-kira untuk kahwin, haha
[url=http://pittsburghmom.com/members/Pokimon2010/default.aspx/][img]http://i048.radikal.ru/0910/57/9a759e833d4a.jpg[/img][/url]
ReplyDelete10603 movies of rare DVD status
We secure thousands of the hottest movies you've been waiting to supervise! And they're stylish convenient in Hi-Def!
These movies are playable on most viewing devices including iPod, PDA (HandHelds), PC, DVD & DivX players.
There are indubitably no limits. Download as much as you require with incredibly weighty speeds. No additional software is required!
Unreservedly click on a tie-up, download a flick picture show and care for it on your favorite player.
[size=4][url=http://pittsburghmom.com/members/Pokimon2010/default.aspx]Sign Up[/url] today and forget about buying or renting DVDs offline. [/size]
[url=http://movies.aoaoaxxx.ru/][img]http://i038.radikal.ru/0910/6d/1c3f50e4ddf0.jpg[/img][/url]
[url=http://pittsburghmom.com/members/Pokimon2010/default.aspx][b]TOP 40 BEST Movies:[/b][/url]
Dorothy Mills
Odyssey, The
Cobra
Eat Your Heart Out aka Skinned Alive
Space Jam
Fighting Tommy Riley
Flesh for Frankenstein
Illustrated Man, The
40 Year Old Virgin, The
Fast and the Furious: Tokyo Drift, The
Flower Drum Song
Gremlins
He's Just Not That Into You
Lost in Translation
August
Comebacks, The
Harsh Times
Prophet, The
Machinist, The
Great Race, The
Going in Style
Love & Sex
Metro
King of Marvin Gardens, The
Mysteries of Pittsburgh, The
Big Bounce, The
Cold Creek Manor
Barbie Fairytopia: Magic of the Rainbow
Stark Raving Mad
FeardotCom
[url=http://community.v2home.co.uk/members/rashidaashukin65.aspx]Dangerous Beauty [/url]
[url=http://ivoroling.nl/members/abdulvahidgli.aspx]Murphy's Romance [/url]
[url=http://cherryvalleylife.com/members/zahidbistrogla.aspx]Hunchback of Notre Dame II, The [/url]
[url=http://mcgeefamily.biz/members/renataevtjushkin.aspx]Mickey Mouse Clubhouse [/url]
[url=http://navaly.org/members/klimperehodov7.aspx]Runaway [/url]
[url=http://ishug.is/members/nuzartimoshenko.aspx]Plunkett & Macleane [/url]
[url=http://james-e-morris.com/csjem/members/evgenijkrivoshe.aspx]Moon Zero Two [/url]
[url=http://feedbeast.com/forum/members/mutiolshanniko.aspx]Extraordinary Rendition [/url]
[url=http://notradical.com/members/aminadimkin51.aspx]Seventh Moon [/url]
[url=http://feedbeast.com/forum/members/mutiolshanniko.aspx]Killing Floor, The [/url]