Wednesday, December 24, 2008

Memberi dan Menerima

Kalau kau pernah buat salah, kau jangan segan untuk minta maaf. Banyak kali pun kau buat salah, kau tetap kena belajar minta maaf.

Dan bila orang minta maaf daripada kau, kau jangan sombong untuk memaafkan. Banyak kali pun orang buat salah pada kau, kau tetap kena belajar memaafkan.

Ada orang mungkin memerlukan masa yang sedikit lama untuk berubah, dan ada orang yang boleh berubah sekelip mata.

Jika kau ada buat salah, kau harus belajar mengaku. Tak ada apa yang kau perlu takut. Mengaku buat salah lebih mulia daripada kau tipu dan bermatian mengatakan kau betul sedangkan kau tahu kau salah. Kau tak tipu sesiapa kalau mengaku salah dan lebih penting sekali kau tak tipu diri kau sendiri.

Tapi memang dalam hidup kau ni ada benda yang kau mungkin salah di pandangan mata orang, tapi kau tak tau pun apa salah kau. Sebenarnya pada aku ia bukan salah, ia lebih kepada bagaimana kau melihat atau interpretasi apa yang berlaku. Ingat aku suruh buat lukisan dengan arahan umum dan tak boleh bertanya tu? Ya, lebih kurang begitulah.

Kau mungkin bosan dan jemu dengan orang yang 'terulang' buat salah, hendak lagi salah yang sama pada kau. Tapi kau jangan putus asa dalam hal memaafkan...Hei, aku tak bermaksud kalau kau buat salah, kau tak perlu cermin diri untuk belajar berubah walaupun berdikit. Masing-masing kena cermin diri. Kau jangan ingat bila kau nampak salah orang, kau terus rasa diri kau betul. Bersederhanalah...

Kalau kau tau saat kau meminta maaf dan memberi maaf itu ada dosa yang tergugur dengan sendirinya, kau mesti seronok memberi dan menerima.

Kau boleh tahu jujurnya manusia dari air mata dan bagaimana mereka bereaksi dengan masalah. Kau akan tahu sama ada mereka jujur atau pura-pura.

Kalau kau rasa down dengan hidup kau, kau hanya perlu step back dan cuba tenangkan diri. Kau tak boleh expect semua orang ada hati yang baik untuk minta maaf atau memberi maaf pada kau. Tapi apapun, kau kena selalu maafkan orang walaupun dia tak minta maaf. Sebenarnya sebelum tidur, kau memang patut doa pada Tuhan untuk beri maaf kepada semua yang ada buat salah pada kau. Siapa tahu itu tidur kau yang paling panjang?

Let's move on. Ada banyak lagi benda dalam dunia ni kau boleh buat dan kau tak perlu banyak habiskan masa kalau ada orang ego yang tak tahu minta maaf dan tak tahu memaafkan.

Hidup kau mesti banyak senyum, kalau tak aku pula jadi gelisah...

2 comments:

  1. monolog org sepi nie ada kebenarannya... setuju 100%... erm wonder juga... org kalo bt salah akan lebih suka cakap "sorry" @ "i'm sorry" berbanding "saya minta maaf ye"... agak2 permohonan kemaafan mana yg lebh ikhlas "sorry" atau "minta maaf"

    ReplyDelete
  2. either one is ok as long it sincere from their heart. but who would judge either he/she sincere or not?

    just move on...hidup buat musuh best ke?

    ReplyDelete