Sunday, December 28, 2008

Mengakhiri Tahun Baru Dengan Mengenang Yang Lama

Perhatian, sebenarnya aku mahu menitipkan tentang Maal Hijrah. Tapi aku harus tunggu proof aku disemak oleh bos (berapa banyak bos da) di London. Tapi aku akan cuba selitkan dalam entry kemudian - insyaAllah esok.

Hari ini sangat penat. Aku baru balik dari Banda Hilir, Melaka - menghabiskan Tahun Baru dengan ke tempat sejarah. Sebenarnya aku merancang untuk mendaki gunung, tapi tak ada kawan-kawan yang benar-benar lapang untuk 3 hari 2 malam.

Oh, hari ini aku sangat tak betul...a.k.a. cuba kembali mengenang zaman muda aku :p

Dialog 1

Sekitar 8.30 pagi, seorang lelaki dengan baju putih tertulis Cato University sedang berjalan di bahagian kanan jalan. Dia menggalas beg Deuter hitam (yang boleh isi laptop tu, bukan daypack biasa).

Sebuah kereta Honda berwarna biru perlahan lalu di tepinya. Di dalamnya ada pemuda lain memandu dan dua orang gadis lain di tepi dan kerusi belakang. Lelaki berbaju putih ini tidak semena-mena menahan kereta ini. Lalu kereta ini berhenti dan membuka tingkap.

Lelaki : Boleh tumpang tanya tak?
Pemandu : Apa?
Lelaki : Mana jalan ke syurga?
Pemandu : Hah?

Dialog 2

Dalam kereta lelaki berbaju putih ini berbual dengan dua orang rakannya (sebelum diulang tayang di Kota A'Famosa).

Lelaki : Eh, aku rasa dulu selepas Portugis serang Melaka, mesti ada orang Kelantan yang datang berhijrah ke Johor melalui jalan ni.
Kawan-kawan : Kenapa?

Lelaki : Kau tengok betul-betul signboard jalan tu. Hujah 1) Ayer Molek, hanya orang Kelantan saja biasa guna perkataan Molek. Hujah 2) Orang dulu-dulu mungkin suka minum tuak, lalu mabuk. Kau tengok Semabok. Aku rasa masa mabuk tu, mereka bincang nak minum takpe sebab dah penat berjalan, janji sekali je mabuk. "Se" tu kan hanya orang Kelantan untuk nilai sekali? hehe
Kawan-kawan : Ngarutlah kau ni.

Lelaki : Tapi hujah ketiga yang paling kuat.
Kawan-kawan : Apa dia?

Lelaki : Tempat yang mereka nak pergi tu ialah Muar sekarang ni. Ceritanya mirip Parameswara bagi nama Melaka.
Kawan-kawan : Cerita la..

Lelaki : Masa sampai di sana, sesama Mat Kelantan ni dok tanya nak bagi nama apa tempat ni?
Masing-masing blur dan minta orang lain jawab...mereka cakap "taktau, mu ar ghoyak", "mu ar", "mu ar", "mu ar"....dari dok lawan bertolak tu la, akhirnya nama Muar tu didapati...

Kawan-kawan : *ketawa macam harem....*

Dialog 3

Kami singgah di Taman Malaysia dan Taman Asean..tapi tak jadi masuk sebab tiketnya sekarang dah jadi RM12. Sebenarnya kami tak kisah untuk masuk, tapi kami terlewat sampai kerana faktor kesesakan jalan raya. Sangat tak sangka begitu sekali meriahnya tempat-tempat rekreasi di Melaka. Sebagai graduan Pengurusan Taman dan Rekreasi, aku sangat bangga. Cuma aku rasa dari segi Carrying Capacity (CC) dan accessibility tu perlu dipertimbangkan secara serius oleh pentadbiran di Melaka. Tempat parkir sebenarnya sedikit bermasalah. Tapi oklah, berpeluh juga hari ni.

Lepas kami selesai dengan lawatan ke tempat terakhir iaitu ke Memorial Perisytiharan Kemerdekaan (seingat aku kalau dalam dokumen disebut Pemahsyuran Kemerdekaan), kami bergerak ke Pantai Klebang untuk buat BBQ. Layan gakla angin yang kuat di sana. Nasib kami baik api dapat dihidupkan.

Singgah solat di surau berdekatan, aku nampak sekumpulan jemaah tabligh sedang buat halaqah dan menceritakan kebesaran Allah s.w.t.. Sayang tak punya kesempatan untuk duduk bersama. Tapi ada seperkara yang aku dan kawan-kawan dakwah di kampus masih boleh ingat tentang sukarelawan jemaah tabligh ni....kami biasa boleh cam mereka dari senyuman walau apa pun pakaian mereka (semasa mereka aktif). Entah kenapa, aku sukar menidakkan ini. Ikatan hatikah?

Tadi dapat sms seorang sahabat minta tolong belikan buku. Aku maklumkan pada dia, buku itu dia akan dapat secara percuma. Dia tanya "baru balik dari mana gembira semacam ni?"

Aku hanya jawab "sempena Maal Hijrah..."

Oh, aku terkenang nasyid darjah 4 "1 Muharam detik permulaan, perkiraan tahun Islam hijrah...perpindahan Nabi dan umat Islam, dari kota Mekah ke Kota Madinah..."

Ya, maju terus!


15 comments:

  1. ni bknnya masa utk aku mkn TEMPOYAK!!!!

    kisah yg tu kau lupe ye?

    xpe, aku suh mrk yg berkenaan ulang tayg crte tsebut :P

    sronok pegi jln2 memandu kereta si dia kan. smpi tahap aku sms tu :p

    ehh..typo laa..bkn si dia..iskk.. :p

    ReplyDelete
  2. aku dah bilang berapa kali? kau jangan cuba wujudkan harapan ttg aku dan sesiapa...tak akan berjaya.

    nanti belek2 entry bulan ni, ada satu tu aku linkkan ke entry sharifah hadli, kau baca itu baik2 :p

    ReplyDelete
  3. ok aku tahu tu..td kau dh ckp..aku ingat..x mahu letak harapan..xpe aku delete komen tu..nnt org lain akn fikir bukan2 kan?

    ReplyDelete
  4. haha, tak perlu delete la kawan.

    aku hargai usaha korang nak carikan aku orang yg sayang dan nak jaga aku.. :p

    tapi soal hati ini bukan boleh dipaksa2kan? dan di situ aku akhirnya tidak mahu jadi 'bodoh sekejap' lagi :p

    kalau tak dpt farmasis, agak2 boleh dapat doktor tak? hahaha

    ReplyDelete
  5. weih apa kaitan orang kelantan dgn trip kau ke melaka plak ni? :p

    ReplyDelete
  6. whipped potato=tempoyak(menarik)hahahaha...
    tu dia pengasas teori main chess srg dr..dah mulakan teori baru plak...(bunyi dia cam logik juga)pasni siasat lagi mane tau betul..hohoho...
    salam maal hijrah..

    ReplyDelete
  7. atas keyakinan dan iman yang teguh,
    kaum muhajirin dan ansar bersatu!

    ReplyDelete
  8. haha, aku ada keyakinan baru..

    usia aku akan berkurangan menjadi 16 tahun pada 2009 tambah-tambah lepas dapat gitar akustik :p

    ReplyDelete
  9. Salam,

    betul la teringat nasyid masa sekolah rendah tu.

    ReplyDelete
  10. hehe, nasyid best apa?

    ia buat aku rasa aku seorang muslim yang baik :)

    ReplyDelete
  11. hmm..
    mungkin ye..
    jika dinyanyikan dr hati yg
    luhur lg suci..;p

    ReplyDelete
  12. pembetulan..pantai klebang dah kener tambak..yg pegi aritu pantai puteri

    ReplyDelete
  13. yela tu..pantai puteri. aku br perasan kesilapan kamu di situ abg amin :p

    ReplyDelete
  14. nope..
    act 2 area tanjung kling...
    pantai puteri seblum tanjung kling..

    so,pembetulan lg..;p

    ReplyDelete