Tulisan ini sedikit skema, ia tidak muktamad dan bersifat pandangan peribadi yang boleh jadi salah dan boleh dibetulkan. Allah s.w.t. juga yang Maha Tahu. Juga harus diingatkan di sini saya tidak pernah mendapat pendidikan khusus dalam mana-mana sekolah atau universiti bercorakkan agama (kecuali masa tadika :p).
Saya juga dengan penuh sedar bahawa saya pernah diingatkan oleh sahabat yang saya hormati tentang bahayanya pembicaraan tentang hukum hudud ini. InsyaAllah, saya cukup yakin bahawa Allah s.w.t. Maha Tahu apa ada di dalam hati saya.
Politik hudud muncul lagi. Sekurang-kurangnya KJ berjaya 1) untuk memancing PAS bergelut dengan polemik ini tatkala UMNO-BN tercungap-cungap dan 2) untuk menunjukkan sikap sebenar UMNO. Memandangkan ada sahabat yang bertanya di chatbox, saya cuba mahu berkongsi pandangan di sini. Sekurang-kurangnya KJ berjaya menggunakan masa yang tepat untuk ini.
Kita harus faham bahawa hudud (jamak bagi haddun) bermaksud larangan dan dari definisi syariah ialah hukum kesiksaan bagi kesalahan jenayah sebagaimana yang tertera di dalam Al-Quran dan As-Sunnah antaranya 1) Potong tangan bagi mencuri (Al-Maidah, 5:38) 2) Sebat 100 kali bagi penzina dan rejam bagi yang dah berkahwin (An-Nur, 24:2) serta contoh hukuman terhadap Maiz dalam sirah, 3) Qazaf bagi penuduh zina yg gagal kemuka 4 saksi (An-Nur, 24:4-5), 4) Sebat bagi peminum arak, jumlahnya ada khilaf misalnya zaman khalifah Abu Bakar r.a. 40 kali, di zaman Umar r.a. 80 kali, 5) Perang terhadap penderhaka negara (bughah), ini selalu dimanipulasi secara salah oleh BTN, semoga Allah s.w.t. berikan kamu petunjuk, 5) Perang terhadap perompak di jalan, rumah dan gedung perniagaan dan 6) Bunuh bagi yang murtad bersandar hadis, namun ulama' berkhilaf bahawa ia tidak termasuk dalam hudud kerana tertakluk kepada keadaan dan suasana dan juga ada orang perseorangan yang murtad di zaman nabi s.a.w. tidak dihukum bunuh.
Hudud WAJIB dipercayai namun ia berbeza dengan perlaksanaan - kerana ia melibatkan banyak syarat. Tujuan sebenar tentunya untuk memastikan keadilan, menjaga ketenteraman dan kesejahteraan. Orientasi hukum dalam Islam ialah mendidik dan bukan menghukum.
Perlaksanaan hudud di Malaysia harus dilihat dalam konteks yang betul - mengambil kira faktor sejarah, persoalan pemerolehan kuasa dan sebagainya. Bila kita menjadi negara bangsa, kita berdepan dengan masalah waqi' (setempat). Untuk saya, kaedah usul fiqh - jika tak dapat buat semua jangan tinggal semua sangat penting untuk diambil kira. Kegopohan kita hanya akan memalitkan nama buruk pada Islam.
Saya tidak mahu pergi terlalu jauh, cukuplah kita bicara soal Rule of Law yang umum, yang kita katakan sekular ini. Sejauh mana kita mengangkat ia di tempat sepatutnya sedangkan dalam negara ada manusia yang above the law. Ia telah jadi rahsia umum! Sebab itu saya bersetuju dengan Syeikh Rashid Ridha (semoga Allah s.w.t. mensejahterakan rohnya) bahawa beliau menemukan Islam di Barat dan hanya Muslim di dunia Islam! Kita sendiri tak mampu menetapkan bahawa diri kita tertakluk kepada keadilan dan tidak berada di atas undang-undang! Ya Allah, lemahnya kami umat akhir zaman....
Kita harus berpijak di bumi nyata bahawa masalah undang-undang di Malaysia memerlukan complete overhaul of the existing law. Sebagaimana masalah dalam menegakkan tiang-tiang libertarian, ia memerlukan sejumlah institusi untuk membolehkannya bergerak (dan belum tentu sempurna....sedangkan libertarian yang dikatakan 'tidak Islami' itu menghadapi masalah, apa yang kalian fikir tentang apa yang kita yakin sempurna itu?).
Perlembagaan Malaysia memang tidak membenarkan Dewan Rakyat meluluskan Undang-Undang Islam melainkan Wilayah Persekutuan. DUN pula hanya boleh meluluskan undang-undang dalam jadual 9 (senarai negeri).
Saya percaya terlalu luas persoalan ini boleh dibincangkan.
Mungkin beberapa nasihat Rasulullah s.a.w. ini boleh difikirkan:
"Ketepikanlah perlaksanaan hukum melibatkan hudud apabila didapati ada keraguan dalam kes berkenaan. Elaklah ia (dengan menjatuhkan hukum lain) sedaya upaya kamu. Apabila ada ruang untuk melepaskan dari dikenakan hudud berilah laluan baginya. Sesungguhnya imam apabila tersalah menjatuhkan hukum dengan meringankannya kepada pesalah atau membebaskannya adalah lebih baik daripada menjatuhkan hukum dengan siksaan yang berat" (maksud hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan al-Sayuti, al Harith dalam musnad Imam Abu Hassan, Ibnu Majah, al Tirmizi, al Hakim dan al Bayhaqi).
Rasulullah s.a.w. juga menasihatkan adalah lebih baik menyelesaikan masalah berkaitan hudud di antara kita (maksudnya di luar mahkamah), kerana jika ia telah sampai ke mahkamah, hak mahkamah harus diberikan waima apa juga keputusan hakim.
Pada saya ia cocok dengan pengalaman ketika Maiz dikenakan hudud. Rasulullah s.a.w. tidak melihat hukuman dilaksanakan tetapi diriwayatkan hadis, Maiz meronta kesakitan hingga terlepas ikatannya dan melarikan diri. Para sahabat r.a. menangkapnya dan melaksanakan hukum hingga Maiz mati dan hal ini dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w.. Rasulullah s.a.w. bertanya sahabat "kenapa kamu tidak biarkan saja dia melarikan diri dari direjam?".
Saya yakin DS Anwar telah berkali-kali mengingatkan semua bahawa "yang penting ialah keadilan" dan kebebasan dialog mesti dibuka. Kalian boleh baca blog Ustaz Zamri jika tak silap saya bagaimana beliau menghadapi masalah dalam hal mendaftar perkahwinan. Baru hal begitu pun sudah rumit nak dilaksanakan, inikan pula hal yang besar.
Saya hanya mahu ingatkan diri saya dan mereka yang cintakan agama Islam ini bahawa urusan utama kita ialah menegakkan Islam dalam diri dan giat menambah kefahaman tanpa rasa inferior untuk beradu pendapat. Ingatlah, kalian jangan lupa untuk menjamin kebebasan dan keadilan supaya manusia faham bahawa autoritarian tidak mungkin muncul dari keghairahan memakai label Islam ini.
Saya percaya ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Banyak lagi urusan umat yang kita perlu muhasabah dan baiki dan kita tak perlu gopoh dalam menunjukkan keimanan kita.
Tuesday, December 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
min, cuba kalau hudud dilaksanakan. dan tiba2 ada korupsi pula dalam sistem hudud..hancur.
ReplyDeleteye lah. hamba pun hamba wang juga.
ataupun pendapat aku tak kena dengan konteks?
haha
korupsi dalam sistem hudud? :p
ReplyDeleteerr seperti biasa. sistem tidak salah..pemahaman manusia dan naluri korupsi yang gagal dikekang oleh common sense dan rasa keadilan yang genuine menghasilkan contamination.
ReplyDeleteaskm amin budiman,
ReplyDeleteaku xtgk abis sgt debat tu?dah keluar vcd???
tapi yg dlm tv3 tu aku kira husam jawap soalan sama ada laksana hudud atau tak. Kalau husam diberi peluang musti dia bagi jawapan seperti yg kau katakan ni.
salam.
ReplyDeleteya. sebab tu aku tulis KJ juga membuktikan sikap sebenar UMNO.
faham saja PR kecil KT dah dekat dan nampak sangat jentera propaganda UMNO-BN tidak insaf.
Ala..Geng2 n sekutu UMNO memerangkap BN xda isu dah nak dikeluarkan...Time pilihan raya kat Permatang Pauh sibuk ngan kes liwat Anwar n Say-Fool..Pastu skang dah senyap..
ReplyDeleteSkang ni, sjk2 nak pilihan raya kat K.T, isu hudud pulak timbul...
Kalo PAS x buat hudud, dorg sebok tanya kenape x dilaksanakan n bla bla bla blaaahh..
Bila nak laksanakn , mula menentang dan menentang..Pe kejadahnya manusia2 ni..