Monday, December 22, 2008

Sedikit Tentang Blog Lain Yang Aku Baca...

Aku baca banyak blog. Tapi yang aku ikut mungkin tak banyak. Selain daripada paparan di kanan blog ini, aku juga ikut blog-blog tertentu yang boleh kau lihat dengan klik pada nama Pewaris Reformasi di bawah bahagian kanan. Jangan klik pada nama aku sebab itu hanya untuk blog sulit aku - bukan teater bilik sulit ok (oh, malam ini aku lapang tak untuk itu?).

Antara kriteria utama yang aku suka ialah luahan perasaan jujur. Ya, ia boleh jadi satu perasaan sampah. Tapi yang penting aku suka bila ia pandai diluahkan. Kalau kau rajin baca horoskop, kau akan temukan Pisces (aku la tu!) ialah jenis orang yang tak pandai mempamerkan emosi. Aku baca dulu. Hei, aku tak suruh kau percaya bulat-bulat dengan horoskop ini ok? Cuma aku rasa ada kebenaran daripada ayat itu - tidak pandai pamerkan emosi.

Mempamerkan emosi mungkin satu hal yang penting dalam hidup kau. Kau boleh sakit jiwa jika selamanya kau simpan. Syukur, aku rasa dunia blog ini sedikit sebanyak menyumbang untuk itu. Kebetulan penyelidikan ijazah sarjana (sebut saja masters!) aku berkaitan dengan Therapeutic Recreation - bagaimana rekreasi boleh menjadi elemen terapi. Ya, dalam aku menyelongkar jurnal yang ada, memang aku temukan ada elemen terapi dalam menulis. Tapi ia bergantung sejauh mana kau berani jujur untuk luahkan. Contoh? Dulu aku baca tulisan ni di blog Syarifah Hadli. Ya, kita tak perlu gunakan bahasa yang kasar untuk menunjukkan emosi kita...tapi ada kata lain yang boleh membekas.

Dunia blog ni boleh jadi cermin dan tempat kita berlatih hidup dalam masyarakat bebas. Ya, aku tau ia mungkin berbunyi bahaya sebab masyarakat boleh pilih untuk 'membinasakan dirinya'. Sudah tentu aku tak bermaksud untuk berkempen - sila pergi mati. Tidak, kau perlu gunakan kuasa persuasif untuk ajak orang mengerti dan faham. Dan hidup ini memang ada syurga dan neraka. Aku selalu yakin bahawa aku akan dicelupkan ke neraka jika pun Tuhan nak masukkan aku ke syurga kemudian. Tapi di balik keyakinan aku, aku doa sungguh-sungguh supaya baki usia aku ini dapat dihabiskan dengan buat benda baik sambil selalu sedia baiki diri daripada komen-komen orang - semoga Tuhan tak celup aku lama sangat atau bagi diskaun untuk aku masuk syurga (dengan beri aku kefahaman yang baik serta kekuatan untuk amal di dunia ni).

Kau tak mungkin sempurna. Yang kau perlu ialah adakan seramai mungkin kawan-kawan yang mereka boleh selalu jujur melengkapi kau dan kau juga boleh selalu jujur melengkapi diri kau. Itu cukup membahagiakan aku sebab ia buat aku rasa aku manusia - tak sunyi dari salah dan silap dan selalu rasa ada orang sayang dan aku sayang (dengan cara menyampaikan apa-apa tanpa ambil hati keterlaluan sangat).

Aku baca juga sebahagian blog yang emo memanjang. Memang perempuan begitukah? Ya, di sebalik rasa setuju aku dengan luahan emosi yang ada, aku rasa ada masa kau perlu tulis hal-hal yang membahagiakan kau. Caj positif dan negatif dalam diri kau tu perlu kau seimbangkan. Tapi terpulang, itu blog kau dan diri kau yang kau mahu tonjolkan. Apa yang aku boleh kata umpat keji mungkin tak perlu. Orang lelaki mungkin biasa sinikal (atau bahasa lain menyindir). Tapi kau jangan ambil hati. Orang lelaki menggunakan bahasa sindiran sebab nak elakkan marah. Lelaki baik ok? :p Lelaki suka benda yang kau cakap direct kot? Ya, kalau lelaki tak faham kau patut cakap direct dan jangan anggap lelaki boleh faham semuanya. Tapi macam entry Syarifah Hadli tu aku rasa ia mungkin nampak berkias, tapi cukup untuk buat lelaki faham.

Macam nilah, kau, kau, kau, kau, kau dan kau ambil sekeping kertas. Cuba lukis apa yang aku bagitau. Syaratnya kau tak boleh bertanya. 1) Lukis satu garisan lurus. Hei, syaratnya jangan bertanya ok? 2) Lukis segitiga, 3) Lukis segiempat tepat 4) Lukis bulatan 5) Lukis smiley. Ok sudah. Tunjuk semua lukisan kalian. Hei, kenapa lukisan kau berbeza dengan kau, kau, kau, kau dan kau yang lain? Itu maksudnya dalam komunikasi, yang terbaik ialah kau precise. Ayat umum kau memang boleh disalah tafsir.

Bagi mereka yang cepat sangat nak judge orang, hei..aku harap selepas latihan yang kau buat ni, kau belajar bertanya ok? Dan bagi mereka yang orang tanya..cuba jawab dengan baik. Ayat "faham-faham sendirilah" doesn't help at all.

* Kawan-kawan di ruang kanan hampir semuanya ialah mereka yang minat falsafah, politik dan juga idea. Itu juga minat aku. Aku suka cabaran, dan aku cuba hubungkan benda filosofikal dengan praktikal hidup aku sehari-hari. Aku tau ada benda dari hidup aku yang kau tak senang dan aku tau kau sedar juga orang lain tak perlu jadi macam kau sepenuhnya. Maka, jom kita jadi kawan dengan menghargai perbezaan yang ada dan kongsi minat yang sama. Aku rasa dalam surah al-Hujurat tu pesan Tuhan sangat mudah - kau dicipta dengan kepelbagaian UNTUK SALING KENAL. Dan yang paling bertaqwa itu yang terbaik di sisinya. Maka, kekallah kau dengan keunikan yang ada, taqwa itu kau pilih ok? Dan aku akan sokong kau kuat-kuat.

7 comments:

  1. salam

    Smart gambar... topi tu macam mewakili golongan pekerja jer.. hehehe

    ReplyDelete
  2. hahahaha

    ini provokasi halus daripada kaum proletariat ek? :p

    baik proletariat dan borjuis, kita manusia...dan lebih2 lagi islam :)

    ReplyDelete
  3. buka blog anak mat nor aka jebon. blog santai yang paling tidak mempedulikan apa yang org lain kata tentang dirinya.

    ReplyDelete
  4. tibe2 je aku rasa macam dh malas nk tulis blog.nk baca org punye & comment je...=P

    ReplyDelete
  5. haha, memang sah hari2 kau akan datang sini.

    kalau aku tak outstation ke tempat yg takde akses, memang hari2 aku tulis.

    ReplyDelete
  6. aku layan je baca blog ko..aku kan kurang membaca.so kena la perkayakan lagi pengetahuan aku dari blog-blog ni...(anda diminta untuk tidak perasan yang kononnya anda seorang yang berpengetahuan luas yek)...=P

    ReplyDelete
  7. oh, tidak pernah ku mendakwa begitu. cuma aku selalu senyum sendiri dengan pengalaman aku yg boleh buat orang jadi gila - sangat rojak!

    ReplyDelete