Monday, December 22, 2008

Semoga Lekas Kau Dewasa (Matang)...

Hari ini hari lahir adik aku yang bongsu. Dulu masa dia kecik, dia sangat manja dengan mak dan ayah sampai kami abang-abang bengkek je dengan dia.

Lepas kakak - Puteri Noor Akhmar - meninggal, dialah satunya anak emak yang perempuan. Ok, aku cuba menjadi rasional.

Masa dia sekolah rendah aku sangat aktif di sekolah. Setakat jogging hari-hari 5-10km tu macam tak ada apa. Pernah sekali aku suruh dia dan Naim jogging pusing lorong aku masuk lorong depan (lorong belimbing). Entah apa berkatnya, Puteri jadi juara merentas desa selama 2 tahun di SMK(A)P Kangar. Yang aku ingat tahun ke-3 kot dia demam, maka tak perform...lalu menangis. Kesian adik aku sorang ni.

Nak kata kami rapat takla. Tapi lepas aku masuk Uni, aku rasa aku dan adik-adik agak rapat, termasuk dengan abang. Syukur.

Puteri pun dapat masuk UiTM lagi dua tiga hari ni akan mendaftar.

Aku harap kau jadi manusia. Kau tak perlu jadi terlalu bijak tapi tak ada kemanusiaan dalam diri kau. Kau hanya perlu jadi manusia baik dan skillful. Biar kau nampak macam skema tapi kau boleh tolong ramai orang hidup dengan lebih baik. Yang penting kau selalu ingat Tuhan dan banyak doa sebab walaupun kau tak sempurna, Tuhan tetap tahu kau seorang yang ingatkan Dia atau tidak. Dan kau jangan sesekali naya orang ok? Kau akan lekas dewasa dan aku akan selalu doa kau, sebab kaulah satunya adik perempuan aku (yang betul).

Panjanglah usia kau dalam ketaatan.
Berkatlah rezeki yang halal.
Selamatlah kau dunia dan akhirat, insyaAllah.

* Lorong belimbing lorong rumah Johanis, Ika, Juita, Dee, Sham, Faizuddin, Shuhada, cikgu Nordin dan lain-lain. Oh, Sham dah kahwin, aku ingat nak tulis cerita kami main kecik-kecik dulu nanti. Entah bila...tunggu timing sesuai.

** InsyaAllah permintaan kau untuk novel Twilight oleh Stephanie Mayer tu aku akan cuba adakan. Jangan kau minta nak kahwin dengan Edward Cullen ok? Aku bagi coolen kereta kat kau nanti...hehehe :p

*** Tentang nama kakak dan adik ada Puteri, ia sejarah yang sukar aku bentangkan sejelas-jelasnya. Anak buah aku pun namanya Puteri Nabilla dan mak aku Tengku Hamidah. Tak apa, nanti aku selongkar rahsia Kuala Kangsar untuk ini...

5 comments:

  1. Selamat Hari Lahir Puteri :)

    *Edward Coolen sooo charming!
    *Beli novel time sale. Aku x pasti bila lg sale MPH, PayLess Book..

    ReplyDelete
  2. ish snm!!ko ni dh jd obses ngan twilight la pulak...kehkehkeh...=P

    ReplyDelete
  3. mane tak obses, kisah dracula romantik..hehehe...
    bro lu penah citer kat gua pasal keturunan lu...asal ade puteri n nama mak tengku...tapi cam biase ar ingat2 lupa la citer tu..sbb citer waktu mlm..so thp kefokusan hanya berada tahap "typewriter"hohohoho

    ReplyDelete
  4. hahaha...sejak bila cullen jadi coolen ni?

    kat falin dan kawan2 pun aku pernah cerita..

    aku pun sebenarnya tak ambil pusing sangat sampailah dulu aku tertanya nape kami asyik singgah perak kalau ke KL, siapakah mereka2 itu? ia bermula di situ...

    ReplyDelete
  5. *TYPO OK
    EDWARD CULLEN..cullen tu nama sbnr dr. carlisle..

    ReplyDelete