Antara cerita yang sering disampaikan daripada satu generasi kepada generasi yang lain mungkin cerita gaduh besar di UPM pada 1999. Khabarnya ia pergaduhan antara kelompok Kelantan dengan selain mereka.
Yang paling tak masuk akal ialah bila aku dimaklumkan ia berpunca daripada kes kutuk mengutuk semasa bermain ping pong yang berpanjang ke dorm, kolej dan orang luar. Ia mengingatkan aku kepada 'kebangangan' mereka tertentu yang jenis 'tunjuk kepala' sampai orang nak tengok pun tak boleh. Di utara disebut "ushar"..kiranya kalau jeling-jeling tu mungkin dia 'tunjuk kepala' dengan 'ayat sound' "hang ushar-ushar apa?". Lagi satu kes berlaga bahu pun boleh buat gaduh, hurm...
Ingatkan tahun pertama kami tak berlaku kes sebegini. Tapi berlaku juga satu malam bila ada pergaduhan kecil sebelumnya dari rasa tak puas hati. Sebelum itu memang ada juga aku dengar gaduh kecil kes berebut awek dan macam-macam (hurm lagi...).
Aku tak begitu pasti bagaimana terjadi. Waktu itu kami seperti biasa di dalam bilik study. Tiba-tiba ada satu jeritan kuat yang aku cam suara Mat Zul (yang kahwin dengan Linn tempoh hari) "Tolong A*** wei, Tolong A***...". Satu blog keluar menjengok, dan A*** telah dibelasah semahunya dengan kayu, besi dan sebagainya. Sial!
Ramai yang hanya mampu menjerit kerana mereka yang membelasah A*** ni datang beramai-ramai sekitar 40 orang (pelajar senior dan orang luar rasanya) dan yang belasah A*** waktu itu seingat aku sekitar 6 orang. Ada sebahagian daripada kami telah turun cuba meleraikan keadaan. Aku turun lengkap dengan serban di kepala yang buat sebahagian mereka ini terkejut kerana entah apa keberanian aku menahan 3 daripada kelompok beramai ini di tangga. Mereka sebenarnya mencari beberapa orang lagi selain A***. Kata mereka A*** dan mereka ini telah terlebih dulu membelasah rakan mereka, M**.
Ya, sebenarnya M** senior kami setahun waktu itu yang juga dari kalangan batch Matrik 1999, matrik terakhir di UPM. Aku akui memang ada sebahagian besar dari kalangan kami yang tak selesa dengan cara M** tapi tak tahu pula aku hal bergaduh ni.
Aku ambil keputusan untuk turun ke surau bagi melaungkan azan. Belum sempat melaungkan azan, aku dengar bunyi tembakan ke udara oleh pegawai keselamatan UPM. Berterabur mereka lari dan tinggalkan motor mereka waktu itu. Motor-motor mereka ini sebahagiannya menjadi korban kemarahan ramai apabila ia dihancurkan kemudiannya.
Ada kebenaran dari maksud hadis "kepemudaan adalah cabang gila"...
Thursday, December 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku x pernah nmpk kau pakai serban..hemmm..bg aku bayangkan skjp..masih..masih blm dpt bayang..
ReplyDeletekau ckp kau join tabligh tu..aku percaya..
haha, time kau masuk 1st year tu aku masih pakai lagi (kita masuk degree - aku dari diploma dan kau dari matrik).
ReplyDeletesoal percaya atau tidak itu semua hal kalianlah, yang penting aku enjoy melalui byk pengalaman berbeza2 ni. ia buat aku lebih menghargai kemanusiaan di sebalik kepelbagaian yang ada :)
Lin aku tengok abg amin ni..dari dulu lagi dia, ni mcm "SESUMPAH" byk bertukar rupa..hahahah...ok tak abg amin??...ehh abg amin apa kata pasni tukarla jgn bagi pooh tapi bg aweks patung sesumpah..hahaha
ReplyDeletehahaha :)
ReplyDeletemultiple personalities la..sebab minat byk benda kan? takkanlah aku nak cakap politik masa kawan2 seronok cerita pengalaman masuk hutan dan merasai keperitan naik gunung?
haha, dah macam Anwar Ibrahim lak bila dituduh sesumpah :p
tapi jangan lupa, di sebalik semua kegiatan yg pelbagai tu...kalian boleh temukan prinsip2 yg sama :) di sana ada kebenaran sikap insyaAllah :)
kau ingat tak bila aku bawa kau pergi kursus menulis dulu Zai? Ala, yg ada A. Samad Said, Faisal Tehrani dll tu? Ingat tak malam tu dalam bilik masa kita semua kumpul aku cakap apa yang aku harap? :p
bunyinya agak poyo kan? tapi jauh di sudut hati aku dan di sebalik segala kelemahan yg ada...itulah hasrat aku :)
mmg la nak ckp multiple personalities...tapi sesumpah tu bunyi dia lagi cam comey..hahahaha..
ReplyDeleteoppss tak tau pun DSA pernah digelar sesumpah :-p
mestila igt..plg igt jumpe badut waktu sarapan pagi hehehe...betul2 mmg igt..tapi psl ckp mlm tu kat blk tak igt la plak..kihkih..
hahaha, tapi realitinya zai, it's very hard to please peoples. walaupun nampak aku multiple personalities, at the end of the day aku sangat tegas dengan beberapa prinsip yg korang pun bleh tahu dan mungkin terkejut bila aku dalam situasi tu :)
ReplyDeletetapi sebanyak mana pun manusia berbeza, itu bukan alasan untuk kita bermusuh.