Arsenal akan berdepan Liverpool.
Sebenarnya aku minat Chelsea. Aku minat Chelsea lepas Manchester United dah jadi terlalu kuat di zaman Robbo. Sebelum tu aku minat Manchester United - masa zaman Robbo saja. Almaklum pengaruh abang cukup kuat. Aku masih ingat Piala Dunia 1990 Robbo dan Lineker antara yang keluar dekat TV Malaysia ucap "Selamat Hari Raya" dengan slang Inggerisnya.
Saudara kami, Izzani juga kaki EPL tapi pasukan favourite dia Arsenal sebab dari dulu dia minat David Platt. Pada aku dalam banyak-banyak pasukan, memang permainan Arsenal paling aku suka - tak banyak main bola atas dan set pieces yang tersusun. Dan entah kenapa aku tak suka sangat pasukan yang terlalu kuat. Aku pilih Chelsea waktu mereka dilanda kegawatan kewangan tapi mampu juarai piala FA. To be frank, permainan Chelsea zaman Mourinho pada aku sangat buruk jika nak dibanddingkan dengan kualiti pemain yang ada. Agak bengkek bila Robben keluar Chelsea.
EPL masa tu tak segah sekarang. Memang marketing EPL sangat berjaya la jika nak tengok EPL dulu dan sekarang. Zaman tu Serie A yang popular cuma ia ditayangkan waktu petang seingat aku (jap, aku rasa macam ada tayangan malam juga, tak ada siaran langsung..hanya sedutan sikit-sikit semua perlawanan).
Kelmarin jumpa Kak Altaf dan kawan-kawan di Bangsar (ini geng lain) ada juga kami sentuh pasal Bola Sepak Malaysia. Almaklum tengoklah apa nasibnya. Jika dibanding cerita bola sepak dengan cerita Aidil kahwin Rita Rudaini (orang Perlis gak ni, adeh!), rasanya cerita Bola kita tak dapat tempat yang wajar.
Aku rasa zaman Semi-Pro lebih menarik berbanding sekarang. Entah kenapa..adakah wajar kita salahkan kempen EPL yang luar biasa itu?
Aku percaya pemain kita juga boleh bermain dan earn up to 120k pound seminggu (ok!). Aku harap anak Zainol McWilson yang kini berada di luar negara itu boleh jadi contoh yang baik la. Titus pun macam tak boleh bersaing dengan corak bola sepak kita.
Bola sepak akan terus kekal sebagai permainan nombor 1 di dunia dan aku rasa ia kekal sebagai permainan utama orang lelaki.
* Gila rindu nak tendang bola balik. Mesti kiat gila kaki ni...main futsal tak sama dengan main bola di padang betul ok.
* Arsenal dan Liverpool seri 1-1. Dua-dua gol pun cantik la pada aku. Tapi Liverpool main kasar gila..ceh!
Sunday, December 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
izzani la ni sokong aston villa laa...no more gunner....
ReplyDeleteterima kaseh kerana menyinggah :)
ReplyDeleteen ariff,
ReplyDeleteya tau..tapi still pattern yang sama.
izzani minat midfield yang baik, dulu platt sekarang gareth barry. tapi aku pula minat kapten yang baik, dulu robbo, now terry :p
muti'ah,
terima kasey!