Aku syukur sebab tak baca blog ni. Dan sebenarnya aku malas nak ambil pot tentang blog ni.
Kalau kau faham apa di sebalik P.R.O.P.A.G.A.N.D.A., kau juga mungkin tak akan ambil pot sangat. Aku tak mahu cakap politik, kau juga bukan bodoh untuk beri sedikit masa memahami lapis-lapis dalam hal politik Malaysia.
Ingat selalu pesan Allah s.w.t. dalam Al-Quran dari hal jangan menghina agama lain.
Kalian emosi? Kalian marah jika aku tidak mahu tunjukkan emosi?
Di zaman Rasulullah s.a.w., kalian fikir apa Nabi s.a.w. buat waktu Baginda s.a.w. dihina dan disakiti? Ya, kita boleh kata para sahabat r.a. sentiasa melindungi Nabi s.a.w., tapi pernahkah kalian fikir bagaimana Nabi s.a.w. mengajar para sahabat r.a. cara terbaik berbanding sikap sebahagian sahabat r.a. yang kasar?
Matlamat membela Rasulullah s.a.w. tidak harus menghalalkan cara.
Kalau kau layan blog fake macam tu, kau hanya buktikan umat Islam boleh diadu-domba dengan sangat mudah.
Kerja maki orang memang kerja mudah.
Dah berapa banyak aku dan kau beri kasih sayang atas nama Islam? Dah berapa banyak aku dan kau kerja kuat untuk Islam?
* Aku doakan mereka yang menjadikan Rasulullah s.a.w. dan Islam sebagai modal P.R.O.P.A.G.A.N.D.A. dalam bentuk yang salah akan diberi taufik dan hidayah oleh Allah s.w.t. untuk sedar bahawa itu bukan cara yang betul untuk ajak orang kepada Islam.
Saturday, December 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
islam itu indah..salam :)
ReplyDelete