Tuesday, December 23, 2008

Terima Kasih Untuk Kek BlueBerry

Aku keluar lagi dengan Ramzi hari ini pukul 2.30 lebih kurang. Kami baru sedar terlupa bawa telefon bimbit. Maksud aku telefon daun aku. Ya, kini aku ada dua telefon dan masih belajar menggunakan telefon baru..


Gambar dia sangat cantik ok. Tapi tak apa, pelan-pelan aku belajar guna.

Kami ke The Mines dan JUSCO Balakong untuk tengok barang-barang yang nak dibeli untuk wajah baru rumah sewa ni pada tahun 2009. Di tempat letak kereta ada amoi datang pada aku bagitau ada SALES sempena Tahun Baru Cina nanti. Ok, tapi kenapa macam awal saja datang bagitau? Cuak juga aku, hahaha.

"Abang tak kerja ke hari ini?"

"Saya tak kerja office hour macam orang lain"

"Abang muda lagi dah buat bisnes?"

"Lebih kurang la.."

"Ada kerja kosong tak?"

"Err..."

Petang sikit cek telefon ada 5 SMS dan 6 misscall. Lalu aku bergegas mendapatkan RF7000 dan ke Anjung untuk menikmati BlueBerry - ada den, komeng dan Manny bersama Falin. Sorryla lin, aku baru kemam coklat Hacks perisa anggur..maka lidah aku tak dapat nak rasa baik-baik. Kau anggap saja ia sedap. Effort tu penting :)

* Kalian harus baca ini, dan selalu doakan dia dan orang seperti dia. Tapi jangan lupa doa untuk diri sendiri sebab dulu syaitan terlupa doa untuk dia sewaktu bangga mendoakan malaikat lain.

** Di TV tadi ada lagu Cintailah Bahasa Kebangsaan Kita, sangat nostalgik! Aku minta maaf untuk bahasa santai di sini. Aku memang sokong bahasa Malaysia tidak diabaikan. Dan kamu juga harus!

*** Batuk belum kebah, tak boleh nak gi karok lagi....hurm (err, ok..sila baca Quran).

13 comments:

  1. Hang doa aku dapat share 1 juta duit hang tu...insyallah aku beli hang Blackberry..hehehe

    amacam....deal or no deal?

    Blackberry Storm nak keluaq,.....macammana ngan Blackberry aku ditangan?...hurmm..

    ReplyDelete
  2. ceh, sedangkan aku boleh bertahan dengan 3210 bertahun2, henset daun gemuk ni bertahun2 juga, pasti samsung ini entah bila :p

    aku tak pentingkan benda ni...

    tapi?

    kau akan tahu apa di jiwaku...

    ReplyDelete
  3. aku doakan yg terbaik untuk anda..semoga tahun depan tahun yg memberangsangkan!

    ReplyDelete
  4. Gmba blueberry aku nk uplod kjp lg..
    Effort tu perlu kn? even x sedap pun :p aku kan nak ikat perut si dia, bia dia igt aku salu :p pagi td je aku dh buat dia teringat aku spjg hari. huuuuu..aku dh bg dia rs awal2 pagi..

    kau bkn gadget geeky sbb tu aku jgk dpt cr kan tanda soal '?' utk SMS puteri :p ok, bkn aku sorg je, den_carnal lg terer dr aku..

    ReplyDelete
  5. blackberry tu memang best.tp bluberry cheesecake lin lg best!!haha!!=P

    ReplyDelete
  6. haha, ceh...saja nak gado la tu!

    anyway aku suka bila kau rajin ke dapur. itu akan jadikan kau macam perempuan normal..

    wife aku pun mesti ke dapur supaya aku leh tolong2 dia apa yang patut, haha...

    tapi kalau perempuan tak mau ke dapur boleh panggil perempuan ke?

    ReplyDelete
  7. aku memang malas ke dapur sebenarnya walau skill masak aku bleh tahan jugak(perasan).lagipun aku tak suka orang tengok aku buat keje kat dapur.especially housemate aku.aku hanya akan perform kalau xde org kat rumah.klu diorg blk tinggal nak makan je.

    actually seronok ke dapur kalau takde orang suka comment2 keje aku kat dapur...=P

    ReplyDelete
  8. hahaha, aku rasa wife aku nanti mungkin komplen yg sama punya..

    "abang ni nak tolong ka nak pelambat kerja?"

    cewah, memandai ja aku! :p

    tapi masa tu aku jawab dengan selamba "ok, abang pi siram pokok kat luaq"

    poyonya aku! :p

    ReplyDelete
  9. baikkk! aku dh naik smgt ni..lps ni aku nk baking kek jek :) lps tu bg korg mkn smpi dr papan sekeping bia jd badan mcm POOH!

    perempuan malas ke dapur tu, x blh salahkan dia 100% sbb mgkin dr kecil dia hidup mewah..dibesarkan dgn ada org gaji di sisi dia..klu msh lg baby bamboo, blh lentur..tp klu dh jadi mak buluh betong? susah la kau nk lentur kan? :p

    aku mmg x ke dapur..mas askolah mak aku x ajar semua masak2 ni. yg ajar, abah aku. smpi la aku pegi kem hutan..di situ la bermula nye seksaan bg aku, kne masak utk grup..abes kem hutan, aku pun jd chef sepenuh masa di rumah..asal si hasri (sabahan batch aku) call aku, mesti dia dh tau jwpn aku "aku tgh masak, kang tepon balik!"

    masa form 4, aku & kwn2 kelas suka buat kek batik tp TERHENTI MINAT sbb bila bw kek batik pegi skola, ada sorg classmate aku trus buat statement "aku suka org yg pandai buat kek batik" hoh! aku terus berhenti buat! bencii!

    ReplyDelete
  10. eh, mana si hasri tu skrg ek? last time x silap dia smbg masters gak tp tak kelihatan pun?

    haha, aku tak nampak dia ke dia tak nampak aku?

    okla tu, baru kau tau penangan hutan :p

    ReplyDelete
  11. helo my sis..
    blom ade lg org mkn cheesecake leh
    jd bsr mcm pooh le..;p

    tp xslh mencuba..;)

    ReplyDelete
  12. hahahaha

    kalau membesar jadi macam pooh pun tapi tak tukar jadi kaler oren dan pakai baju merah sambil bawa bekas madu, ia tertolak :p

    ReplyDelete