Aku baca tulisan di blog Tun.
Bagi aku prinsipnya jelas, sebarang pindaan undang-undang dan sebagainya harus berpaksi kepada kebebasan dan keadilan. Sayang, Tun tidak bertegas tentang hal ini dan mengambil sudut pandang yang mengelirukan rakyat, terutama mereka yang mungkin fanatik buta kepada tokoh dan juga tidak berminat mengambil prinsip jelas dalam erti hidup bernegara.
"It concerns the understanding and maturity of all quarters involved with regard to the real meaning of freedom and the rule of law". Itu antara petikan kenyataan DS Anwar pada 24 Mac 1993 yang Tun tulis semula.
Aku tidak melihat bercanggahnya kenyataan ini dengan ucapan DS Anwar "kita ingat kurangkan kuasa Raja untuk balikkan semula kepada rakyat, tetapi ia kuasa ini diambil oleh Mamak Bendahara".
Jujurnya aku tidak pun melihat Tun sebagai seorang yang menghormati undang-undang dan meletakkan pemisahan kuasa yang jelas sepanjang pemerintahan (terutama pasca pengharaman UMNO). Semasa perbicaraan DS Anwar, Tun sendiri menolak sapina dengan menggunakan peruntukan yang ada bersabit kekebalan Perdana Menteri. Sentimen sayang Melayu telah dipulas habis-habisan sampai rakyat buta dengan segala kejelikan. Hei, aku boleh terus sayang bangsa aku tanpa perlu memanggil orang lain pendatang dan tanpa perlu aku rasuah dan korup atas nama agama, bangsa dan negara ok?
Kenapa takut hadir ke mahkamah waktu itu? Rakyat Malaysia tidak terlalu bodoh untuk memahami belit lidah Tun seolah-olah tak tahu menahu bersabit cebisan puzzle maklumat untuk membantu perbicaraan. Katakan saja kamu tidak sangka DS Anwar sedia bangkit, dan tidak seperti Tengku Razaleigh, Tun Musa dan Tun Ghaffar yang tidak pernah dilatih di jalanan dan penjara sepanjang menjadi Pemuda (maksud aku teruji idealisme mereka, bukan semestinya ke penjara ok?).
Aku tahu di luar sana ramai pengkagum Tun, apatah lagi yang membesar hanya kenal Tun sebagai PM. Imej Tun kian gemerlap dengan lemahnya Pak Lah. Ia menjadi semakin bersinar dengan adanya KJ sebagai punching bag. Hakikatnya Tun tidak mahu mengaku bahawa beliau meninggalkan politik UMNO-BN serta kerajaan dengan imej budaya yang cukup buruk. Pak Lah menanggung beban ini dan lebih malang Pak Lah sendiri terpalit skandal yang tidak kurang pun!
Selalunya aku bertapis dalam hal menyerang Tun. Tapi ada masa aku rasa kita keterlaluan dalam mengeksploitasi kelemahan Pak Lah dan Tun cuci tangan. Kita harus berpada bahawa mereka manusia. Kita hanya mahu sampaikan mesej mudah. Hak rakyat harus dipulangkan dan hak kamu, kamu boleh ambil. Kita tak berminat menghukum wewenang tetapi hanya mahu sedaya upaya berusaha meletakkan sesuatu pada tempatnya - keadilan.
Pak Lah memang lemah dan diburukkan lagi dengan segala kelemahan yang ditinggalkan Tun. DS Anwar juga bukan sempurna malah umum pendokong Reformasi bersedia memaafkan 'keterlibatan' beliau dengan UMNO-BN sebelum ini. Ya, jika ada kes rasuah yang boleh libatkan DS Anwar, sudah 10 tahun berlalu dan tentu tidak sukar untuk beliau disabitkan. Mereka yang berada di Kementerian bukan tidak tahu arahan untuk mencari dokumen yang boleh sabitkan DS Anwar dengan rasuah tapi tidak ada!
Ya, prosedur sentiasa boleh menyelamatkan seseorang. Tapi kamu hanya boleh selamat di dunia. Baik Tun, Pak Lah atau Anwar...malah siapa saja waima kalian bernaung di bawah panji politik yang dinamakan 'Islam'. Kamu manusia. Sejauh mana dosa kamu itu dosa peribadi, aku berlepas diri untuk memberi komen banyak. Tapi bila ia melibatkan dana awam dan sebagainya, aku fikir kamu perlu ditunjuk.
Jasa tetap jasa. Terima kasih untuk segala kebaikan yang kamu pernah cuba lakukan. Tapi salah kamu yang melampau tidak harus dibiarkan.
Nota lain:
i. Orang politik jangan rasa cukup bagus. Kalian hanya mewakili, dan bukan menguasai.
ii. Rakyat juga tidak harus menyerahkan segalanya kepada orang politik. Sampai bil rumah, sewa rumah pun nak minta YB selesaikan apa kes? Longkang tersumbat tu hubungilah Majlis Perbandaran.
iii. Tugas hakiki YB sebenarnya ialah berfikir dan bergelut persoalan dasar. Gaji YB sebenarnya tak cukup untuk melayan semua karenah kalian kecuali hal-hal tertentu. Sedar atau tidak kadangkala sikap kita yang menyebabkan orang lain jadi korup.
iv. Dah berapa banyak media awam berperanan untuk mendidik rakyat tentang hak dan tanggungjawab? Yang banyak hanya tanggungjawab rakyat dan tak banyak pula hak dan tanggungjawab YB. Ya, aku tahu kalian mahu rakyat bodoh dan terus diperbodohkan serta biar kalian saja berada di atas supaya kononnya rakyat terus mengharapkan kalian sebagai Tuhan yang disembah untuk segala urusan dunia ini.
v. Masyarakat madani harus bermula dari rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri dan bukan membunuh kebebasan dan keadilan dengan membiarkan segalanya ditentukan oleh mereka yang pandai cakap politik (dan manipulasi duit).
Thursday, December 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saudara menyerang Pak Lah, saudara menghentam Tun. bagaimana jika saudara masih org setia DS Anwar, tetapi DS Anwar bkn di bawah PKR, atau mungkin parti lain yg tiada kaitan dgn PAS dan DAP, apakah yg saudara masih mahu menghenyak dua tokoh ini, atau ada tambahan tokoh yakni, mungkin, lim kit siang, lim guan eng, karpal singh and son atau Ustaz Hadi, atau tok guru kta sendiri, untuk saudara hentam..??
ReplyDeleteYB (yg benar)
tom
Tom di atas lemah akal!
ReplyDeletesdrku,
ReplyDeletekenapa mesti terlindung dengan bayang tokoh? kenapa tidak kita menjelaskan apa yang kita sokong dan tak sokong?
come on...hidup terlalu singkat utk membenci. saya boleh jadi simpatisan reformasi tapi itu tidak menghalang saya mempunyai pandangan sendiri.