Hari ini hari terakhir kami di sini sebelum esok bergerak ke Hotel lain.
Sesi pagi diisi oleh Pengarah Eksekutif Asialab Group - Jailani Mustafa. Kami pernah berjumpa selepas aku dan YB Yusmadi pulang dari Kedutaan Perancis dulu. Beliau masih muda, baru 41 tahun dan rekod pekerjaannya cukup cemerlang. Bekas orang kuat Accenture ini berkongsi pandangan tentang Leading Leaders. Dulu semasa kami berjumpa, beliau tunjukkan pada aku dan YB Yusmadi bagaimana beliau bekerja secara ofis maya (virtual office) dan aku tentunya melihat kehebatan pada apa yang ditunjukkan.
Petang kami mengikuti sesi Sokratik dengan menelah Asian Renaissance dalam realiti sejarah dan masa depan Asia kini. Sesi ini sangat mencabar dan membuka minda.
Usai Asar, kami mengikuti sesi riadah - Flying Fox dan Paintball.
Tadi kami baru selesai sesi bersama YB Yusmadi - Obama's Philosophy and Leadership. Sekali lagi sesi yang dibuat secara dua hala ini cukup mencabar dalam memahami fenomena Obama.
Program tahun ini ternyata, pada pandangan peribadi aku lebih mantap berbanding di Kota Kinabalu tahun lalu. Aku dan seorang rakan mungkin dikira bertuah kerana menerima jemputan untuk dua program ini. Perbandingan ketara ini mungkin berpunca daripada pemilihan yang lebih ketat di mana rakan-rakan cukup bertenaga dalam menyampaikan fikiran mereka. Bukanlah program tahun lepas itu lemah, tetapi ternyata kualiti itu meningkat pada tahun ini.
Langit Bogor menangis petang tadi.
Tuesday, December 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
fasi kem hutan waktu aku junior..ketua fasi sewaktu bersama2
ReplyDeletemenjadi fasi..wassup bro..hehehe..nak menyibuk kat sini la plak..
haha, pahabaq Zai?
ReplyDeletemesti seronok lepak Korea kan? Aku di Indonesia sekarang :)
Zai fasi terbaik 2005! Masa dia junior pun aku calonkan dia peserta terbaik dan berjaya!
aku xsure la ingt ke x..
ReplyDeleteact,xpasti la ingt..