Thursday, December 18, 2008

Nak Jadi Kaya?

Agak-agak kamu si pembaca, bila kamu akan dapat RM satu juta pertama dalam hidup kamu? Apa kamu nak buat dengan duit itu?

Haha, bunyinya macam soalan masa sekolah rendah bukan? Masa tu macam-macam konon nak bina masjid la (bukan kahwin, tapi masjid betul-betul ok!), nak sedekah anak yatim la, nak pergi haji la, nak melabur (walaupun sebenarnya tak tahu apa kebendanya pelaburan ni) dan macam-macam lagi. Sungguh murni.

Tapi perasan tak sama ada idealisme masa kecil itu masih sama atau tidak bila kita benar-benar mula memiliki wang sendiri? Atau mungkin kita dah 'upgrade'kan nilai-nilai murni dari cita-cita masa kecil ni kepada satu benda yang lebih konkrit?

Jadi kaya tidak salah ok. Tapi cara nak jadi kaya ni penting - jalan baik atau jalan huduh.

Aku tulis ni sedikit sebanyak lanjutan dari perbualan dengan kawan-kawan. Ya, kami ada buat perniagaan kecil-kecilan. Kami gembira dengan apa yang kami buat walaupun ada masanya sangat tertekan (terutama masa keputusan berani mati buat catering, sumpah fikir banyak kali untuk buat lagi). Semua pengalaman ini kami anggap satu kebiasaan dalam proses menjadi lebih matang.

Bila kenang susah payah buat perniagaan (bukan MLM ok), kami kadangkala tertawa sendiri. Kalau dikira modal kecil yang kami keluarkan, pulangannya memang dah lebih 20 kali ganda (tak tolak kos la :p). Memikirkan beban kerja, memang tidak berbaloi tapi memikirkan pengalaman berharga buat kami sedikit lega (bukan sepenuhnya ok :p).

Aku sebenarnya tidak pernah isi borang SPA. Kawan-kawan kata aku sangat kental sebab mereka rasa pada usia seperti aku, kerja tetap dan stabil sangat penting. Ya, aku akui tapi biarlah dulu. Aku tidak mahu jadi pegawai kerajaan yang selalu rasa duit tak cukup dan kemudian jadi korup. Tanya saja di mana-mana, persepsi tentang korup terutama bagi kawan-kawan yang ada jaringan perniagaan dengan orang dalam dah macam jadi rahsia umum. Semua orang tahu.

Aku ada juga kawan-kawan yang jadi YB tapi belum lagi aku mahu menghimpit mereka untuk bodek projek. Jika ada, aku hanya tanyakan prosedur yang perlu aku lalui. Ya, aku hanya mahu amalkan semangat persaingan dalam kapitalisme. Ia sebenarnya mengajar diri kita untuk memperbaiki diri sampai ke satu tahap kita memang layak dapat projek tu dan bukan kerana rasuah dan orang dalam.

Sampai bila agama, bangsa dan negara kau tak akan maju bila rasuah tu kau anggap satu perkara biasa dan bila kau rasa kau tak perform pun tak apa sebab projek ni kawan-kawan bagi. Jangan poyo nak cakap tentang ketuanan agama, bangsa dan kedaulatan negara jika kau sendiri tak boleh ajar diri kau tentang ini.

Sebenarnya berniaga sangat susah. Tapi jangan mengalah. Jadilah kaya dengan cara yang baik. Ingat sama orang-orang yang memerlukan bila dah jadi kaya. Dalam Islam, harta ini disebut sebagai khair atau kebaikan. Cuba tanya diri kau, ia boleh jadi kebaikan tak untuk kau di akhirat sana atau ia sebenarnya bakal mencampakkan kau ke neraka?

Semoga harta juga tak lalaikan kau dari tanggungjawab terhadap Tuhan, diri, keluarga dan orang lain. Hidup sekejap saja, jadi kaya memang seronok...tapi waktu kau jadi kaya, siapa tahu esoknya kau akan mati?

Siapa kata jadi kaya tak penting? Peewit...kalian memang cool. Mesti cita-cita kalian suam-suam kuku saja kan? hehe..jangan marah!

Nota lain:

i. Jangan jadi bimbo :p
ii. Hidup bila rasa susah dan senang buat kau rasa ia (hidup) terlalu berharga dan kau tak akan lekas memandang orang sebelah mata.
iii. Kalau kau kaya dengan duit mak ayah, itu tidak cukup cool walaupun kau mampu untuk kelihatan cool.
iv. Berduit dari usaha dan titik peluh sendiri itu cukup membuatkan hati kau puas. Kau nak berbelanja macam mana pun kau tak rasa bersalah sangat.
v. Kalau kau kaya, belanja aku makan...hahahahahahahaha

* Adik aku dah beli tiket balik Perlis, memang ada satu je katanya untuk malam ni. Maka, aku hanya wakilkan dia. Gila mahal tiket balik Perlis sekarang siap dengan surcaj dekat RM10!

6 comments:

  1. amin budiman,

    bolehkah kau menjadi kaya?tak kekok ke nanti?hehe...

    ReplyDelete
  2. haha,

    semoga aku jadi orang kaya yang tidak lokek berniaga dengan Tuhan :)

    ReplyDelete
  3. erm duit rm1juta...hahaha dari dulu sampai skunk tak pernah berubah nak ternak lembu n ayam...hahahaha..

    ReplyDelete
  4. haha, ok...aku nak join jadi pemegang saham :p okla tu, menternak haiwan ni pun nabi s.a.w. pernah buat apa? :)

    ReplyDelete
  5. aku pernah bekerja dgn
    ..penjawat awam yg mahu pitih lebih
    -- duit minum2 kata nya :P

    maka

    aku sdg cuba
    ..jadi penjawat awam yg berintegriti :p

    jadi doakan aku jadi spt itu..

    ecehh..

    ReplyDelete