Wednesday, January 30, 2008

Guna PRU Bersihkan UMNO - Tun Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir nampaknya masih berselindung. Katanya Pilihan Raya Umum (PRU) adalah medan paling sesuai untuk membersihkan UMNO. Dalam jawapan lain, dia sedia membantu kempen UMNO dengan berkempen bagi calon yang bersih dan berwibawa. Kenyataan ini berikutan pendapat beliau "terpaksa dilakukan kerana segala percubaan menegur dan mengubah pemimpin serta dasar parti dari dalam telah digagalkan".

Tun tidak mahu berterus terang bahawa dia juga tidak mahu Dato' Seri Anwar bin Ibrahim menjadi Perdana Menteri atas sebab personal. Umum maklum, jika ditakdirkan Barisan Alternatif menjadi kerajaan pemerintah, dakwaan terhadap pimpinan-pimpinan UMNO-BN yang korup akan dituntut oleh rakyat yang mendokong gerakan reformasi.

Aku dan sebilangan rakan percaya cara terbaik di peringkat awal untuk membersihkan UMNO ialah dengan mengalahkan UMNO. Saat itu kami pasti mereka yang pura-pura akan kepanasan kerana tidak ada lagi ampu bodek yang boleh dimainkan melainkan ampu bodek ini akan dihalakan pula kepada kerajaan baru yang memerintah. Di saat itu mereka yang tulen mahu menjadikan isu Melayu sebagai isu teras akan lebih ke depan dan harapan aku ialah isu Melayu tidak dimainkan dengan penuh emosi sebaliknya dengan lebih sederhana, berpijak di bumi yang nyata. Saat itu mereka harus bermuhasabah bahawa telah banyak isu Melayu terpinggir ke belakang. Yang jadi isu Melayu selama ini ialah bagi membolehkan sebahagian Melayu mendapat jutaan kekayaan selainkan jutaan Melayu mendapat sebahagian sisa kemajuan.

Untuk Tun Dr Mahathir, aku rasa tidak perlu dia berkempen menentang calon bersih dan berwibawa. Tun patut membantu kempen penentang Pak Lah di kubu Pak Lah sendiri, itu baru real!

No comments:

Post a Comment