Saturday, January 12, 2008

Sir Edmund Hillary

Edmund Hillary dan Tenzing Norgay

29 Mei 1953 pada usia 33 tahun, Edmund Hillary dan Sherpa - Tenzing Norgay adalah dua dari sembilan pendaki ekspedisi British yang berjaya sampai ke puncak Gunung Everest setinggi 8,853 meter.

Malaysia, dalam proses membuktikan Malaysia Boleh telah memilih Everest sebagai satu daripada destinasi pembuktian dengan angkatan 1997 telah membolehkan dua pendaki - N. Mohandas dan M. Magendran berjaya tiba di puncak pada 23 Mei 1997.

16 Mei 2004, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menjadi pendaki termuda dari Asia Tenggara yang berjaya tiba di puncak Everest.

Bagi mereka yang seperti aku - menghargai kegiatan mendaki gunung - pasti kenal makna pendakian sebagai proses mengenal erti Tuhan, diri, orang lain dan alam.

Ada satu peristiwa antara Hillary dan Tenzing dicatat dalam Into the Thin Air tulisan Jon Krakauer saat dia mencatatkan perjalanan panjangnya ke puncak Everest.

Hillary dan Tenzing - dalam mendokong Spirit of Camaraderie (semangat setiakawan yang tinggi) tidak pernah menceritakan kepada sesiapa soal siapa tiba dulu ke puncak. Bagi mereka yang faham isu-isu berkaitan pendakian di kawasan beraltitud tinggi, pasti mudah menanggapi soal ini.

Hinggalah selepas kematian Tenzing pada 9 Mei 1986, Hillary mendakwa bahawa dia adalah orang pertama yang tiba di puncak. Spekulasi memang wujud, kerana British adalah antara kuasa besar saat itu, tidak mungkin mengiakan Tenzing sebagai manusia pertama tiba di puncak. Tetapi itu tidak jadi persoalan untuk mereka berdua.

Dua personaliti ini sebenarnya harus diingat bukan sekadar kejayaan mereka menikmati puncak Everest saat itu, tetapi sumbangan mereka kepada kehidupan selepas dikurnia kejayaan yang menjadi mercu tanda potensi manusia.

Kita yang terpilih melaksanakan projek Malaysia Boleh atas nama negara - apa sumbangan kita untuk kehidupan?




No comments:

Post a Comment