Monday, January 14, 2008

Siri 1a : Apa benda Demokrasi?

Pasca Reformasi 1998, orang kita celik istilah. Tapi belum tentu celik makna. Jadi sebenarnya Reformasi berlaku dengan sangat perlahan, kerana untuk aku ia banyak didorong oleh emosi berbanding fikiran. Maka, aku percaya emosi juga penting tetapi ia akan bertambah penting bila disertai dengan kemajuan fikiran.

Akhirnya kedua-duanya mengharapkan tindakan yang waras!

Untuk siri awal ini aku nak pilih istilah Demokrasi. Kita akan cuba menelusuri dalam siri-siri tulisan ini tentang Demokrasi secara umum, dan kita akan cuba bawakan Demokrasi ala Lenin dan juga Demokrasi Liberal.

Untuk peringkat awal eloklah kita memahami apakah tiang-tiang seri Demokrasi. Tiang-tiang demokrasi ada pada 4 ciri

1. Sistem politik untuk memilih dan menggantikan kerajaan melalui Pilihan Raya yang ADIL.

2. Penglibatan aktif rakyat dalam isu politik dan sivil.

3. Pemeliharaan hak asasi setiap rakyat.

4. Pemerintahan berasaskan undang-undang di mana semua rakyat (termasuk pemimpin) adalah sama di mata hukum.

Harapnya tak ada yang gopoh dan gelojoh nak membandingkan dengan Rukun Iman dan Rukun Islam! Untuk mereka yang cuba berfikiran begitu, udah-udahle...(jangan sampai aku panggil bangang!)

Jika dilihat seimbas kepada 4 ciri di atas, cukup untuk kita katakan asas. Bagaimanapun, ia masih kabur dan memerlukan penjelasan lanjut. Kekeliruan dan ketidakfahaman apa itu demokrasi selama ini disulitkan dengan pemerintahan diktator dan zalim mengatasnamakan sokongan majoriti rakyat dalam tindakan-tindakan mereka.

Tun Dr. Mahathir adalah antara contoh pemimpin yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat mendokong tindakan ISA, sebab itu mereka masih pilih Barisan Nasional. Justeru, untuk aku ada perkara mendasar di sini - bahawa dasar boleh diubah dengan sokongan rakyat.

No comments:

Post a Comment