Thursday, January 10, 2008

Maal Hijrah

Bila tiba Maal Hijrah, aku sering teringat pengalaman semasa darjah 4 melagukan Nasyid popular berkaitan Maal Hijrah
Satu Muharam detik permulaan,
Perkiraan tahun Islam hijrah,
Perpindahan Nabi (s.a.w.) dan umat Islam,
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah..

Baru 10 hari kita menyambut Tahun Baru Masehi, kini 10 Januari kita menyambut Awal Muharram - Tahun Baru Hijriah.

Peristiwa hijrah membawa makna yang cukup besar dalam proses kebangunan Islam seperti yang dikehendaki Allah s.w.t.. Sebagaimana biasa pada tiap kali Tahun Baru, kita merenung diri dan berazam untuk melakukan perubahan untuk sesuatu yang lebih baik. Mudah-mudahan dipermudahkan.

Tidak ada sandaran dalil naqli, sepanjang pengetahuan aku, mahu pun petunjuk sirah bahawa Maal Hijrah mesti dirayakan. Tapi untuk aku, menyambut Maal Hijrah, bukan dengan niat ia sebagai amalan yang dituntut tidaklah menjadi satu perkara yang harus diperbesar (sekadar ingatan kerana Malaysia dilanda gelombang yang self-claim diri mereka Salafi atau lebih tepat Wahabi dengan kegemaran membida'ahkan perlakuan umat).

Ada beberapa hal dari tanggapan aku boleh kita belajar dari peristiwa Hijrah. Syeikh Mohamad Syaltut, bekas Rektor Al-Azhar menggariskan dua perkara pokok dalam peristiwa Hijrah sebagai

1) Hijrah Badaniyah (Fizikal)
2) Hijrah Qalbiyah (Batin)

Ramai mungkin terlupa dan terlepas pandang bahawa sirah Rasul s.a.w. juga telah menunjukkan hijrah berlaku kepada daerah yang lebih jelas iklim kebebasannya untuk memungkinkan Islam tersebar.

Ironinya, orang Islam yang berpeluang memerintah dan mahu memerintah cenderung mahu menafikan kebebasan kepercayaan lain!

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan-jalan Allah, mereka mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang” (QS Al Baqarah: 218).



Moga aku diberi faham untuk melaksana dan menyampaikannya.

No comments:

Post a Comment