Menteri Pengajian Tinggi berkata para pelajar yang namanya tersenarai dalam daftar mengundi boleh turun mengundi tetapi dilarang keras mengambil bahagian yang cergas dalam mana-mana gerak kerja parti politik. Lebih kurang begitu kenyataannya. Dalam berita yang sama juga beberapa pimpinan pelajar menyatakan sokongan atas larangan Pak Menteri sambil menempelak sekelompok pelajar yang mereka tidak setuju (tidak pasti sama ada pendekatan atau isu yang dibawa).
Cerita-cerita tekanan politik bukanlah cerita baru. Cerita-cerita sokongan pengampu politik juga bukan baru.
Cerita-cerita ini hanya lebih kurang cerita rakyat seperti Mat Jenin dan Pak Kaduk sementara masih ditayangkan. Mat Jenin ni jenis kuat berangan, justeru sementara wayang masih ditayangkan, panjanglah lagi angan-angannya. Pak Kaduk pula cerita 'menang sorak kampung tergadai'. Mereka-mereka yang berkuasa mungkin rasa menang dengan tindakan mereka, tapi mereka menggadai nasib bangsa dalam era persaingan yang kian sengit. Kalau mereka tewas satu hari nanti, entah apa mereka buat dengan penyokong mereka? Saat itu penyokong mereka akan kata 'kami tertipu'. Yang kaya mungkin diam-diam hidup dengan harta yang telah dipunggah. Yang jujur tapi takut melawan mungkin akan tersipu-sipu mengadu nasib untuk 'berhijrah'.
Sudah-sudahla..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment