Selamat siang Malaysia,
Matahari baru terbit – tak lama selepas azan berbunyi,
Usai Subuh - ayuh kita kerja cari rezeki,
Kerana kita disuruh cari rezeki,
Dan kita disuruh cari rezeki yang halal,
Bukan rezeki jenis haram.
Selamat siang Malaysia,
Matahari sudah tegak,
Di mana-mana atas tanahmu – manusia bergerak cari rezeki,
Kerana ingin hidup – untuk diri sendiri dan berbakti,
Sebelum menghitung diri seperti yang Dia janji,
Rezeki makan diri atau rezeki jadi pekerti.
Selamat siang Malaysia,
Matahari mahu pergi,
Cukup dulu untuk siang ini,
Esok kerja lagi – sampai hari cuti.
Malaysia, hari sudah malam,
Rupanya masih ada yang perlu bekerja,
Rezeki tak kenal masa,
Siapa berusaha dia merasa,
Tapi mereka yang mahu usaha selalunya mahu rezeki yang halal,
Yang haram hanya untuk mereka yang malas usaha,
Dan mereka yang mahu mudah saja - tak kenal adil dan zalim.
Selamat siang Malaysia,
Cukuplah tidur untuk kesegaran,
Tidur yang lama selalunya melemahkan,
Hari sudah siang, ayuh cari rezeki,
Untuk makan sendiri dan berbakti.
Selamat siang Malaysia,
Pengalaman tak semua mendewasakan manusia,
Yang baik selalunya untuk mereka yang kenal alam baqa.
Amin Ahmad,
Kampus Hijau
31 Januari
Wednesday, January 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment