Thursday, April 17, 2008

Di Celah Kesibukan

Cerita 1 - awal minggu ini

Selasa lepas peperiksaan untuk sebuah kursus yang asing - Teori Kaunseling (aduh, aku ni belajar dari Fakulti mana? Tak habis-habis soalan tu datang). Rabu pagi dapat berita pakcik aku meninggal. Al-fatihah untuk Allahyarham Raja Hanif, nampaknya selepas ini rumah arwah tok semakin hambar la bila aku ke sana.

Cerita 2 - cerita hari ini dan hari-hari yang terdekat

Sibuk dengan peperiksaan, tugasan akhir yang perlu disiapkan dan pembentangan proposal untuk Ijazah Sarjana. Tapi buat-buat tak sibuk. Malam ni nak selesaikan satu tugasan untuk dihantar kepada sdr Wan Saiful di UK, kemudian nak selesaikan sebahagian tugasan yang ada. Mujur proposal dah siap hingga ke Bab 3, tunggu nak kena 'belasah' je minggu depan dengan pemeriksa aku yang dikenali 'kejam tanpa segan silu' wataknya. Ilmu didatangi, maka layanla...

Di celah-celah kesibukan ni, sempat lagi cuba menghabiskan buku Islam and Liberty dan menonton The Emperor's Club dua kali! Dan tidak lupa lepak bersama kawan-kawan di kedai makan untuk 'bertekak' siapa layak jadi juara English Premier League (EPL) tahun ini. Prestasi di Fantasy Football sangat mengecewakan sampai terpaksa aku quote kata-kata KJ dalam forum - we will fight back! hahaha.

Cerita 3 - cerita hari-hari...

Bagaimana pula iman aku hari ini?

3 comments:

  1. amin, sibuk ye.. jom makan ikan bakar kat kedai kopi pak din di KK?

    ReplyDelete
  2. insyaAllah kawan. Sket hari lagi..rakyat di Sabah apa macam? Sudah sediakah dengan wajah baru Malaysia?

    Harap satu hari nanti saya dapat lama di sana, banyak urusan umat perlu dibuat di sana gayanya..tapi orang Sabah sebenarnya baik-baik..mungkin himpitan hidup buat sebahagian dari mereka terpaksa bertumpu kepada hal2 lain.

    ReplyDelete
  3. PENGUNDI HANTU

    Selamba jer ko kutuk Lecturer yang mmg dikenali di Faculty khakha..

    ReplyDelete