Sunday, April 6, 2008

Israel


Bila UMNO-BN cuba menghilangkan pengaruh DS Anwar sebagai calon Perdana Menteri Malaysia yang baru, mereka memainkan sentimen hubungan DS Anwar dengan kuasa Barat dengan fokusnya mereka berketurunan Yahudi. Dan jangan terkejut, berita ini disambut hebat oleh 'pendokong-pendokong Syiah yang percaya Khomeini tidak zalim'. Maka aku hanya melihat itu tidak lebih dari cemburu hubungan DS Anwar dengan Arab Saudi dan negara Barat dan Timur yang lebih mesra berbanding hubungannya dengan Iran.

Aku berkongsi pandangan dengan beberapa teman yang mendokong PAS semasa zaman pengajian bahawa ada seorang tokoh PAS yang agak dikenali ramai tetapi keterlaluan dalam bicaranya. Dialah yang beria-ia men'al-juburi'kan DS Anwar sebelum peristiwa pemecatan bersejarah itu. Dan kita tahu hubungan tokoh itu dengan Iran dan kecenderungan faham agama dan politiknya.

Aku akui Ahmadinejad antara tokoh semasa yang cukup baik perwatakannya dan cukup kemas penghujahannya berkaitan isu Palestin dan Israel. Untuk aku, persoalan kita bukan persoalan Israel, juga bukan persoalan Yahudi, tetapi persoalan anti kemanusiaan, keadilan dan hak asasi. Penentangan terhadap Israel bukan saja datang dari kalangan muslim, malah dari Yahudi juga!

Aku masih bingung. Mana mungkin kejadian Allah s.w.t. memilih sejak azali bahawa Yahudi itu penghuni neraka. Seolah-olah dakwah itu tidak ada fungsinya untuk mereka. Aku percaya jika mereka tahu begitu, mereka juga tidak mahu jadi Yahudi, sama seperti kita. Semangat ajaran Islam tentang Yahudi ini, untuk aku, harus dinilai semula.

Aku tak tahu, benar-benar tidak tahu. Aku hanya tahu aku tidak anti-semitik.

Tindakan Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel untuk aku asasnya jelas. Tapi aku keliru bagaimana jika Ben-Haim dan Avram Grant terhukum kerana akan hadir bersama Chelsea atas kapasiti mereka berbangsa Yahudi, sedangkan mereka hadir atas tiket lain, jauh berbeza dengan pasukan kriket Israel (terang-terang guna nama negara).

Hurm, lepas ni aku nak sediakan masa untuk memahami hal ini pulak! Yahudi, yahudi..

No comments:

Post a Comment