Fahami realiti ini....
1. Menjadi Melayu, Cina, India, Yahudi dsbgnya bukanlah pilihan manusia melainkan ketentuan Allah s.w.t.. Allah s.w.t. telah berfirman 'telah aku muliakan seluruh Bani Adam' dan dikuatkan lagi dengan sabda Rasul s.a.w. bahawa tidak mulia satu bangsa dari bangsa yang lain melainkan taqwa.
2. Tidak ada mana-mana bangsa pun di dunia ini yang bersatu 100% melainkan ia melibatkan interest yang dipersetujui bersama (kalau siapa faham consumer behavior mungkin dia faham tentang ini).
3. Hitler pernah menyeru penyatuan bangsa Aryan untuk menindas bangsa2 lain.
Bersatu memang seruan yang bagus tetapi NILAI APA yang kita pegang untuk bersatu?
Taqwa mengajar manusia berlaku adil, kasih sayang, menunaikan hak, tidak korup dan byk lagi nilai2 baik..
Tak payah pergi jauh, dalam pergaulan kita sehari-hari, jika ada kawan2 yg khianat dan zalim pd kita sudah cukup utk kita 'memisahkan diri' drpdnya.
Persoalan hari ini bukanlah persoalan Melayu tidak bersatu melainkan sebahagian Melayu berpegang pada NILAI yang berbeza dengan Melayu lain dan NILAI ini kebetulan dikongsi bersama oleh ramai bangsa lain (bukan saja di Malaysia, tapi di Dunia!).
Tak payahlah nak berlebihan menyalahkan kekuatan bangsa lain jika usaha kita tidak sehebat mereka. Dalam realiti Melayu menghadkan bangsa lain dalam sektor awam, sudah tentu mereka lebih kuat dari segi ekonomi kerana berada dlm sektor perniagaan yg jelas akan membina karakter mereka (boleh rujuk personaliti yg paling berjaya adalah usahawan, tp bukan usahawan yg bertongkat!).
Cuba tanya juga yg menindas bantuan kpd Melayu di Kelantan dan T'ganu sebelum ini siapa? Malah kenyataan2 terkini Menteri berkaitan hal kerjasama antara Pusat dan negeri. Tepuk dada tanya selera - mcm tu nak perpaduan?
Lagi 1, fahamilah konsep Federalisme dan bagaimana ia beroperasi dlm konteks adanya sebuah Perlembagaan.
Melayu gagal dan tidak bersatu hanya kerana berpegang kpd NILAI yg salah.
NILAI? Dari mana wujudnya NILAI? Dlm konteks sejarah NILAI wujud kerana dtgnya AGAMA. AGAMA yg mengajarkan manusia erti HALAL, HARAM, HARUS dan lain-lain.
NILAI inilah yang membina BUDAYA. Sebagaimana pendapat tokoh BUDAYA dalam POLEMIK KEBUDAYAAN yang hangat dibicarakan di suku abad lepas. Sutan Takdir Alishahbana menegaskan 'BUDAYA adalah penjelmaan NILAI2 dalam amalan kehidupan'.
Tanya diri, NILAI apa yang kita pegang?
Kenapa NILAI Islam itu lebih jelas di Barat yang membolehkan masyarakat mereka berpusu-pusu menerima ISLAM? Kenapa tidak Malaysia dan negara umat Islam yang lain?
Semoga ALLAH s.w.t. memberi kita kefahaman yang banyak dan kemahuan untuk bergerak dengan lebih matang dan terus hidup berkasih sayang beserta iman.
Saturday, April 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment