Monday, April 7, 2008

Mahathir dan UMNO yang licik

Bising-bising Tun Dr Mahathir dan respon UMNO hari ini harus difahami dengan bahasa lain oleh pendokong Pakatan Rakyat.

Untuk aku ia tidak lebih dari usaha Tun Dr Mahathir mengalihkan tumpuan berlebihan kepada keupayaan Pakatan Rakyat untuk menawarkan DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru (sama ada pakatan setuju atau tidak, itu cerita kemudian, ini hanya cerita dari perspektif TDM).

Tak perlulah diceritakan kenapa TDM tidak mahu DS Anwar menjadi Perdana Menteri. Tuduhan kuasa asing yang dikaitkan dengan DS Anwar tidak lebih dari sekadar menunjukkan bahawa Mesyuarat Kabinet zaman pemerintahan TDM hampir tidak ada fungsi dan seperti umum maklum pemerintahan TDM lebih bersifat one man show.

TDM hanya mahu menunjukkan bahawa dalam UMNO masih boleh dilakukan perubahan dan rakyat umumnya Melayu boleh harapkan UMNO lagi untuk masa depan. Cerita pengganti Pak Lah mungkin relevan, tapi untuk aku, bukan dengan cara re-install Mahathirisme!

2 comments:

  1. Amin minta masa 5 minit, Mahathirisme tidak minta 5 minit, dia paksa 5x4 tahun!
    halwaromantis
    revolusi

    ReplyDelete
  2. Wah Guru Silat Rastom dah sampai dulu.

    Nampaknya buah silat Haji Rastom semakin improve...hehehe

    Salam Amin,

    kunjungan balas. salam ukhuwah. Jemput2 singgah blog ana selalu.

    tQ

    ReplyDelete