Usai Minggu Orientasi Universiti, Minggu Orientasi Kolej pula muncul. Sebetulnya Minggu Orientasi Kolej ini seiring dengan minggu pertama kuliah. Maka, program bermula selepas Asar, sekitar jam 5.30 petang. Ia dikendalikan oleh bekas pelajar-pelajar matrikulasi yang memilih untuk terus kekal di Kolej Matrikulasi (KOMAT, kini Kolej Ke-13).
Semasa Minggu Orientasi Universiti, ada satu slot yang gagal diisi dengan sempurna iaitu pendaftaran kursus untuk pelajar-pelajar baru. Ini terjadi kerana server down. Maka, minggu pertama ini semua sibuk untuk mendaftar, ditambah dengan aksi beratur panjang kerana kehadiran mahasiswa senior yang juga mahu mendaftar. Macam-macam hal dari masuk kuliah tanpa mendaftar hinggalah kegagalan mendaftar akibat kuota kursus telah dipenuhi.
Program Diploma Perhutanan mengambil 150 mahasiswa baru. Namun sebahagiannya tidak datang mendaftar. Yang tinggal sekitar 90 orang seingat aku. Apa nak buat, nama program tidak glamour macam Perubatan dan Kejuruteraan. Aku masih ingat seorang rakan semasa Minggu Orientasi Universiti, katanya dia sangat tidak berpuas hati kerana tidak dapat melanjutkan pengajian ke UTM, sama seperti aku yang sedikit kecewa untuk itu. Hasrat menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan terbantut meskipun aku kira keputusan Fizik dan Matematik Tambahan aku sangat baik. Tapi aku akui, persaingan untuk program kejuruteraan memang hebat, dan silap aku ialah kerana memohon untuk terus ke peringkat Ijazah! Harap adik-adik lepasan SPM tak mengulangi kesilapan nyata ini. Ya, memang ada yang berjaya terus ke peringkat Ijazah, tapi boleh dibilang dengan jari kot. Yang buat aku rasa macam nak kata 'poyo je' kat kawan aku ni ialah bila aku tanya keputusan SPM, dia cakap lulus dengan pangkat 2. Aduh!
Semester 1, kursus kami banyak di luar fakulti antaranya Kimia Organik, Biologi 1, Matematik 2@Kalkulus, Kenegaraan Malaysia, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Untuk 3 kursus terakhir, tidak ada kelas perlu dihadiri dan aku rasa sangat malang untuk itu. Hanya perlu beli buku dan baca. Tunggu hingga tarikh peperiksaan dimaklumkan dari masa ke masa. Akibatnya, kami punya banyak masa lapang yang ramai mengisinya dengan T.I.D.U.R.. Tapi untuk orang yang tidak biasa tidur petang macam aku, ianya sangat bermasalah.
Eh, kenapa aku tidak cerita tentang Minggu Orientasi Kolej? Sebetulnya kerana ia hanya berjaya dilaksanakan untuk 2 hari. Hari pertama lebih kepada sesi suai kenal antara kumpulan-kumpulan yang telah diagihkan. Hari kedua sesi bersama Pengurus Kolej, kerana Pengetua Matrikulasi secara automatiknya hilang jawatan Pengetua selepas matrikulasi di Universiti dihentikan. Juga kerana kontraknya tamat.
Ia gagal kerana umumnya kuliah yang tamat jam 5 petang tidak memungkinkan kami dapat sampai ke kolej jam 5.30 petang. Dengan bas yang terhad dan perlu berebut-rebut, perlu solat Asar dan masih kepenatan. Majoriti dari kami mengambil sikap memulaukan Minggu Orientasi Kolej selepas 2 hari. Ini ditambah faktor 'garang tak bertempat' fasilitator kolej pada hari ke-2. Masih diulang oleh kami jika berborak perihal ini "Kamu ingat saya tunggul ke di sini tunggu kamu nak berkumpul jam 5.30 petang?".
Saturday, April 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sorry luar topic sikit...
ReplyDeleteselepas lulus maytrikulasi kementerian pendidikan..bolehkan seorang pelajar tu melanjutkan pelajarannya ke luar negara?...apakah bidang atau kursus yang layak dipohon....