Monday, April 7, 2008

Hari Minggu

Hari minggu ini mungkin antara yang paling bosan aku lalui. Memang tidak ada perancangan khusus, termasuk menolak keinginan ke Pesta Buku Antarabangsa.

Sabtu aku ada temujanji dengan rakan lama di sekolah - Wan Mohd Zaid. Temujanji? Mungkin hanya perjumpaan 5 minit untuk menyampaikan CD Single Butterfingers yang terbaru sambil bertanya khabar dan merancang untuk pulang bersama Hari Raya Aidilfitri nanti!

Ahad aku hadir ke jamuan tertutup YB Nik Nazmi, ADUN Seri Setia. Peranan aku di sebalik kempen PRU-12 untuk beliau biarlah rahsia :) dan aku berkali-kali lebih banyak bersifat individu yang memainkan peranan semak dan imbang untuk beliau, hanya kerana aku mahu beliau menjadi yang terbaik - tapi akhirnya terpulang kepada keputusannya.

Lain waktu hanya aku habiskan menonton The Emperor's Club untuk kali ke-2. Terima kasih untuk Ariff Ahmad, abang sulung aku untuk kisah yang telah lebih 3 tahun aku cuba dapatkan (ada lagi akan datang!hehe). Review filem ini akan datang kemudian.

Selain dari itu, aku memenuhkan waktu untuk 'pelajar praktikal' yang mahukan ilmu Pengurusan Taman dan Rekreasi dari aku. Memang susah mengajar mereka yang bermentaliti spoon feeding. Sempat juga ke JUSCO di Equine Park untuk dapatkan dakwat printer yang kehabisan.

Hujung minggu depan aku merancang untuk ke Pesta Buku Antarabangsa, Ustaz Hasrizal akan ada di sana 'sampai pengsan' (itu ayat sebenar smsnya kepada aku). Tapi sebelum itu insyaAllah, aku dan teman-teman akan lunch bersama DS Anwar Ibrahim, tempatnya rahsia! Tapi aku harap peluang ini akan sekali lagi aku gunakan sebagai medium memahami pengisian.

* Sebenarnya jauh di sudut hati kerisauan itu ada. 22 April aku akan membentang proposal tesis dan selepas itu aku mahu membuang diri selama beberapa bulan di lapangan. Aduh! Becok jangan 'mati'!

No comments:

Post a Comment