Saturday, April 5, 2008

Sokratik

Cerita pendekatan Sokratik ni bukan cerita baru, malah Sokratik tu jelas sekali diambil dari nama Socrates. Baru-baru ini dalam kuliah akhir kursus Kaunseling untuk Pembinaan Personaliti, kajian kes yang aku persembahkan ialah pendekatan Sokratik untuk Teori Adlerian.

Pertama kali aku didedahkan dengan pendekatan Sokratik ialah semasa Kuliah Pencerahan di Telawi dulu. Socrates adalah watak dalam dialog bersama Euthyphro yang dilakarkan Plato dalam karyanya. Ada yang mempersoalkan kewujudan Socrates, dan ada yang menyatakan Socrates adalah guru Plato.

Menurut YB Yusmadi, Ahli Parlimen Balik Pulau, pendekatan Sokratik ini juga sangat popular dalam profesion guaman.

Antara contoh soalan yang boleh difikirkan ialah "Sesuatu itu Islam kerana ia adil atau sesuatu itu adil maka ia Islam?". Hurm, soalan-soalan begini mungkin boleh membantu kita meluruskan pendekatan kita dalam menangani isu-isu Islam berbanding A yang Islam rapatatau setuju dengan B yang bukan Islam maka A kemungkinan 'tidak Islam' atau A rapat dengan ustaz C maka ia 'lebih Islam' atau ustaz C tidak ada title 'As-Syeikh' maka As-Syeikh Ustaz D lebih baik dari ustaz C.

Falasi dan falasi akan terus bergerak, dan terus diguna dalam komunikasi - baik cakap, tulis atau apa saja. Yang malas akan tersedut, terkepung dan meronta dalam ketidakpastian cabang-cabang sengit hujah.

Benarlah sabda Rasul s.a.w. jika Allah s.w.t. inginkan kebaikan untuk seseorang, maka dia akan dikurniakan dengan kefahaman yang banyak. Doa-doalah semoga saya, anda dan kita semua beroleh kefahaman yang banyak dari Allah s.w.t.. Ingatlah selalu ilmu itu adalah milik kita, di mana sahaja kita temui maka kitalah yang paling layak mengambilnya. Dan Saidina Ali k.w. menambah, biarpun dari seorang kafir dan seorang munafik!

Tingginya erti ilmu hinggakan dalam Al-Quran ditegaskan bahawa golongan inilah yang paling takut kepada Allah s.w.t.. Tinggalkan sangka-sangka, banyakkan ilmu, kurangkan menghukum, tingkatkan dakwah, sedia bertasamuh (lapang dada) dan teguhkan akhlaq.

* Alfred Adler adalah contoh pelajar yang berani, atas nama ilmu, berbeza pandangan dengan Sigmund Freud, tokoh pendekatan Psikoanalisis lalu membentuk School of Thought sendiri yang dinamakan Teori Psikologi Individu.

No comments:

Post a Comment