Minggu orientasi bermula. Ia diuruskan oleh fasilitator-fasilitator yang dipilih universiti untuk membimbing kami. Tak ramai yang aku ingat kecuali beberapa nama.
Yang aku ingat dalam minggu orientasi ini antaranya :
1) Semasa beratur ikut negeri; hanya aku seorang berasal dari Perlis!
2) Semasa menyanyi lagu negeri, dah la kena nyanyi seorang diri, semua ketawa tanpa sengaja bila aku mulakan lagu dengan 'Amin...Amin..', lagu Perlis memang begitu kan? Bukan niat nak sebut nama sendiri pun!
3) Semasa Pusat Sukan menjemput pelajar yang pernah mewakili negeri masing-masing dalam acara sukan dan permainan, aku keluar ke depan bersama tidak sampai 15 orang pelajar lain. Sekali lagi kejutan, selain Catur aku juga pemain ragbi bawah 18 tahun untuk negeri (kejutannya kerana seorang kurus seperti aku boleh pula menjadi pemain ragbi negeri!).
4) Dalam dialog bersama pimpinan negara, hampir saja pengerusi majlis menamatkannya lebih awal kerana tidak ada soalan yang mahu ditanya pelajar. Akhirnya aku keluar 'menembak' 3 soalan mudah kepada Dr. Mahadzir Mohd Khir waktu itu. Yang boleh aku ingat ialah sikap dia tidak menjawab salah satu soalan aku yang disambut tepukan pelajar dengan sorakan 1-0!
Boleh tahan glamour juga aku kerana semua perkara di atas. Tapi aku macam biasa, buat tak kisah dan minggu itu aku hanya fikirkan bagaimana untuk sesuaikan diri. Hari-hari terpaksa berjalan ulang-alik dari Kolej Matrikulasi (KOMAT) ke Dewan Seri Pulasan Kolej-6 (betul ke nama dewan ni ek?).
Aku mula kenal rakan-rakan dari bilik sebelah kiri (C303) - Radzi@Lopaq dan Molzairi Jiwang+Raja Gitar (Johorian), Mazlan@Le Kelate dan seorang lagi mamat Kelate dah lupa pulak namanya, Alam (Selangor+Sarawak), Abu Hanafiah (Ganu), Zul Dagu (Kedah) - dan bilik sebelah kanan (C305) - Zoe Macha (Selangor), Daha (Pahang), Ujang (N9), Sting, Taro dan Chot (Johor).
Minggu orientasi ni kami dikejutkan dengan seorang mahasiswa kental - Izham namanya. Dia ni kira 'karkun burzuq' (bukan burzum artis tu!hehe..ni istilah dalam tabligh) la di kalangan karkun-karkun tabligh. Kejutannya ialah sepanjang minggu orientasi dia akan bangun awal, mandi dan bersiap sebelum pergi dari bilik ke bilik untuk kejutkan semua orang bangun Subuh. Kesungguhannya tu yang mengejutkan kami. Mujur dorm aku memang dorm yang dikenali ramai sebagai dorm paling awal cerah lampu. Maka kami jadi saksi kentalnya Izham - sebelum kami kenal lebih rapat dan sama-sama mengusahakan kegiatan tabligh kemudiannya.
Rupanya minggu orientasi universiti tak sunyi dari usaha tersusun Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan pesaingnya Persatuan Pentas Ilmuan dan Persatuan Mahasiswa Wawasan (PERMAWAN) meraih dokongan untuk persiapan Pilihan Raya Kampus 2000 pada bulan Ogos
(seingat aku).
Kita nantikan cerita ini untuk siri seterusnya ...
Tuesday, April 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cepat2 post new story. aku x sabar tggu nih.
ReplyDeleteamin..
ReplyDeletetak pasti la sedara ni dari kampus mana .. tapi bila mengenangkan tahun 1999/2000, itulah tahun kedua roslisalem bertanding di kampus UPM ..dan menang buat kali kedua setelah menang sesi 1998/99
yang paling mengesankan adalah peristiwa demonstrasi besar-besaran dalam kampus sebab isu makanan, akibatnya seluruh j/kuasa mendapat surat amaran universiti dan sepanjang dua sesi bertukar 6 kali TNC HEP dan 2 kali VC..
isunya di sini, BUKAN ISU pmi ATAU permawan.. tapi perjuangan demi kebaikan dan kebajikan.. kalau ikutkan ,walaupun PMI yg menang, banyak hak dan keistimewaan masih dinikmati Permawan.. melancong ke sana sini etc.. yang tinggal buat PMI, hanyalah perjuangan demi Islam dan kebencian balaci UMNO
namun mutakhir ini, semuanya telah 'dihapuskan' secara terancang ..tiada lagi dibenarkan pelajar 'rapat' dengan PMI.. bahkan kalau boleh hendak dihapuskan terus nama PMI..
tak mustahil ..kini hanya tinggal Persatuan Mahasiswa Hadhari di kampus UiTM ..yang meneruskan sisa-sisa semangat perjuangan Islam.. terpaksa bertopeng dengan nama hadhari demi bergerak secara rasmi.. jatuhLAH rejim DoLAH, demi perjuangan Islam..