
Aku tak tahu sama ada ini termasuk dalam hasrat Dasar Pandang ke Timur atau tidak. Tapi cerita-cerita Jepun sama ada kartun atau lakonan orang betul memang memberi kesan yang tidak sedikit kepada aku. Sejak dulu aku rasa keinginan untuk pergi Jepun tu tinggi juga dan alhamdulillah pada tahun 2006 selepas melalui proses temuduga, aku dapat juga melihat sendiri negara matahari terbit itu dengan tajaan Rotary Fujisawa-Kajang dengan kerjasama UPM khususnya Fakulti Perhutanan. Nantilah kot aku tulis lagi, teringin nak pergi lagi la...huhu
1. Oshin
Cerita ni aku tengok sebab mak aku memang layan cerita ni masa aku kecil.
2. Shogun's Ninja
Aku tak ingat sama ada betul tajuknya Shogun's Ninja (atau Shogun's Samurai?). Tapi zaman tu aku suka betul tengok ninja dengan senjata tajamnya selain pedang samurai (orang panggil apa ek? ala, zaman tu budak-budak macam kami leperkan tudung menet dan tajamkan konon macam ninja la). Aku cuba belek dalam YouTube tapi macam tak ada. Tak silap aku kisahnya ada adik-beradik dan yang bongsu mati ditembak.
3. Ultraman
Yang ini aku tak payah cerita panjang la kot?
Yang pastinya Ultraman punya generasi punyalah banyak. Entah berapa banyak bangunan di Jepun tu raksasa tu dah musnahkan dan sempat pula mereka bina semula sebelum diserang raksasa yang lain, haha.

4. Polis Angkasa Gaban
Wakata wakata wataktau...haha, gitulah aku cuba nak nyanyi lagu Jepun dulu.
5. Kesatria Baja Hitam
Kitaro Minami! Apa lagi aku boleh katakan? Ramai yang tak puas hati sebab kisahnya tamat sebaik kemunculan RX. Lepas tu banyak lambakan video-video adik-beradik sepupu sepapat Kesatria Baja Hitam ni. Ingat tak Tendangan Padu Maut? Haha..dan drama kita Hati Waja pun ala-ala Tendangan Padu Maut gakla (ala, drama yang Rusdi Ramlie jadi hero tu)
6. Moero Attack
Summersault berpusing! Huh, sanggup pi mengaji Quran lewat sebab nak layan cerita ni.
7. Kickers
Kakero!
8. Dash Yonkuro
Ada beberapa orang kawan aku fanatik gila dengan benda ni sampai bawa ke sekolah dan kena rampas sebab dok main kat koridor kacau kelas lain belajar. Duit banyak habis kawan-kawan aku dengan benda ni. Siap ada yang tak mampu beli litar sanggup bancuh simen buat litar sendiri! Aku beli juga tapi tak teruja. Nampak sangat aku bukan handyman.
9. Doraemon
Dia robot aku (Nobita, hehe). Dulu kawan-kawan main Catur pernah panggil aku Noraemon, hehe.
10. Detektif Conan
Ini aku layan sampai sekarang beb!
Ada lagi yang lain macam Voltron, Mospeda, Flashman, Power Rangers dan Sin Chan serta lain-lain tapi aku rasa tak begitu signifikan dengan perjalanan hidup aku.
Bila aku di Jepun, baru aku tahu rupanya dari kanak-kanak sampai orang tua, mereka memang layan komik, games dan macam-macam teknologi. Makcik aku 7 tahun duduk di sana, katanya kalau balik Malaysia dan pulang ke sana rasa macam ketinggalan dalam hal-hal teknologi ni. Ada satu bandar elektrik - Akihabara - atau ringkasnya Lowyat yang sebesar Serdang kot? Hehe..

Wah..
ReplyDeleteNak pergi Jepun! Nak pergi Jepun!
Kartun kickers? hah ada download ka?
ReplyDeleteMau tumpang sekaki.
sila-sila..
ReplyDeletetadi lecturer cite pasai 'sonnojoi' and 'furusato'...
ReplyDeletetingin nak ke sn, eheheh
btw... citegaban ngn baja hitam tu best, eheheh ;D
haha, banyak lagi yg best di sana :)
ReplyDeletepergh abis sume citer jepun dia kuar...apa kata bro pasni lu sambg phd kat jepun je la..hehehe
ReplyDeletexmo ;) jepun misi lain, hehe
ReplyDeleteyang cite waktu aku tadika tu cite apa ...yang pasukan bola tampar tu ..sanggup aku ngelat jaga adik ...dulu aku minat ultraman , tapi makin besar aku tak ske sebab sama je storyline dia ...
ReplyDeletemoero attack..kan ada di atas tu? hehe..bukan tadika..darjah 2 ke 3?
ReplyDeleteaku nak pi Jerman..amin.
ReplyDeletehaha, jom! jom!
ReplyDeleteaku muda pada ko..sebab time cite tu aku tadika lagi ...
ReplyDeleteoo ok :)
ReplyDeletemoero attack... ko setakat lambat gi kelas Quran... sbb citer nih aku terus cakap kat ustaz aku nak berenti sekolah ugama waktu ptg. Ponteng jgn ckp... dua minggu aku ponteng gi tengok kat rumah member. Suka hati aku jer buat keputusan... ngamok sakan mak aku lepas dapat tau...
ReplyDeletehaha, kira kau lebih radikal la..peewit!
ReplyDelete