Aku kekal mengambil jalan tengah - bahawa banyak perkara dari hal politik boleh dipelajari dari isu di Perak.
Memang ada rakyat yang akan membenci politik dari isu yang berlaku. Mereka ini rata-rata ialah mereka yang memang tak pernah sukakan politik. Ia hanya bersifat pengukuhan kepada apa yang mereka percaya, tidak lebih daripada itu. Dan mereka ini mungkin sekali dari mereka yang cukup cemerlang rekod pelajaran mereka tetapi hati mereka mungkin yang paling kecil. Mereka tahu keberanian sentiasa boleh membawa mereka kepada lebih kebaikan, tetapi realiti sistem telah menyebabkan mereka fikir keberanian selalu buruk untuk menawarkan kebaikan.
Perlahan-lahan kebaikan larut bersama rasa takut.
Sejak 8 Mac 2008, suka atau tidak negara kita berada di peringkat transisi kepada sebuah negara demokrasi yang matang. Dan kita perlukan ini untuk melangkah gagah sama ada untuk Wawasan 2020, sasaran 2057 atau menuju ke hari akhir saat sangkakala ditiup.
Marilah kita sama-sama belajar erti hidup bernegara. Aku tidak lebih dari kalian. Kita sama punya hak dan potensi. Jika kalian lebih baik, maka aku akan gembira kerana negara ini akan diuruskan oleh orang-orang baik. Jika aku lebih baik, aku tidak akan gembira kerana piawai aku sebagai lebih baik itu tentu sekali tidak cukup bagi mengangkat masa depan kita yang gemilang.
Sebahagiannya boleh kita belajar di sini dan di sini.
Thursday, February 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
setuju.
ReplyDeletesbb politik itu asalnya dari org.
dan tidak ada org yg sentiasa betul
sama juga tidak ada org yang sentiasa salah.
kita ada akal.
ambil baik, buang buruk
lawak sikit boleh... Perak memang tak de emas... yang ada timah jer... hehe..he..
ReplyDeleteApapun... agreed
fynn,
ReplyDeletemanusia unik kan?
sebab tu nabi s.a.w. pesan - jika suka org jgn suka sgt2. jika benci org jgn benci sgt2.
salwa,
timah pun timah le... :)