Dah 3 hari aku godek Camcorder Sony HDR-HC3 ni untuk pindahkan kuliah-kuliah Dr. Tom Palmer ke komputer dan muatkan di laman tempat aku kerja. Camcorder ni menggunakan tape.
Sebagai orang yang buta IT (kiranya aku ni betul-betul tahap beginner), benda ni memang sedikit sukar tapi tak adalah sampai jakun tak tau nak merujuk dan sebagainya.
Ada satu kabel bersama Camcorder ni, entah kenapa sangat ketat untuk dimasukkan pada portnya sedangkan itulah satu-satunya yang sesuai untuk dia. Hurm, akhirnya dengan berkat usaha tangga kejayaan, aku berjaya masukkannya tapi serius engkau akan rasa macam ini bukan kabelnya kot? Haha, itu soalan daripada orang yang aku minta bantu. Tapi benda tu tak adalah rosak...
Sudah agak 'panas kepala', akhirnya kami bulat tekad untuk ke kedai Sony di Jusco dekat dengan rumah aku. Di sana kami cuba kabel ni dan hasilnya sama malah staf-staf di Sony pun tertanya betulkah itu kabelnya? Hurm, jalan akhir...aku keluarkan duit RM100 dan beli kabel lain berharga RM99. Cuba di kedai tu juga dan nampaknya maklumat di skrin menunjukkan komputer berjaya kesan kehadiran Camcorder.
Kerja ni sebenarnya tak susah pun aku rasa. Pindah video, edit dan muat naik di YouTube.
Balik rumah dengan hati girang dan cuba hubungkan Camcorder ni dengan komputer. Ya, berjaya dikesan! Tapi masa nak install semula software Camcorder ni tak dapat kerana sampai satu peringkat ia memerlukan i-link iaitu kabel khas yang memang sedia ada semasa Camcorder ni dibeli. I-link ni juga dikenali sebagai FireWire.
Cis, yang aku bengangnya ialah kepala kabel i-link ni hanya boleh dicucuk di Camcorder tetapi tak dapat dihubungkan ke komputer kerana tak ada port yang sesuai!
Setelah penat berusaha, terpaksalah aku mengadu kepada bos aku di London bahawa usaha memuatnaikkan video-video ini terencat disebabkan masalah ini. Masih menunggu jawab balas dia di e-partha.
Ia memang buat aku lemah satu badan sebab penat memikirkannya berterusan. Oleh itu, walaupun 14 Februari dah lepas di mana khabarnya orang ramai-ramai menyambutnya sebagai Hari Kekasih, aku lebih senang mendengar lagu ini...
Saturday, February 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hihihhhh... i-Link cable atau firewire... kena guna kat laptop yang ada port firewire 1394. Pastu kabel ada 2 jenis... 1 6 pin ke 6 pin... dan 1 lagi 4 pin ke 4 pin... biasa kat laptop guna 4-pin ke 4-pin. 6 pin tuh untuk pc yang ada video capture card. Nak beli kabel pun kena try and error... aku dah kena beli 2 kali... hampeh... kali ketiga br ok... sumer kat kedai yang sama... cuma aku perasan yang ketiga tu wayar dia besar sikit...
ReplyDeletewaa..itulah.
ReplyDeletemalam ni aku terpaksa pakai laptop kawan utk transfer semua tu.