Hari ini seperti biasa. Aku akan semak e-partha untuk tengok apa kerja yang bos-bos aku akan bagi. Kerja dengan seorang YB telah selesai dan semalam aku ambil cek, dan akan ambil cek kedua kemudian. Kerja dengan YB ini hanya kerja sementara, kerja lain yang aku buat selain kerja yang ada...hanya bos-bos aku di MTT yang tahu kenapa..
Tidak ada email.
Surat berita MTT telah aku hantar kepada pelanggan. Khairizul sampaikan di Facebook "good stuff on the newsletter! lunch hour well spent for me. thanks bro!". Ya, aku rasa surat berita kali ini mungkin lebih dekat dengan isu semasa di Malaysia.
Makan tengah hari tadi tiba-tiba WHG meragam. Maka petang tadi aku bawa ia ke 'klinik'. Nampaknya bulan ini saja aku kira RM2k duit aku habis, belum apa-apa lagi! Hurm, tapi bulan ini memang duit aku akan habis banyak...Masa di 'klinik', bos aku telefon, tapi sayangnya aku tak boleh ikut serta malam ni kerana WHG selesai agak lewat.
Balik dari 'klinik', aku senyum sikit. Aku cakap pada Zaki "bila kita nak keluarkan duit yang banyak sikit (banyak ke sikit? hehe) untuk sesuatu perkara, kita jangan fikir banyak kali sangat nanti tak jadi".
Lewat petang aku jumpa Faizal dan makan di Anjung sekejap. Mungkin ada sedikit cebisan kegembiraan dari zaman muda aku akan diulang sedikit masa lagi. Hehe, ye-ye-o je!
Oh ya, sekarang masa aku di talian banyak dihabiskan di Plurk dan Facebook. Jarang sekali YM dan Friendster, singgah pun tak banyak yang baru dan menarik. Facebook mungkin nampak dewasa sikit tapi leceh juga hari-hari nak ignore apa bagai yang dijemput. Friendster mungkin sedikit keanakan tapi ianya jaringan sosial di mana rakyat Malaysia adalah antara 5 warganegara teramai menggunakannya! Ya, tentu saja di sana ada kawan-kawan dari sweet child o' mine yang boleh aku terus berhubung.
Hari ini suka sangat sebab aku boleh ikuti siri tulisan yang aku suka. Kini baru 24 nota yang ditulis. Moga ada pertambahan terus!
Semalam tak jadi ke Telawi tapi esok malam mungkin....haha, ada orang kata lepak Telawi tidak lagi cool. Apa aku kisah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
abangku yg hensem :)
ReplyDeletepls dun reveal anythg about my Rumah Hijau to Faizal :p
btw, tgh extract tab gitar dia dr HDD dia :D HDD di abeso sgt daaa..bila nk jamm??
report gak tak kira!
ReplyDeleteeh, nape masa nak pindah ke Mac partition tu x muncul ek?