Wednesday, February 4, 2009

Andai Sultan Tidak Perkenan Pembubaran DUN Perak (Updated)

Sultan Azlan Shah kini dihadapkan dengan dua pilihan; 1) pembubaran DUN atau maksud lain menyerahkan keputusan sebenar kepada rakyat Perak atau 2) tidak membubarkan DUN iaitu memberi ruang kepada UMNO-BN untuk membawa usul peralihan kerajaan Perak. Tapi UMNO-BN tidak akan berjaya membawa usul ini kerana aku yakin Pakatan Rakyat di Perak boleh saja bersikap gentleman menyerahkan peralihan ini dengan baik.

Realiti politik di negara ini memang buruk. Kita tidak pernah ada parti pembangkang (baik dari UMNO-BN atau Pakatan Rakyat (dan nama-nama lain sebelum ini) yang betul-betul kuat. Dari segi penghujahan, jujurnya kita bergantung kepada sebilangan tokoh yang benar-benar capable untuk bertugas sebagai Ahli Parlimen.

Maka, keputusan Sultan wajar dihormati meskipun dari perspektif penghujahan undang-undang kita masih boleh berbeza pendapat. Eloklah tenaga yang ada diletakkan pada tempat yang lebih baik dengan menjadi pembangkang DUN yang terkuat. Dalam pada itu, peningkatan kerjasama antara parti wajar digerakkan. Take for granted konon masing-masing dah berpengalaman tidak cukup untuk menyelesaikan banyak persoalan.

Fair enough, Pakatan Rakyat mungkin baru tapi itu bukan alasan bahawa kelemahan harus dibenarkan. Mentadbir negeri dan negara memang perlukan prinsip yang jelas kerana dana yang diurus ialah dana awam. Namun, mekanisme juga harus diluruskan agar manfaatnya merakyat. Dan kita tidak harus leka bahawa parti lawan, UMNO-BN punya lebih keupayaan duniawi untuk bersaing.

Bahasa Pak Khalid mungkin lebih meyakinkan, sesuatu yang sentiasa ada pada DS Anwar.

Dalam mana-mana medan, akal-budi jangan dikesampingkan. InsyaAllah, bicara Tuhan itu sentiasa manis untuk mereka yang tahu pengertian akhirat.

Juga baca ini.

Dan ini.

No comments:

Post a Comment