Wednesday, February 4, 2009

Apa Juga Jadi Di Perak...

Ustaz Hasrizal pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Perak adalah negeri terbaik untuk mengukur kekuatan politik baru - Nak tengok Malaysia baru, tengok Perak!

Menjadi sebuah kerajaan baru bukan mudah. Ia bukan umpama menuang air ke dalam gelas kosong, tetapi air lama yang busuk perlu dibuang, gelas perlu dicuci sebelum air baru dapat dituang masuk. Begitulah sulitnya.

Sedar atau tidak, politik hak perlahan-lahan mengambil alih politik peranan.

Aku harap kawan-kawan yang sebahagiannya telah jadi YB (dan rata-rata aku dengar dan lihat berkhidmat dengan cukup baik) akan mengambil serius persoalan ini.

Ya, sudah tentu kerja yang ada tidak lagi seperti sebelum Pilihan Raya di mana tuntutan demi tuntutan muncul. Keghairahan ramai kepada Malaysia Baru boleh menjadi slogan celaka jika ia tidak ditangani dengan betul. Yang baru tak semestinya indah, dan juga tentu peluang menjadi lebih baik itu ada.

Sebab itu idea mesti diratakan. Rakyat tidak boleh hanya dihadapkan dengan persoalan idea misalnya good governance, accountability dan sebagainya sebagai jargon eksklusif yang hanya termuat dalam ruang hotel atau majlis tertentu sahaja.

Di mana-mana pengulangan mesej ini penting. Dalam komunikasi ia dipanggil pengukuhan.

Negara ini lelah dengan hiruk pikuk politik kuasa. Meskipun idea di sebalik 916 itu murni, ia tidak beerti dapat digalas dengan baik jika pendekatan eksklusif terus dilaksanakan. Ini mengingatkan aku pada cakap teman-teman di Indonesia bagaimana "bapak Anwar bisa merakyatkan mesej eksklusif dengan bahasa rakyat".

Ia sukar. Aku sedar. Politik idea memang biasa bermula dengan eksklusiviti. Jika kita belajar graf loceng tentang perilaku manusia, dari hal initiators, early adopters sampai ke laggards, kita tentu akan lebih hati-hati. Kita jangan terperangkap dengan apa yang Stephen Covey sifatkan sebagai quick fix. Pendokong gerakan reformasi mungkin lebih ramai yang tidak menjadi ahli parti berbanding yang berparti. Kami-kami ini bukanlah mereka yang tidak melihat pentingnya berparti. Kami-kami ini lebih percayakan kebebasan yang lebih sedikit di luar struktur parti untuk terus bermadah bahawa reformasi itu satu kemestian - biarpun mungkin tidak ada lagi parti yang namanya PAS, PKR, DAP atau lain-lain. Kami-kami ini tidaklah membenci UMNO-BN kerana namanya UMNO-BN, tetapi kerana pendekatan nilai yang ditawarkan oleh mereka - bukan sebelas bulan saja, tetapi berpuluh tahun! Dan suka atau tidak, mereka yang baik di dalam UMNO-BN terpaksa membunuh keyakinan diri atas nama kolektiviti. Di sinilah buruknya kolektivisme.

Di sebalik isu di Perak, yang kita dengar hanya siapa yang menang berkuasa. Di mana suara Reformasi jika rakyat tidak diterangkan tentang apa itu Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

Mempertahankan kerajaan Perak di bawah kepimpinan YAB Nizar pada aku punya signifikan yang jelas. Di sana memang kita maklum kerjasamanya sukar. DAP yang dicop parti Cina dikatakan de facto kepada pentadbiran negeri di Perak. PAS naik ke kerusi kuasa hanya dari ehsan akibat tiada calon layak dari PKR dan sayang PKR calonnya yang menang adalah antara yang terlemah dari yang ditawarkan. Jujur, aku mengharapkan abang Mus (Mustafa Kamil Ayub, mantan Presiden Majlis Belia Asia) menang dan menjadi suara penting dari saluran PKR. Ya, beliau tentu saja punya kelemahan sendiri tetapi pengalaman beliau tidak sedikit untuk dibelakangkan.

Isu di Perak mungkin cermin penting untuk DS Anwar menilai semula projek 916 yang dicanang lebih awal. Bukan sekali, tetapi berkali DS Anwar ditikam oleh teman yang dipercayainya. Projek 916 mungkin projek yang baik untuk Malaysia mula membina landasan awal kerajaan Madani - kerajaan yang melihat hak warga pada kedudukan tinggi dan peluang memerintah adalah ujian Tuhan yang tak ternilai. Ia juga harus jadi petunjuk penting yang harus menampar mereka-mereka yang banyak cakap dan kurang berbuat supaya tidak jadi pengecut saat masa memanggil kalian untuk memberi khidmat bakti atas apa yang kita namakan perjuangan.

PKR, dalam rencamnya, harus membangun sebuah sistem pendidikan kepada ahli berkaitan idea kasar Negara Madani. Idea, tidak ada yang fix melainkan prinsipnya jelas dan ia bergerak dalam keluwesan waqi' (situasi semasa setempat). Di sana ada kecantikan ilmu Islam dari hal usul fiqh dan di luar usul fiqh. Ya, aku gunakan istilah dari ilmu agama bukan kerana ia eksklusif. Kita yang mengaku Muslim Melayu ini harus mulakan. Kita jangan bangga bila Perlembagaan dan Undang-Undang mengangkat kita lebih tinggi dari yang lain. Itu tidak pernah Islamik! Kayu ukur ketinggian manusia ada pada Tuhan dari firman taqwa dan Islam - bukan Muslim! Ia proses bukan pengakhiran. Ia usaha bukan dakwa.

Misi asas kita harus bermula dari slogan - Saya Anak Bangsa Malaysia! Berhentilah kamu wahai mereka yang mendakwa pendekar Islam tetapi gagal melihat ketinggian bangsa pada apa yang kita jadikan undang-undang dan dasar sebagai tidak Islamik...langsung! Dan berhentilah kamu wahai yang kononnya melihat ada sebahagian kami yang Muslim dan Melayu menjadi seorang liberal sebagai menyokong kamu sepenuhnya selagi kamu sendiri tidak mahu mengaku bahawa ada kesalahan dari bahagian yang kamu perjuangkan!

Negara ini fundamentalnya longgar. Kita punya undang-undang tanpa hukum. Kita punya kekayaan tanpa nilai. Kita punya kota tanpa tamadun. Kita punya masa depan tanpa cita-cita!

Di medan praktis sana ujiannya lebih getir. Marilah kita berlapang dada dalam hal berbeza pendapat. Akhirnya Malaysia memerlukan ketinggian akal budi manusia untuk membawanya ke depan.

8 comments:

  1. Anwar 2 Najib 3..

    Anwar muda percaya orang..

    Wakenabeb!

    ReplyDelete
  2. Nasib xmnyebelahi game pd anwar.. xpe kita tnggu strategi seterusnya..kena kerja kuat lagi..

    ReplyDelete
  3. amin...amin...jadi ke tak ni? huhu, taik telinga aku dah beranak-pinak ni...

    ReplyDelete
  4. salam

    saya setuju yang part game tu

    dan diharapkan rakyat perak diajak sekali dalam game ni

    rakyat perak secara asasnya sudah bersuara.

    para penguasa patut menghormatinya

    sekiranya benar ada rm 50 juta itu, celakalah kepada mereka yang berkenaan

    semoga Tuhan memberi yang terbaik untuk kita semua

    p/s ; nampaknya pilihanraya dah jadi agenda sepanjang tahun Malaysia :)

    ReplyDelete
  5. Pada saya ini ujian untuk mereka yang percaya kepada isu lompat parti.

    Jujurnya saya suka melihat PR fokus kepada pentadbiran 5 negeri. Cuma pada masa yang sama saya lelah melihat keangkuhan UMNO-BN yang gagal membaca wacana politik baru - politik rakyat.

    Ah, orang liberal sebenarnya memang tak begitu percaya 'besar'nya kerajaan! siapa pun!

    ReplyDelete
  6. amin ni tulisan yg sgt bagus. kak nak copy paste letak kat fb boleh tak

    ReplyDelete