Sunday, February 8, 2009

Beberapa Ingatan Lain Masa Darjah 4

Cikgu Mahziliyah masih mengajar aku masa darjah 4, Bahasa Melayu. Aku masih ingat dia suka sangat dengan corak lukisan bunga yang aku buat dalam satu tugasan Bahasa Melayu ala kajian tempatan. Aku tak ingat sangat tentang tajuknya, tapi aku saja lukis tu konon nampak cantik la hias-hias kerja ni, haha.

Cikgu Mahziliyah memang tahu aku ni suka menyanyi. Pernah sekali tu dia belanja aku masuk satu pertandingan nyanyian bawah 12 tahun tak silap, buat di Pens Hotel - masa ni Pens Travelodge rasanya belum dibina. Waktu tu aku nyanyi lagu Kekasih Awal dan Akhir - Jamal Abdillah. Seingat aku Jamal sedang menguasai carta Muzik-Muzik selama 7 minggu waktu itu. Konon up to date la dengan lagu paling digemari. Boleh dikatakan separuh daripada kira-kira 200 lebih peserta yang ada menyanyikan lagu Untukmu Ibu- Exist.

Blok darjah 4 lebih kurang macam blok darjah 3, maksud aku kedudukannya terasing daripada bercampur dengan darjah yang lain. Darjah 1 berkongsi blok denga darjah 2 dan darjah 5 satu blok dengan darjah 6 serta pejabat dan bilik guru.

Masa darjah 4 ni juga kami wajib ikut kursus khemah ibadat. Dalam kursus ni dah mula kami diajar tentang hal akil-baligh. Memang ada sebahagian daripada kami dah sampai zaman tu. Mereka ni sebahagian malu-malu sebab buah halkum dah tertonjol keluar dan sebahagian lagi tiba-tiba jadi macam orang besar - the way they talk and act. Budak perempuan pun sama. Aku hanya ingat Nasir beria-ria tawarkan diri masa ustaz minta sukarela demonstrasi cara mandi wajib, haha. Kami tidur atas tikar saja dalam kelas 4 Berkat masa tu dan malam-malam borak cerita hantu. Masa ni ustaz selalu buat cerita hantu yang lawak, hampeh tul.

Oh ya, seingat aku masa darjah 4 ni kami dah mula mengelat. Biasanya mak akan pesan untuk basuh dan cuci kasut pada hujung minggu - Sabtu dan kapurkan kasut pada hari Ahad. Adakalanya aku terlupa, malas dan memang sengaja. Kami mula gunakan kapur sekolah untuk putihkan kasut, hahaha.

Untuk sukan sekolah, kami dibekalkan kad untuk kutip derma daripada masyarakat. Ingat tak yang tanda tangan dan tulis duit derma tu? Ala, yang ramai orang tulis Hamba Allah tu. Cewah, bila dah besar ni baru aku tahu dan rasa bestnya tulis Hamba Allah ni. Haha, bunyi macam tak ikhlas pula. Eh, aku yakin mereka ikhlas. Hurm, zaman dulu kita tak berkira sangat kan? Adakah kerana faktor zaman atau faktor orang dah mula tak percaya ke mana duit ni disalurkan? Baru-baru ni Anep Gomok ada bawa kad tu bagi pihak adik dia. Haha, kami ketawa ramai-ramai di Satay Kajang sebab terbayang zaman kanak-kanak dulu. Boleh pula Anep Gomok petik kat adik dia yang dia senang-senang dapat RM50 daripada kami (masa tu adalah dalam 10 orang kawan-kawan ex-Diploma kumpul). Alhamdulillah, tercapai juga kutipan ni.

Darjah 4 seingat aku kami terpaksa layan cerita P Ramlee dengan begitu kerap. Puncanya Akhbar memang suka tengok cerita P Ramlee. Kami layan pun sebab best juga dan sampai boleh ingat dialog-dialog yang ada.

Dulu aku suka belajar dari arwah Tok Timah (tok sebelah mak dari Mata Ayer) menganyam daun kelapa. Macam-macam arwah Tok pernah ajar - buat jam la, tikar la dan sebagainya. Dulu aku memang suka meragas (bahasa utara kot? memanjat la) pokok. Pokok jambu rumah aku tu boleh guna untuk naik ke bumbung. Sekali tu kena sengat dek penyengat. Aku nekad terjun dari atas bumbung ke bawah, mujur tak patah kaki atau tangan. Tapi dalam sapu ubat tu, kena juga la secubit dua sebab gatal panjat pokok - konon nak makan buah jambu la. Selain dari jambu, pokok kelapa tu pun aku pernah berani panjat. Tak tinggi mana tapi zaman kanak-kanak kira tinggi la. Pokok mempelam tu aku kait saja guna galah.

Aku pernah cerita kan abang dulu pernah berniaga rojak petang-petang? Bukan saja rojak, ais kacang pun ada. Perniagaan masa tu sangat laku tapi seingat aku kami buat tak lama. Buah-buahan ambil sekitar rumah saja. Aku rasa mak memang pandai buat kuah rojak.

Dulu juga ada jual satay ikan. Memang berebut beli. Sedap! Tapi masa zaman tu juga heboh kes kecurian di rumah-rumah. Satu waktu tu dilaporkan rupanya geng-geng pencuri yang ditangkap ni ialah peniaga-peniaga satay ikan! Entah betul atau tidak tak dapat dipastikan. Tapi kali terakhir aku beli tu memang rasa satay ikan ni macam apa ntah. Khabarnya semasa tangkapan dibuat, rupanya satay ikan ni dicampur dengan daging kucing! Pergh...rasa nak muntah siot! (kawan aku di Kelantan kata ia dipanggil Lok Ceng - entah betul ke tidak ejaan ni). Tapi memang selepas kes tangkapan yang dimaklumkan ni, tak ada orang berniaga satay ikan lagi.

Tahun 1992 Malaysia menang Piala Thomas. Di mana-mana orang bermain badminton. Lucu bila ingat balik - main badminton ber'net'kan pagar pun berebut-rebut yang mengaku dirinya Rashid Sidek, Alan Budi Kusuma dan lain-lain. Haha, "aku cup Hoyer Larsen!", begitulah lebih kurang perebutannya, macam apa ntah! Kami selalu main di rumah tingalan Ustaz Ayob - sebelah rumah Muziman sebab tak ada orang menyewa waktu itu.

2 comments:

  1. BlueHope x minat sgt subjek lukisan nih. Babtu tak leh jdi arkitek. Masa kt sklh mnenengah dulu, ckgu lkisan suka mrh2, kekadang tu kene smash guna rotan kalo x siap lukisan. BlueHope penah jgak skali dua kene target. Oiiii...parah rasa nyer. Tahan je le, salah sndiri tak siap keje.

    ReplyDelete
  2. ni subjek math.

    lukisan ni layankan je...

    ReplyDelete