Monday, February 16, 2009

Bertahanlah Eli...

Politik Malaysia benar-benar ada di persimpangan. Simpang ini simpang penting - sama ada budaya politik tinggi atau budaya politik rendah yang akan diusung generasi mansang.

Memang, bagi seorang muslim - tsiqah peribadi itu penting. Ramai muslim percaya peribadi yang baik signifikan dengan prestasi yang baik di ruang awam (public domain atau public sphere). Individu merdeka (individual liberty) mungkin asing dalam bicara politik setempat di Malaysia. Kita percaya bahawa nilai individu harus dileburkan atas apa yang dinamakan kepentingan ramai.

Nihil. Sukar sekali alasan kepentingan ramai ini 'ditewaskan' dengan kemerdekaan individu.

Dalam kes YB Eli, ia lebih daripada persoalan kemerdekaan individu sebaliknya pencerobohan langsung.

Politik seharusnya terbatas pada ruang awam. Apabila politik mula memasuki wilayah individu, ia mula jadi celaka kerana mereka yang berkuasa mula menjadi para dewa!

Berita lain: terima kasih kepada Tengku Razaleigh kerana menegaskan perkara pokok dalam politik mutakhir khususnya di Perak.

9 comments:

  1. Aku Dewa Matematik, tapi bukan ahli politik. Tak celaka kot.

    Cik Manny, sila sokong aku..!

    ReplyDelete
  2. aku dah tahu eli mana ...salah aku tak bukak malaysia kini ...

    ReplyDelete
  3. kalau bagi seorang muslim, cam mana?
    politik terbatas pada ruang awam juga?
    ade tak individual liberty? :)

    ReplyDelete
  4. Vanguard,

    Saya katakan ada dan ia adalah urusan individu dengan Allah s.w.t. kecuali hal-hal melibatkan kepentingan awam atau pencerobohan terhadap hak individu lain.

    ReplyDelete
  5. contoh urusan individu dgn Allah s.w.t?

    apakah hal-hal yg melibatkan kepentingan awam?

    pencerobohan terhadap hak individu lain...contoh spt dlm hal spt jenayah dan ekonomi?

    ReplyDelete
  6. vanguard,

    hukum dalam islam selain daripada hal yg ditetapkan, tindakan diambil utk perkara yg nyata nampak berlaku.

    sbb itu timbul masalah dlm isu misalnya murtad. seseorang boleh murtad secara diam2 tanpa perlu mewar-warkan kepada khalayak. sebab itu itu dlm hal ini ada khilaf.

    kepentingan awam misalnya dlm hudud ada jenayah atau rompakan, kes curi..

    dlm islam pahala dan dosa 'masuk dlm akaun individu'. walaubagaimanapun, islam menggalakkan kerja berjemaah di mana ada 'manfaat yang lebih' dalam urusan berkenaan. dlm konteks kerja jemaah, masih individu mendapat bahagiannya. pada saya dlm kerja jemaah, self-interest masih ada peranan...tapi dalam konteks interdependent, bukan independent semata2.

    ReplyDelete
  7. Ini karya kawan aku - Bahaya Hand Phone Ada Kamera..

    MACAM mana kalau bukan x-boyfriend dia yang buat?

    Bukan senang hendak dapat VCD itu. Seorang kawan [tak ingat siapa?], dia bawa ke bilik sewa aku, di Bangsar Utama... dan kami tonton 4-5 orang.

    Hari ini, aku tiba-tiba teringat Wan Norazlin.

    Kami pernah menontonnya.

    Apakah dia, dan pada waktu itu, kekasehnya [yang kemudiannya dikatakan menjadi suami dia] yang bersalah?

    Soal zina semua orang Islam tahu berdosa. Namun, mencuri dan memasarkan barang (filem) peribadi orang lain adalah satu penganiayaan. Bersalah. Juga dosa. Manusia jenis ini wajar ditangkap, dihadap ke mahkamah dan mesti jatuh hukum yang setimpal.

    Ada pasangan yang merakam diri mereka. Agaknya untuk suka-suka. Suka-suka dapat duka. Rupa-rupa mereka telah menghumban diri mereka, ke neraka.

    Tapi, macam mana kalau bukan x-boyfriend yang buat?

    Bukan hanya Wan Norazlin...

    Kesnya aku bela hampir 10 tahun lalu. Aku katakan, pihak seperti RTM sekalipun jangan menganiayai perempuan itu. Dia tak wajar digam. Biar mahkamah syariah yang tentukan, ada salahnya... apa hukuman.

    Ada orang marah-marah, bertanya, mengapa bela orang yang berzina?

    Aku jawab, "wallahu-alam... kita bukan khadi atau hakim untuk hukum dia bersalah atau tidak... dosa dia adalah antara dia dengan Tuhan."

    "Habis tu?"

    Yang bersalah sesama manusia [dan sudah tentu berdosa!] adalah orang yang mencuri dan barangkali menjual CVD itu kepada tauke-tauke 'tuk dapat duit.

    Dia senang-senang untung, orang lain dapat aib. Orang macam ini tak lain tak bukan telah menerobos ke ruang peribadi orang lain. Dia telah meragut hak yang bukan miliknya.

    Dia wajib ditangkap.

    Seret ke mahkamah.

    Dihukum.

    Kena jelas betol-betol. Aku bukan pembela penzina... apatah lagi mahu menggalakkan orang untuk curang.

    Orang yang beragama tak diajar untuk seseorang itu dilupakan kala dia mencuri dan mengeksplotasi ruang peribadi orang lain. Kalau dia mahu rakam ketiak dia ke, lutut dia ke, pinggang dia ke, mahu tunggang terbalik ke... itu hak dia. Kalau dia berdosa, biar dia jawab depan Tuhan.

    Asalkan dia tidak menceroboh dan mencederakan orang lain, selagi itu dia dikira tak bersalah kepada masyarakatnya. Dosanya dengan Tuhan, dan mungkin dengan pasangannya. Tak ada kena mengena secara langsung ke atas masyarakat. Tak ada!

    Tetapi mencuri barang peribadi seseorang, dan menbocorkannya, menayangkannya... tak boleh diterima sama sekali! Ia telah dengan langsung melibatkan sosial.

    Bayangkan sahaja kalaulah 10, 15 atau 20 tahun kelak, anak-anak mangsa itu nonton adegan emak atau bapak di ranjang. tak terbayangkan betapa beban psykologi anak itu — yang sama sekali tidak berdosa. Silap-silap boleh jadi gila.

    Siapa 'pembunuh' masa depan anak ini, yang tak berdosa? Ya, malaun si pencuri itu, sudah pasti, yang dapat upah entah berapa ringgit.

    Moga Tuhan menyelamatkan anak-anak mangsa ini, amien.

    Ramai teraniya... daripada Wan Norazlin, Nashah Aziz, budak KRU, sampailah ke pelakon drama bersiri Anak Pontianak. Kalau mereka sendiri yang bocorkan kepada umum, mereka 2 kali bodoh. Sengal-mangal!.

    Tapi macam mana kalau bukan x-boyfriend dia yang buat.

    ReplyDelete