Aku mungkin sebahagian daripada yang berkongsi pendapat yang sama dengan Raja Petra dalam isu penggunaan nama Allah s.w.t. ni.
Tidak. Aku tidak bermaksud aku yang paling tahu tentang Islam. Namun, dari segi pendekatan, aku sering ada rasa tidak selesa dengan sebahagian mereka yang sering mendakwa paling berautoriti untuk ini.
Di Malaysia, kita beruntung kerana kita punya ramai agamawan dan sebahagian mereka pada aku baik dan bagus. Memang ada barangkali mereka yang punya autoriti ini berlaku silap atas faktor biasa manusia - cuma bila mereka berautoriti, maka kesilapan mereka ini dipandang serius. Pada aku itu baik, kita memang nak semua orang - termasuk diri kita - tunjuk prestasi yang baik cuma kadangkala atas sifat manusia yang lemah itu juga, kita keterlaluan.
Pada pendapat aku, kita gagal memahami dan menggunakan kebebasan yang ada dengan baik. Tapi itu tidak juga bermakna kebebasan ini perlu dinafikan. Sekali lagi, pada aku proses selalu penting berbanding hasil akhir (tanpa memaksudkan hasil akhir tak perlu dicapai...).
Friday, February 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SALAM BRO..
ReplyDeleteORANG NASRANI DENGAN YAHUDI TIDAK SESEKALI AKAN BERDAMAI DENGAN KITA SEHINGGA KITA MENGIKUTI AGAMA MEREKA..
BERHATI HATI DENGAN KEBEBASAN..
-LENGKUAS-
Salam bro,
ReplyDelete1) Boleh bagitau saya signifikan ayat tu dgn isu di atas?
2) Boleh ajar saya asbabun nuzul dan juga pengajaran penting di sana?
saya bersetuju dengan sebahagian penulisan raja petra tu..
ReplyDeletecumanya dalam hal merakyat, kita kena melihat banyak kemaslahatan yang akan timbul...ada beberapa prinsip dalam kita mengamalkan etika kenegaraan.
saya juga tiada kecenderungan seperti bro di atas. juga tidak nmpak arah mana yang ingin dibawanya atas mksud di atas.
cumanya, dalam hal ini kita kena melihat budaya rakyat setempat. jika hanya perkataan Allah shj yang menjadi gambaran kepada Illah ketuhanan yang Esa dalam Islam di Malaysia sewajarnya kita, orang lain, budaya lain harus menghormati....
jadi saya melihat, di sebabkan perkara di ats lah banyak ramalan2 syak yang timbul hasil respon dari perkataan tu....
asasnya, saya melihat 'org yang mengemukakan' perkataan tu untuk di masukkan dalam bible sebagai sorang yang biadap dan tidak menghormati ruang privacy AQIDAH Islam.....
jadi, telahan2 hasutan ke arah berbalahan antara dua agama mungkin timbul.........walaupun hakikatnya Allah ada perkataan yang universal pada sesetengah negara...
in my point of view
saya bersetuju dengan sebahagian penulisan raja petra tu..
ReplyDeletecumanya dalam hal merakyat, kita kena melihat banyak kemaslahatan yang akan timbul...ada beberapa prinsip dalam kita mengamalkan etika kenegaraan.
saya juga tiada kecenderungan seperti bro di atas. juga tidak nmpak arah mana yang ingin dibawanya atas mksud di atas.
cumanya, dalam hal ini kita kena melihat budaya rakyat setempat. jika hanya perkataan Allah shj yang menjadi gambaran kepada Illah ketuhanan yang Esa dalam Islam di Malaysia sewajarnya kita, orang lain, budaya lain harus menghormati....
jadi saya melihat, di sebabkan perkara di ats lah banyak ramalan2 syak yang timbul hasil respon dari perkataan tu....
asasnya, saya melihat 'org yang mengemukakan' perkataan tu untuk di masukkan dalam bible sebagai sorang yang biadap dan tidak menghormati ruang privacy AQIDAH Islam.....
jadi, telahan2 hasutan ke arah berbalahan antara dua agama mungkin timbul.........walaupun hakikatnya Allah ada perkataan yang universal pada sesetengah negara...
in my point of view
SALAM BRO..
ReplyDelete1. Isunya mereka anggap perkataan "ALLAH" berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud tuhan...mereka lebih berminat menggunakan perkataan "Allah" berbanding perkataan 'tuhan"..mereka cuba mengelirukan umat Islam....Memang mereka juga percaya yang ALLAH itu adalah tuhan, tapi sebagai Tuhan Bapa...Tapi bagi kita, dan pada hakikatnya Allah itu Maha Esa...Pope di Rom pun tidak pernah mengeluarkan fatwa yang Allah tu adalah Godfather..Sebab mereka lebih berminat dengan Jesus...
2. Ayat dia atas adalah maksud satu ayat Al quran tapi dah lupa dalam surah ape..asbabun nuzul dia pun aku dah lupa..tapi just be careful of them..
sebenarnya aku juga seperti kau, aku bukan nak bantah sangat benda ni semua, sebab kita tahu Allah tetap Allah..lam yalid wa lam yulad..tapi bukan semua umat Islam macam kita...
1 perkara lagi, aku juga appreciate freedom..market freedom, freedom of speech and etc..tapi tidak freedom of religious...
sori kalau melalut...
-LENGKUAS-
Sabar-sabar. Amin jangan tertekan. Raja Petra bukan maksum. Gua rasa itu ayat Surah al Baqarah 120.
ReplyDeleteConfusion sebab dakyah kristian berlaku pada orang-orang Melayu. Dan mereka yg jahil agama akan mudah terpengaruh.
To avoid confusion and latter quarrel, we had better not use the name of Allah in Malay-Bible Holy Scripture.
Itu pandangan.Main bola-bola pun ada undang-undang beb. Mana bebas sangat
Saya faham tentang kebimbangan kalian. Cuma saya fikir kita harus berani membezakan persoalan prinsip dan juga ketakutan yang kita tempa utk diri sendiri.
ReplyDeleteSaya juga tak pernah mengatakan Raja Petra maksum dan kerana saya percaya manusia tidak maksumlah, saya cenderung moderate berbanding memisahkan diri umat Islam sebagai kelompok 'suci'.
Mungkin saya silap, tapi saya fikir dlm byk perkara kita umat Islam sering gagal memisahkan diri antara Islam sebagai NILAI ajaran dgn muslim sbg PEMBAWA NILAI.
Saya pernah menulis tentang ayat yg sdr LENGKUAS bawa, betulkan jika sy silap.
Dalam al-Baqarah - asbabun nuzul pd ayat ini turun pd ketika Allah s.w.t. memerintahkan Rasulullah s.a.w. mengalihkan kiblat ke Kaabah dan ini tidak dipersetujui oleh kelompok Yahudi dan Nasrani (itu konteksnya).
Dalam ayat lain surah yang sama, Allah s.w.t. menegaskan pemindahan kiblat ini sebagai ujian utk melihat siapakah sebenarnya pengikut Rasulullah s.a.w., dan ditegaskan juga pada ayat lain surah yg sama bahawa "Timur dan Barat adalah milik Allah s.w.t.".
Ya, tentu saja kita perlu hati2 dlm semua perkara - bukan saja bersabit persoalan muslim dan non-muslim.
Kdgkala mentaliti 'kaum tertindas' ini buat kita 'inferior' dan selalu memulakan paradigma kita dari sisi negatif dan arus bawah yg penuh kebencian. Saya mahu bermula dari sisi dan arus bawah yg berbeza. Pada saya umat Islam harus menjuarai isu kasih sayang sesama manusia lebih-lebih lagi sesama muslim.
Saya mungkin silap, kalian mungkin betul. Justeru, saya mahu berlapang dada untuk perbezaan ini.
Salam Bro..
ReplyDeleteSekadar Renungan..
Ketika Islam semakin berkembang di zaman RASULULLAH, orang kafir mengajak Baginda untuk bercampur agama..seperti 'hari ini solat (menyembah ALLAH) , kemudian esok sembah Lattah (berhala)', dan begitulah seterusnya...
maka turun lah ayat perintah dari ALLAH dalam surah al Kafirun yang bermaksud lebih kurang mcm ni lah....
Dengan nama ALLAH yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG.
1. Katakanlah (wahai Muhammad)" Wahai orang2 kafir sekalian".
2.Aku tidak menyembah tuhan yang kamu sembah.
3. Kamu tidak pula meyembah TUHAN yang aku sembah.
4. Dan aku tidak akan sekali2 meyembah tuhan yang kamu sembah.
5. Dan kamu juga tidak akan sekali2 menyembah TUHAN yang aku sembah.
6. Bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami..
SADAQALLAH HUL AZIM...
-LENGKUAS-
Salam hormat sdr Lengkuas,
ReplyDeleteSaya fikir perspektif tersebut terkeluar daripada konteks yg ada.
Saya rasa Pewaris Reformasi memang ada point yang penting,dunia dah jadi kecil contohnya bila kita dah ada internet malah kes - kes jenayah yang selama ini hanya bayangan minda sudah terhidang di depan mata apatah lagi dakyah - dakyah untuk porak perandakan Islam, saya fikir yang penting adalah sejauh mana org Islam terdidik tauhid dan aqidahnya, munkin ni maksud beza islam sebagai nilai dan org islam sebagai pembawa nilai..isu kekeliruan tulisan ALLAH dalam kitab agama lain bukan lah bahaya sebenar pada dunia yang tiada sempadan sekarang ini.
ReplyDelete