Friday, February 20, 2009

Bukan Balik Kampung Yang Biasa

Memang lama juga aku rancang untuk balik ke Perlis. Hari ini saja ada beberapa perkara yang menarik:

1. Aku dah perbaharui lesen memandu aku dan mak serta masukkan duit pada adik aku yang sedang bergelut di Perak. Jadi abang macam tu lah. Adik bongsu memang selalu dikaitkan dengan manja (dan mengada barangkali? hehe). Apapun dia satu-satunya adik perempuan yang aku ada.

2. Petang tadi patut pergi jumpa Umair. Mereka memanjat 'tembok' di Bukit Lagi. Tapi tak jadi...sebabnya...

3. Ada kawan ayah datang rumah dan aku melayan. Ingatkan ayah nak balik, sampai sudah aku yang layan. Pakcik ini buat aku rasa orang Perlis memang bagus! hehe..Kami sebenarnya berbincang isu masa depan Melayu. Aku rasa seronok sebab tahap perbincangan ni memang pada aku tinggi. Dia cakap dia puas hati dan mahu lagi borak dengan aku. Dia ajak aku ke kolokium situasi Melayu dan Islam di Malaysia pagi nanti di Dewan Warisan. Ada Prof. Shaharir, ada Dato' Hassan Ahmad, ada Prof. Ramlah Adam. Wah...adakah aku akan dihalau keluar Dewan jika hadir? atau dicop liberalis Melayu Perlis? hehe..

4. Jumpa Asyraf dan Farish di kedai makan depan Jabatan Kesihatan. Dah lama aku tak makan kuetiow yang sedap macam tu. Kami habiskan masa berborak tentang nasib anak-anak PPRT di Sekolah Rendah Kebangsaan Panggau dan juga beberapa sekolah lain. Banyak kerja nak kena buat di Perlis ni.

5. Jumpa satu orang yang memang perlu aku jumpa di Perlis di Masjid Repoh (dan tujuan utama aku balik). Sebenarnya aku perlu jumpa beberapa orang...jumpa tadi terserempak saja.

6. Ada pertandingan catur bawah 18 MSSPs di Sekolah Putra Isnin ni. Tadi jumpa orang lama catur Perlis, juga di masjid. Dia ajak datang tengok-tengok. Wah, nampaknya aku akan jumpa kawan-kawan lama yang tentunya nak ajak sparring..seronoknya!

7. Nak bawa mak ke Kuala Lumpur - jeng jeng jeng! ;) projek 2010 mesti bermula dari garis yang betul, dan 20 Februari memang titik mula yang terbaik!

2 comments:

  1. 1.org perlis mmg baik2 belaka...klu yg puji tu perlis jg lgla real...
    2.adik? aku jd adik ipar bole abg amin?
    3.diorg xkn halau, ko kn baik..
    4.nko masi mmpu main chess ka?
    5.ajk la 'mak kita' dtg sabah...mesti meriah...

    ReplyDelete
  2. hahaha, siot!

    1.mak gua da pnah ke Sabah.
    2.aku masih mampu, cuma tajam mana tu 3.tak tau la...kan aku masih ketua pasukan chess MASUM 2 tahun lepas? hehe
    4.dengar sket pantun Perlis:

    bukit Chuping gua beringin,
    tempat orang ambil baja;
    putih kuning jangan diingin,
    banyak orang balik saja...

    :)

    ReplyDelete