Saturday, February 14, 2009

Darjah 5 Seterusnya...

Darjah 5 ni rumah sukan aku ditukar. Agak bengang juga la sebab kita setia dengan rumah Merah asalnya. Hurm, nak tak nak kena terima.

Tak silap aku masa darjah 5 la kot aku wakil sekolah untuk acara lalu lintas Shell, haha. Di Batu Pahat (Perlis bukan Johor ok?) memang ada gelanggang lalu lintas Shell ni. Aku tak tahu sama ada ia masih ada atau tidak. Masa tu aku jadi pejalan kaki. Sebenarnya aku haram tak ulangkaji pun masa pertandingan ni. Main redah je...

Selain daripada lalu lintas, aku main bola sepak. Posisi kegemaran aku tentunya pemain tengah, almaklum idola aku ialah Bryan Robson (tiru abang, haha). Lincah jugalah masa tu. Rumah Hijau jadi juara bola sepak beb masa tu, maunya aku tak bangga selaku pemain tengah? Hehe. Sebahagian jiran-jiran setaman sekampung dan juga jiran-jiran di perkampungan lain memang kenal aku sebab zaman tu memang meriah dengan perlawanan bola antara taman dan kampung.

Rasa bangga juga bila cikgu Hasrin masukkan nama aku sebagai pemain sekolah.

Tahun itu juga aku mula main catur dengan serius. Sayang aku kalah dengan Azaz Afzan, juara sekolah yang juga senior aku setahun. Keluarga Azaz memang rajin masuk kejohanan catur. Abangnya Ainol Azizul dan adiknya Anas Azli (siap aku ingat bin Rosli, hehe). Agak kecewa jugalah. Masa tu yang top di SRK Seri Indra, Kangar, Perlis ni 1) Azaz, 2) aku, 3) Muziman 4) Anas 5) Shaq 6) Zanjabil. Muziman dan Anas junior aku setahun manakala Azaz, Shaq dan Jabil senior aku setahun.

Ditakdirkan, pertandingan bola sepak zon Kangar masa tu bertindih dengan Catur dan aku pilih catur. Sebenarnya hati meronta nak main bola tapi sebab rapat dengan ustaz, maka aku terima pujukan Ustaz Rifae untuk main catur. Lagipun aku naib johan sekolah.

Masa pertandingan ni aku kenal juara catur zon Kangar - Dhiaul Hafidz (baru-baru ni dia call aku selepas Miqdad maklumkan pada dia tapi kami masih belum sempat berjumpa). Bayangkan, Dhiaul dah jadi juara Zon dan mewakili negeri semasa darjah 3! Ya, sebenarnya pemain-pemain catur yang bagus di Malaysia khususnya bermula dari darjah 3. Oh ya, setahu aku bulan depan lengkap 18 bulan IM Mas Hafizul Hilmi dilepaskan Petronas untuk mengejar title GM (IM ialah gelaran untuk pemain catur yang berjaya sampai ke tahap International Master, atas lagi Grandmaster).

Tahun itu Dhiaul juara lagi. Azaz sendiri tewas kepada Dhiaul dan hanya mampu mendapat tempat ke-2. Banggalah SK Putra kerana memiliki juara cilik. Masa rehat aku ada main-main catur dengan kawan-kawan dan tiba-tiba Dhiaul ajak aku main. Kami seri dan dia rasa malu. Alah, waktu tu zaman kanak-kanak, juara yang tak tertewaskan mestilah rasa tercabar seri dengan aku yang ntah siapa waktu itu, cewah!

Pasukan bola sepak Seri Indra juga tewas di peringkat zon. Aku masih ingat Ikhwan, pemain SRK Seri Perlis yang tinggi dan hebat. Seingat aku yang terakhir dia bermain untuk pasukan Piala Nike Perlis pada tahun 1995.

Darjah 5 kami mula lepak warung Abang Mie di Taman Mewah, beliau memang terkenal dengan kueteownya. Sambil makan nampaklah Salwa dan adik-adiknya yang dah berpindah ke sana - rumah no.1. Zaman tu ayah Salwa Pengurus Bola Sepak Perlis. Siapa tak kenal En. Shokri (sekarang Dato' rasanya) Pengarah JKR Perlis waktu itu.

Aku dan Salwa selalu tukar sticker pemain bola yang dikumpul dalam buku. Hebat betul bola sepak Malaysia waktu itu padahal Semi Pro je. Sekarang lebih daripada Liga Perdana lagi, Liga Super! Di Liga Inggeris sebut Liga Perdana je dan tetap mantap!

Oh, ada sekali masa aku berjalan ke sekolah petang, baru sampai Taman Pekeliling tiba-tiba kereta RC340 (semoga aku tak tersilap, hehe!) berhenti dan suruh aku naik. Di dalam kereta itu ada Juita dan emaknya. Aduh, rasa malu tu ada tapi penat beb berjalan ke sekolah tengah panas macam tu, haha.

Aku, Fadhli, Salwa dan Haniza memang pakat datang sekolah petang awal sikit sebab kami suka main macam-macam dan berborak. Seingat aku Fadhli, Salwa dan Haniza bersungguh-sungguh bantu aku dalam English waktu itu. Almaklum mereka sedar kemerosotan aku dalam subjek itu sedangkan aku kawan baik mereka (waktu tu la, hehe). Dulu masa kelas tambahan, buat latihan kemudian tukar buku bagi kawan-kawan semak. Biasanya aku tukar buku dengan Salwa, Fadhli atau Haniza *wink wink!

Dalam kelas tu Cikgu Latipah adalah yang paling garang - guru BM. Tahi lalatnya dan lantang suaranya memang sentiasa dikenang. Dia macam tak suka aku, almaklum masa tu belajar teruk dan juga kaki bising, haha. Tapi masa hujung tahun sekolah ada buat Ujian IQ untuk ikuti kursus BakaPrep yang dikelolakan oleh Prof. Azman Wan Chik (rupanya dia bapa saudara bos aku, haha). Masa keputusan ujian tu keluar, markah aku antara 15 orang yang tertinggi...peewit! Terharu bila Cikgu Latipah (oh, dia ganti jadi Guru Kelas lepas Puan Nurminazura cuti bersalin) kata "Orang yang result periksa teruk tak semestinya bodoh". Sebenarnya masa ni dah nak cuti hujung tahun dan kemungkinan besar aku kena turun kelas, huh!

Ada satu aktiviti gila yang aku buat. Punyalah nak bersaing dengan budak 5 Maju terutamanya Nasrul Hadi yang agak nakal di kelas itu mengalahkan Nasir yang orang Perlis sebut Kahaq (apa kata dasarnya aku tak tahu tapi kira kasar dan ganas la). Aku pula nakal dan besi kot? haha. Apa kami buat? Terjun dari hujung tangga ke hujung tangga! Asalnya Nasrul buat dari tengah saja. Punya nak melawan, aku buat dari hujung. Seingat aku, aku buat 4-5 kali je sebab rasa nak lekang tapak kaki dan kali terakhir tu terseliuh, sakit beb...haha, ego!

Sungguh, aku rasa darjah 5 ni mungkin yang paling aku rindu kot? Cewah, mentang-mentang kelas tu ramai gadis jelita, lelaki bergaya dan juga bijak pandai, haha. Tak, aku rasa masa tu semua pun macam seronok berkawan. Memang ada yang serius belajar dan anti kami yang kaki bising ni. Tapi adanya kaki havoc yang bijak macam Mama, Ezanti, Dzul, Zofar, Fadhli (dulu dia kaki havoc beb!) memang menyeronokkan...kiranya kita boleh jadi pandai walaupun havoc. Tapi aku? hahaha, cis!

Keputusan periksa keluar. Sah, aku kena turun kelas masa darjah 6! Satu hari aku tak cakap dengan orang dan semua orang dalam kelas perasan mamat paling hingaq ni sedang bersedih...

Uwaaa....apa nak bagitau kat mak ni?


5 comments:

  1. zaman tak payah fikir ekonomi dunia atau politik kerja

    ReplyDelete
  2. BlueHope dari sklah rendah smpai kt kolej jdi ahli rumah biru je... Smpai skrang ni minat wrna biru. Tapi yg pelik nyer rmah biru tak penah2 menang..nape yerr??

    ReplyDelete
  3. damia,

    nak kata tak fikir tak juga, tapi zaman tu semua rasa mcm a'ele, boleh selesai punya..haha

    bluehope,

    kolej pun kau ada rumah sukan lagi?

    ReplyDelete