Darjah 5 aku di kelas 5 Jaya. Guru kelas kami Puan Nurminazura. Dia mengajar English.
Dalam darjah 5 sekali lagi ada beberapa rombakan pelajar dalam kelas tapi tak ramai yang kena turun kelas. Mujur aku tak kena turun kelas sebab prestasi pelajaran memang hanyut masa darjah 4. Antara pelajar yang masuk ke kelas kami ialah Azreena Ariffin. Ayah dia Pengurus Bank Bumiputera jika tak silap aku. Nama dia memang disebut-sebut sejak darjah 4 lagi sebab prestasi yang baik di kelas ketiga. Biasalah, orang baru pindah tak semua dapat masuk kelas pertama. Kami panggil Azreena ni dengan gelaran Mama tapi bukan masa tu, ada kisahnya. Lepas sekolah rendah, Mama masuk MRSM dan melanjutkan pengajiannya di Jepun. Itu yang terakhir aku tahu dan dia dah balik ke Malaysia. Selain dari Mama ialah Nur Ezanti Wahid. Dia ni pun boleh tahan pandai. Rasanya kami semua cepat mesra dan berkawan (ngam) masa darjah 5 ni.
Kelas kami di tingkat atas. Satu-satunya kelas darjah 5 yang sebaris dengan kelas-kelas darjah 6 yang lain. Kelas aku memang dikenali ramai 'gadis-gadis jelita', maka memang budak-budak darjah 6 sering buat-buat lalu di kelas kami. Ada yang melayan dan ada yang tak layan. Gila kau senior mengorat, saham tinggi tu! haha...aku rasa benda ni macam normal pula pada peringkat peralihan usia remaja, tapi bagi budak perempuan la. Bagi budak lelaki lain pula, almaklum budak lelaki lambat sikit matang kan? Aku tengok kawan-kawan aku yang akil baligh awal (masa darjah 4 lagi) sama ada malu-malu kucing sebab buah halkum tertonjol atau tiba-tiba jadi kental - almaklum rasa diri dah dewasa (memang pun, sebab dah mula tanggung dosa sendiri).
Aku dan Dzul seperti biasa kaki bising dalam kelas. Kami peminat filem-filem P Ramlee. Maka hampir saban waktu bila cikgu tak masuk kelas, kami akan berganding bahu menghidupkan watak-watak dari filem P Ramlee. Ya, aku rasa dulu watak penghibur tu memang kuat pada aku.
Antara yang aku ingat ialah aku ambil bulu ayam konon jadi trumpet Kassim Selamat dan kami ubah suai sikit-sikit jalan cerita. Tentu sekali yang popular "kenapa kau dilahirkan sebagai manusia?".
Selain itu kami duduk tak duduk buat pidato politik di belakang kelas. Sebenarnya untuk kelas Alam dan Manusia, kelas 5 Maju tak silap aku (kelas kedua) ada buat simulasi Pilihan Raya. Kiranya mereka buat dua parti dan pilih calon serta berkempen. Memang meriah kelas mereka. Kelas kami tak pula buat, gila rasa tak best masa tu, hehe. Aku pun ikut hangat masa tu sebab Dato' Radzi akan bertanding dengan Dato' Azmi Khalid untuk pemilihan UMNO negeri (lebih kurang, aku tak ingat tapi jawatan penting UMNO la, almaklum masa tu ayah memang orang kuat Dato' Radzi).
Seingat aku darjah 5 aku baik dengan Fadhli (Pali Zam Zam), Salwa dan Haniza. Macam-macam la kami dok merapu sama-sama.
Ada lagi budak baru yang lain - Shahril Fendy Lukmanil Hakim, nama ayah dia aku tak ingat. Dia ni anak orang besar dalam askar. Aku tak ingat apa pangkat ayah dia. Rumah dia di hujung Kampung Guru Fasa 2, maka kami sering sama bermain. Rasanya Fendy hanya duduk di Perlis untuk satu tempoh yang sekejap saja (setahun?) kerana mereka kemudian berpindah ke India. Aku memang cuba nak trace dia balik sekian lama tapi tak dapat. Yang aku dapat sikit saja maklumat, dia balik dari India dan masuk ke MRSM Terendak. Fendy memang betul-betul budak KL maka dia terpaksa sesuaikan diri bergaul dengan kami yang suka tangkap ikan di longkang besar, paya dan sawah sama ada pakai tangan, taut, memancing atau poyo bawa bubu. Entahlah, aku rasa enjoy je waktu tu walaupun kemudiannya mungkin aku dapat seliang dua birat kena rotan dengan ayah atau mak sebab main di longkang, hehe. Tapi aku antara yang rajin dan cekap la dalam hal tangkap ikan dulu.
Sebut pasal ikan, dulu jadi kegilaan juga tangkap ikan laga (di Perlis kami sebut ikan karing dan aku sampai sekarang tak tahu apa makna karing tu, atau sebenarnya ikan kering? mustahil!). Ikan karing ni siap buat jual lagi di kedai. Zaman kanak-kanak ni tak tahu apa itu zalim pada haiwan sebab suka layan warna dan juga tengok ikan karing ni kembang.
Aku rasa bermula daripada darjah 4 aku lost English. Status antara bijak pandai dalam kelas Merah masa darjah 1 sampai darjah 3 tinggal jadi sampah.
Nanti aku sambung lagilah...ada kerja nak buat.
Thursday, February 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
puan nurminazura tuh cam che gu sekulah aku ja..ajaq english gakk..
ReplyDeletedia yg agak cun tuh kann?
ya ya,
ReplyDeletedia kan kawen dgn Dr Khusairy?
ohh. tinggal di perlis kah?
ReplyDeletesekolah manakah?
memang lahir dan membesar di sana sebelum di sini sejak 2000.
ReplyDeletesekolah menengah kebangsaan derma yg terchenta ;)