Aku letakkan dulu tajuknya - nanti malam sikit aku tulis, baru rasa best! hehe...
Sebelum tu - aku rasa ini berbaloi untuk dibaca untuk mereka yang mahu memahami bahasa cinta muda mudi ;)
Aku dah sambung tulisan ni di bawah...sila klik tanpa segan silu..orang kata sila buat macam rumah sendiri ok?
Aku tak ingat bila aku mula 'dirasuk' untuk dengar cerita hantu, dan kemudiannya juga menjaja cerita hantu, haha ;) Wei, 'sumpah' aku bukan nak kalian takut...ia lebih kepada sekadar hiburan.
Ok, aku cuba senaraikan sedikit sebanyak ya?
Masa kecil Mak Chah sebelah mak (aku rasa ia mungkin Mak Besaq atau ringkasnya disebut Mak Chaq di utara) suka takutkan kami dengan gigi palsunya. Dia akan tanggalkan semua gigi atas berserta gusi dan sengaja selekehkan rambutnya untuk menambah kesan khas. Maka, sila jangan nakal-nakal supaya Mak Chah tak bertukar menjadi hantu, hehe. Sayang sungguh, aku tak ada alat untuk bertukar menjadi Ultraman atau Gaban masa tu.
Pernah sedara aku Suhaizar atau kami hanya panggil Ijar (dia ni anak Mak Ndak aku yang juga bekas Senator) dirasuk hantu air. Aku tak tahu macam mana hantu air tu tapi malam itu juga kami ke hospital untuk tengok tapi tak dibenarkan. Masa kecil bila cakap soal hantu ni terus terbayang mati kena gigit dan ada darah menitik-nitik di taring si hantu. Masa pergi hospital, kebetulan mak shif malam, ada jenazah sedang diusung...pergh, menambah lagi ketakutan aku!
Rumah Ustaz Ayob dulu pernah ada kesan tapak tangan hitam di pintu belakang semacam terbakar. Itu pun orang kata hantu. Gangguan di rumah Auntie Shikin dan Mak Besah (rumah mereka di sebelah dan depan rumah aku!). Pintu rumah yang terkunci dari dalam dan tak dapat dibuka oleh sebahagian kami semasa main perang pistol air masa kecil. Kisah hantu di sekolah yang memang tinggalan Jepun dan macam-macam lagi.
Filem? Yang aku ingat masa kecil tonton Sundel Bolong. Pergh, hantu Indonesia memang menakutkan....tabik! Selain tu Dracula dan Freddie Krueger. Dah besar mungkin hanya layan Urban Legend, Exorcist dan seumpamanya yang pada aku tidak cukup menakutkan. Eh, kalau Ghostbusters kira kisah hantu gak la kan? hehe..Hoho, cerita Setinggan bolehlah dikatakan cerita hantu yang boleh menakutkan kanak-kanak kan? Ala, yang Ibrahim Pendek kena alih tempat tidur tu...Hantu geng 606 dalam cerita P Ramlee tak kira ok? Banzai!
Waktu kecil memang ada kisah hantu lain yang diceritakan. Kisah hantu tetek yang sembunyi budak, hantu susu bawa batu nisan yang dikatakan anaknya, hantu galah yang tinggi, hantu raya bermata merah dan berbulu lebat...ah, jika panjang usia aku tulis lagi untuk malam Jumaat 13 yang lain ok?
Tapi perasan tak?
Kisah hantu dalam masyarakat kita ada paten:
1) Pakaian putih.
2) Ada yang boleh terbang dan boleh hilang macam main aci sembunyi dengan kita.
3) Giginya panjang-panjang dan ada darah, hehe
4) Rambutnya mayang mengurai, peewit!
5) Ada kisah hantu yang berupa wanita cantik, peewit lagi!
6) Pokok pisang jangan lupa berkaitan hantu ni...hehe
7) Mengilai...pergh, yang ni boleh angkat bulu tengkuk!
8) Malam Jumaat, kalau nak menarik ada kemiyan *wink wink!
9) Ceritanya selalu berlaku waktu malam, lebih-lebih lagi Maghrib (pandai orang tua-tua kita ek?)
Jika ada lagi sila tambah ok?
Ustaz aku pun pernah ikut serta kami borak kisah hantu. Ternyata dia banyak kisah hantu yang lawak-lawak di samping yang menakutkan - kali pertama aku dengan hantu di Terowong Karak yang orang bagi high beam dan tunjuk ke atas ada mayat suaminya terapung tu...pergh, seram!
Dulu di Perlis ada kisah hantu juga - aku tak ingat nama tempat tapi di tali air sekitar Beseri. Kisahnya dulu ada dua pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) selalu memancing di sana. IKM ni memang terletak sebelah MRSM Beseri.
Setiap kali mereka memancing bolehlah dapat 5-6 ekor ikan. Tapi jika ada satu orang tua berpakaian putih datang (tengok, mesti berpakaian putih kan? klise!), mereka tidak akan dapat ikan sedangkan orang tua ini akan membawa balik sebakul ikan (sebakul ni mungkin sekadar kata ganti untuk banyak la kot?).
Bila perkara ini terjadi berulang kali, datanglah rasukan iblis yang menyuntik rasa takut dalam diri mereka ini. Maka satu hati tu dua orang mamat IKM ni bawa kawan mereka yang ustaz sikit. Ustaz ni punya la berani....dia tahan orang tua tu dan tanya "Pakcik nak buat apa dengan ikan-ikan banyak ni?"
Pakcik tu jawab...
"Goreng pun sodap!"
Lu kena beb! Jumaat 13 boleh jadi macam April Fool juga jika kita mahu!
* Lari laju-laju dan jelir lidah.
Yay, 1-0 ok? ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bengong mu....hahaha..kan org putoh kata 13 is a bad number....sengaja pilih 13 friday eh?
ReplyDeleteorang putoh? hehehe (lmao)
ReplyDeletedah mmg semalam jumaat 13 kan?
hehe..amin bijak. tapi memang nak kena pancung ni. banzai
ReplyDeletejangan pancung saya....tulung!
ReplyDeleteTu Belum cerita Hantu kat rumah tok...
ReplyDeleteWaktu malam.sering kedengaran pasir bertabur atas atap rumah tok tghmalam.lalu allahyarhamah tok akan menjerkah
"OI,JANGAN KACAU CHUCHU AKU NAK TIDO SINI"
lepas tu tiada kedengaran lagi...malam itu
next?
TOK PELOIH!
haha, itu aku ingat...mak ada cerita ttg Hantu Peloih. Tapi masa kat kampus namanya kawan2 aku panggil lain, dah x ingat pulak.
ReplyDeleteCerita hantu kat rumah Tok tu bab lain nanti, hehe
kalo dpt hantu yang mcm casper bestkan..leh buat kawan..hehehe
ReplyDeletehahaha, memandai je kau ni
ReplyDelete