Sekurang-kurangnya suasana kini reda sedikit. Ya, sedikit cuma.
DS Najib dan DS Anwar masing-masing telah menjatuhkan beberapa kad mereka, terlepas sama ada kad itu penting atau tidak dan memberi kesan yang banyak atau tidak.
Kekalutan politik semasa sebahagiannya mungkin berpunca dari masa yang suntuh. Mac akan tiba dan tidak ada siapa mahu menjadi Julius Caesar pada hari yang dikenang sebagai Ides of March itu.
Entah mungkin kebetulan, tarikh bicara Raja Petra dan tarikh bicara DS Anwar 'ditentukan' pada waktu-waktu getir di mana pengalihan (diversion) perhatian dalam berita.
Dan antara berita penting yang mungkin larut dari perhatian ialah ini.
Kita tidak harus lupa bahawa "mereka yang tidak ada di mahkamah" sebagaimana didakwa "si kambing hitam" itu kini adalah rahsia umum. Sebab itu kita boleh memahami sedikit sebanyak bagaimana perjalanan negara ini diatur.
Ia mungkin bersifat pertarungan peribadi tetapi suka atau tidak ia telah mengheret negara ini. Rakyat harus memilih, mengambil kebebasan dengan tanggungjawab atau taat sebagai hamba makhluk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hanya melihat,
ReplyDeleteapa kesudahan,
dengan senyman kelat
relaks bro.
ReplyDeletejgn lihat saja. minda dan hati mesti sama menafsir.
nak tulis byk2 pun ramai yg dah tahu.
cuma malas nak beria2. maka, yg tak tahu tapi beria yg akan ke depan.
malaysiaku...
inilah yang susah
ReplyDeletekes altantuya ni kes pembunuhan
kes nyawa makhluk Tuhan
sepatutnya perlu diadili dengan betul-betul
ah!lihatlah moral manusia ini
sebab itu bab aqidah adalah bab fundamental. aqidah bukan saja hal percaya Tuhan, tetapi usaha menghadirkan Tuhan dalam perlakuan.
ReplyDeletedari hal ini, saya tegaskan manusia tetap dijamin bebas oleh Tuhan namun harus diingat beza ruang awam dan ruang persendirian. dan tiap dari kita akan balik kepada Tuhan nafsi2.