Hari ni tiba-tiba abang Bakar telefon dari Johor. Kesian dia ada beberapa panggilan aku tak jawab. Abang Bakar ni aku kenal masa aku aktif tabligh satu tika dulu. Masa tu aku keluar 40 hari berdakwah di Pontian di mana abang Bakar adalah Penolong Pegawai Daerah di sana. Rupanya blog ini telah diketahui olehnya! Haha, ok je...aku tak akan tutup blog ni walaupun takdir satu hari nanti aku menunjukkan diri aku juga sama macam orang muda lain melayan arus...Tak apa, nanti kisah-kisah pengalaman tabligh insyaAllah akan termuat di blog ni dan aku akan cerita pasal abang Bakar. Tapi dia mungkin saksi akhir kisah cinta aku yang terkubur (1999-2001), hurm...
Gandalf (bukan nama sebenar) SMS ingatkan aku jika aku sudah balik KL jangan lupa hubungi dia. Oh, semoga aku mampu membincangkan hal ini secara serius dengan dia. Tempoh hari masa di Rasta, TTDI aku dah maklumkan kepada dia sedikit sebanyak apa yang terbentang di depan aku. Jika aku berjaya kendalikan apa yang terbentang di depan aku ni (semuanya akan lebih jelas pada Jun atau Julai 2009 insyaAllah), maka aku tentu sekali akan gembira. Ah, esok je yang tinggal pun sebelum aku balik ke KL bersama emak dan adik. Mak ikut aku sebab nak uruskan hal umrah. Eh, aku pun teringin la nak berumrah, melihat Kaabah dan makam Rasulullah s.a.w. serta pelbagai lagi kekayaan Tuhan di sana, hurm...
Tengah hari tadi bercakap dengan Pak Khalid di telefon. Semoga urusan yang kami bincang dipermudahkan. Kadang-kadang aku tersenyum sendiri. Ya Allah, Kau Maha Hebat dan aku hamba-Mu yang selalu lalai. Janganlah nikmat yang Kau uji aku ini Kau biarkan aku gagal tak terpandu. Semua ini, pada akhirnya perlu aku bincangkan dengan cik Stateskop...dia ok je sebelum ni, cuma aku je kot yang takut-takut. Pengalaman buruk orang minta break dengan aku tapi pukul canang aku tak pernah couple dengan dia kot? Ops...dahlah, lupakan...
Senyum. Entahlah..kadangkala kesungguhan ni sukar diungkap dengan kata dan laku.
Petang macam biasa jumpa kawan-kawan Catur. Aku dah bagitau mereka awal-awal jika jadual Terbuka Perlis tidak bertindih dengan jadual umrah emak April ni, insyaAllah aku akan ambil cuti dan balik. Semua pun masih terkejut sebab permainan aku masih tersisa kualiti, cewah! Jika kalian baca siri lepas pasal Catur (dan ia belum habis!), mungkin kalian dapat sedikit sebanyak gambaran kot bagaimana pengalaman tu benar-benar mengajar aku.
Mak SMS tanya sama ada aku nak ke stadium atau tak malam (tadi la tu..). Oh ya, adik aku Akhbar tu memang penyokong fanatik bola sepak Perlis. Kami sekeluarga dah lali dengan kedegilannya. Dia pun ada pas masuk percuma sebab OKU. Cuma kedegilannya tu kadangkala membahayakan. Bayangkan bola main pukul 8.45 malam, pukul 12 tengah hari dia dah tercangak di stadium! Pening kepala beb! Pernah sekali aku dapat berita dia diserang sawan semasa di sana. Apapun dia adik aku dan cik Stateskop pun dah maklum. Aku harap Tuhan bantu tenangkan hati aku dengan menyuntik kasih sayang umat pada adik aku. Sekurang-kurangnya dia dah masuk syurga (insyaAllah).
Oh, malam ni selain tengok bola aku cuba bau suasana bola sepak di Malaysia. Dulu selepas aku berhenti main bola, aku sendiri tak sangka aku nekad berhenti terus! Ego zaman remaja kot? Mujurlah Pak Jon tak mahu aku siakan bakat, dapat juga main ragbi negeri. Entahlah, aku rasa sukan ni yang penting ialah disiplin dan kesungguhan untuk meningkatkan prestasi.
Tadi Perlis 0 - PKNS 0, tapi Perlis layak ke pusingan seterusnya Piala FA berdasarkan agregat.
Tadi di stadium mata dan telinga aku sangat aktif. Mata aku sayu tengok adik-adik kecil yang sebahagiannya sekolah rendah membanting tulang membantu keluarga dengan menjaja air, kacang, kuaci dan sebagainya. Mereka cari rezeki halal. Entahlah, aku harap pelajaran mereka tak terabai. Bila aku balik kampung dan jumpa kawan-kawan (haha, padahal di KL pun sama), topik anak muda, masyarakat dan pendidikan ni memang aku tak lupa fikir, kongsi dan yakinkan mereka sungguh-sungguh bahawa sesuatu boleh dilakukan. Ah, aku tulis macam ni bukan sebab aku bagus tapi tema 'sharing is caring' tu memang tema aku di mana-mana. Tapi awas, aku pun ada pengalaman dengan orang yang tak suka kau bercakap atau bercerita. Mereka ni manusia sempurna barangkali? Entahlah. Senyum sajalah, haha..itu pun aku mahir apa? Ya, sebab tu kawan-kawan akan mudah kesan jika aku gundah gulana, sedih amat atau marah. Huh, macam mana ek aku nak belajar supaya orang tak cam aku sedang sedih amat, marah atau gundah gulana? Sedih sikit-sikit tu biasalah aku boleh senyum lagi. Hurm, cermin besar yang aku wakafkan di ruang tamu tu mungkin harus dibeli lagi satu - buat praktis senyum waktu sedih amat, marah atau gundah gulana, muahaha.
Ops, terbebel cerita lain pulak! Haha, selain tu aku dengar penyokong-penyokong bersorak, berkomentar dan berbual hal-hal lain tentang hidup mereka. Haha, aku rasa orang Perlis ni best...pandai bercerita. Aku yang curi-curi dengar pun tak dapat nak elak dari tersenyum dan hampir ketawa. Macam harem je korang :p aku rasa berbaloi la bantu bola sepak Malaysia dengan tengok di stadium. Lagipun untuk negeri aku yang comel lote ni. Malam ni penyokong tak ramai, mungkin sebab hujan atau Piala FA. Dulu masa aku kerap ke stadium, pergh..memang ramai beb siap boleh buat Mexican Wave (Viva la bola 1986!).
Yang seronok tentang penyokong bola ni bila mereka maki pengadil sebab keputusan silap. Ya, pengadil pun manusia dan maki tu bukanlah benda yang baik, cuma aku faham bahasa-bahasa ni semua bahasa gurauan. Oh, di stadium memang ada awek-awek melawa dan orang yang datang bawa isteri dan anak. Oh, bahagianya. Tapi itulah, bila awek masuk stadium ni, bunyi 'sweet, sweet' tu (bersiul la!) memang tak boleh elak la. Yang datang berkeluarga pun cool. Ada seorang makcik tu bersorak sempoi je. Siap masa marah pengadil tu dia tanggalkan kasut nak baling, hahaha.
Urm, mungkin sentimen kampung aku tebal kot. Orang perempuan marah cara kampung lain sikit. Taklah sampai mencarut dan konon cool dengan mengulang wtf, sh*t, a**hole, f**khead dan sebagainya.
Esok berbaki satu hari lagi cuti panjang ini.
Tuhan, terima kasih untuk jawapan-Mu. Aku telah puas berdoa untuk itu :)
Masa depan selalu ada menanti kita jika panjang usia. Haha, lawak la cik Stateskop kata nanti nak dengar degupan cinta di hati aku guna Stateskop :p
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cik stateskop??...ini dah tentu2 serius neh..hmmm,yang mana satu agaknya cik stateskop hang...hmmm
ReplyDeletealamak..diam2 sudey! hehe
ReplyDeleteuruskan dulu perkahwenan hang hujung tahun ni..nanti aku dtg amik berkat!
haha..ko buat aku tringt..
ReplyDeleteyg kt bukit jalil n kangar..
mmg rmai bjualn kt situ..meriah..n mmg budak kecik yg jual kn
hehe..yg fmly tu..haha..fmly aku pun kengkdg mcm tu..dtg smua, skali pndg mcm piknik..mcm2 mknn beli n bebetul sepak dgn santai 9ni maser kat bukit jalil tgk perlis lwn pahang, final, time ko kat klia nk btolak ker jepun kot)
psl ppuan bsorak tu..ader team fan perlis..kalu perati yg kat gendang tu..akn ader sorg ppuan yg akn bsorak hbis2n..kengkdgn mcm dh mnari plak kat palang phadang tu..lucu
paling aku tak luper maser knduri kawin pakcik aku yg bongsu d bseri..hehe..saper pmain yg asal kelantan pastu masuk perlis tu? aku luper namer dier, handsome..tapi dtg ngan isteri..kuang2 frust aku..yg tak boleh blah, maser bebudak n bapak budak bbaris n bsalam biler simaconda n lamin dtg..tenggelam terus pengantin (pakcik aku)..kuang2..aku luper maner gmbr2..ngan ayah aku kot..gmbr kmeriahan suasana kg yg dpt jumper star bola..riuh
aku ingat - masa aku kat KLIA sblm berlepas, cubaan utk menghabeskan bateri hs aku datang bertalu2 dari kau.
ReplyDeleteagak2 la nak bg liputan bola time tu, hahaha