Hari ini khabar jauh dari teman-teman di Perak, cuaca hujan. Cuaca ini mungkin tidak sama dengan cuaca 9 Mac 2008. Bagi seorang yang mahu digelar pejuang, atau tidak mahu mengangkat tangan menyerah kalah, perjuangan mesti terus - hujan atau panas.
Banyak masa dari kehidupan kita mungkin susah payah. Sedikit masa sangat menggembirakan. Dan ia boleh jadi sebaliknya - banyak masa menggembirakan dan dan sedikit penuh kesukaran.
Itulah hidup.
Mungkin dari seluruh kehidupan ini memang benar-benar pentas. Pentas tempat kita bermain watak - dari pak pacak sampai ke watak utama. Watak-watak ini mungkin hadir dari pengesanan bakat, atau peluang yang ditawarkan atau mungkin kita sendiri mahu cuba-cuba mencabar diri ke tingkat yang lebih tinggi dari hal potensi.
Dari satu titik ke satu titik itu dinamakan proses dan proses jarang datang mudah. Jatuh bangun hanyalah bentuk acuan kita dan kitalah yang memilih untuk mengaku kalah atau terus berjuang meski dalam payah. Pemenang ialah mereka yang tidak pernah mengaku kalah dan selalunya mereka yang kalah itu bermula dari ketidakyakinan yang ditempa sendiri.
Tiap dari kita ada pandangan sendiri tentang apa yang kita namakan kesempurnaan - dari kehidupan dan segala macam. Kesempurnaan inilah yang mungkin kita anggap sebagai kebenaran hidup. Kebenaran hidup inilah yang selalu kita bawa bersama saat diri berkira-kira punya pandangan tentang apa saja.
Kesempurnaan barangkali mungkin hadir dari pengetahuan dan pengalaman. Kita tentu saja bukan Rasul atau Nabi yang menerima terus wahyu dari Tuhan. Ya, memang sering kita berkomunikasi dengan Tuhan terutama saat payahnya menerima kenyataan dan jarang sekali saat mudahnya kehidupan.
Dari hal yang banyak kita mencebik-cebik untuk hal yang tidak kita suka. Kita mahu senang sekali mendengar apa-apa yang seiring dengan apa yang telah kita persetujui atau mahukan terjadi. Pendek kata - hasil akhir mesti sama dengan yang dimahukan. Kita mungkin tak mahu bersedia untuk menerima sebaliknya. Jika terjadi, lekas-lekas kita menzahirkan ketidakpuasan hati atau cepat-cepat menyediakan sasaran kemarahan atau meneropong ruang kelemahan yang boleh disabitkan.
Hina sungguh sikap kita. Kita sangka dengan kelemahan dan kekurangan yang ada pada pihak yang kita tidak suka, tidak kita persetujui malah lawan kita itu sebagai satu kelebihan malah kebenaran kita.
Lekas-lekaslah memperbaiki diri. Kebenaran tidak selamanya kenyataan, sekurang-kurang untuk satu tempoh waktu. Jangan saat kebenaran itu tiba, kita masih mahu menyalahkan masa dan Tuhan!
Janganlah kau melihat kebenaran itu pada orangnya, kenalilah kebenaran dan kau akan tahu siapa ahlinya - Saidina Ali k.w.. Teruskan belajar tentang Tuhan, diri dan kehidupan....
* Ini hanya catatan umum dari hal yang banyak....
Thursday, February 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
seringkali bapak amin akan berdiri dengan tiang proses... tapi ramai orang lebih suka kepada hasil akhir tanpa memedulikan proses yang berlaku... konsep negara kita ni memang unik dan bole menjadi sejarah suatu masa nanti, bagaimana?
ReplyDeletepengakhiran bagi aku ialah mati atau kiamat.
ReplyDeleteyang lain2 ialah proses dan kita hanya berhenti pada satu titik ke titik yang lain.
tuan yg dipertua, saya mohon mencadang, hehe