Saturday, February 7, 2009

Meluruskan Sikap Terhadap Isu Di Perak

Aku boleh faham sangat dah jika media massa milik kerajaan dan juga kroni (inilah buruknya monopoli penswastaan - dan ia bukan ciri kapitalisme yang asli!) memesongkan (divert) isu yang ada.

Pada aku isu lompat parti ini jelas. Tidak ada siapa boleh disalahkan selain mereka yang lompat itu dan juga parti mereka sebelum ini kerana tidak benar-benar mengukuhkan tekad yang ada. Jika parti baru mereka benar menggunakan rasuah dan juga ugutan (misalnya tanda tanya kehilangan mereka sampai keluarga pun tak tahu, malah menggunakan alasan Raja Muda nak jumpa sebagai 'ayat pancing' untuk mencolek mereka), ia juga boleh dikatakan salah.

Yang berlaku telah pun berlaku. Cuma kita harus jelas:

Apabila ada peruntukan yang jelas dalam Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ Menteri Besar hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.
Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.
Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Justeru, tindakan Menteri Besar dan Pakatan Rakyat amnya untuk tidak meletakkan jawatan dan membawa isu ini ke mahkamah pada aku adalah hak demokratik mereka. Soal siapa menang di mahkamah dah jatuh cerita nombor dua.

Memang kini UMNO-BN memiliki majoriti sokongan berdasarkan sikap yang ditunjukkan oleh 3 orang YB (atau bekas YB jika mahkamah memutuskan surat perletakan jawatan mereka sah dari apa yang diumumkan Speaker Dewan). Justeru, UMNO-BN sepatutnya menggunakan sidang Dewan untuk usul tidak percaya. Ia sepatutnya mudah.

Memang ada grey area di mana Sultan boleh mengguna pakai Akta Interpretasi untuk membuat keputusan. Maka, kita serah kepada mahkamah sama ada peruntukan dalam Perkara 16(6) atau Akta Interpreatasi yang lebih kuat di sini.

Sebab itu Malaysia memerlukan Mahkamah Perlembagaan sebagaimana yang wujud di Britain.

Sultan mungkin silap, sekali lagi penegasan mungkin, maka jalan keluar ialah serahkan kepada mahkamah.

Propaganda anti-sultan, bahaya pada agama dan bangsa pada aku ialah propaganda yang hanya dimakan oleh orang yang lemah jiwa dan lemah akal.

Biar aku tegaskan di sini bahawa Islam agama aku adalah agama yang jelas sikapnya terhadap Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang. Tidak ada dalam hujah agama bahawa ada manusia above the law.

Jika Melayu percaya mereka mulia dengan Islam maka nilai Islam ini harus dipertahankan. Kesetiaan pada Raja bukan beerti rex non potest peccare-. Ini bukan zaman feudal di mana Raja tidak sama sekali akan melakukan kesilapan. Hatta kuasa raja juga datang dari peruntukan melalui kaedah undang-undang.

Ada juga yang berhujah jaga keamanan. Adakah mereka faham sejarah bahawa keamanan hanya datang dengan keadilan? Di mana-mana jika keadilan tidak wujud secara mutual, maka ketidakamanan yang dipanggil. Tak payah pergi jauh-jauh, dalam isu pembahagian harta dalam keluarga pun berlaku! Keamanan datang dan dijaga oleh hak-hak yang termaktub dalam undang-undang. Nak bunuh orang dan hukum bunuh balas pun melalui undang-undang!

Betapa jahatnya propaganda melagakan rakyat dengan Sultan. Apa nak jadi dengan negara kita ini?

7 comments:

  1. Aku rasa itu sebab Hizbut Tahrir,ISMA dan JIM tak nak masuk. Itu undang-undang manusia. Manusia tak sempurna. Jika ketidaksempurnaan diguna pakai, MESTI ada orang above the law.

    Kita perlu sebuah negara yg sempurna sifat pemerintah dan undang-undang,al Qur'an dan manhaj Rasulullah.

    Ini pendapat aku. Mungkin ko suka atau mungkin tidak.

    Sebagai Muslim, aku hanya sokong hudud & qisas, tetapi tidak DAP yg biaDAP tuh.

    ReplyDelete
  2. terpulang kpd sdr..

    ini masalah sikap, bukan masalah undang2 :)

    ReplyDelete
  3. malangnya masih ada yang menjerit
    "sumpah raja sumpah berdaulat"

    apa yang berdaulatnya?

    raja dan kita hakikatnya sama

    bagi saya, tak semestinya pertubuhan yang menggunakan nama Islam sahaja memperjuangkan Islam

    perlu diingat

    Rasulullah tidak serta-merta impose hukum hudud

    kefahaman perlu didahulukan saya kira

    baru saya tahu total privatisation bukan kapitalisme yang asli

    bagaimana tu?

    ReplyDelete
  4. kapitalisme berdiri dari konsep persaingan melalui pasaran bebas dan campur tangan pemerintah adalah sgt minima.

    penswastaan di malaysia boleh kata hampir semua monopoli dan hak milik kerajaan di mana wang rakyat diguna utk bailout.

    konsep kapitalisme yg asli x pernah setuju dana awam digunakan utk bailout. dlm persaingan perniagaan, yg lemah akan bungkus atau perlu re-invent dirinya. menggunakan dana awam utk jaga bisnes yg kerajaan buat (dan biasanya kronisme) adalah tindakan yg salah!

    ReplyDelete
  5. ok yang ini saya kira jelas

    contoh situasi;

    kalaulah, diulangi kalaulah, sekiranya semua penswastaan di malaysia ni bukan kroni punya.
    (mungkinkah? :))

    tapi tetap total privatisation

    bagaimana pula?

    ReplyDelete
  6. total privatisation x mungkin wujud kerana kapitalisme hanya percaya kepada konsep kerajaan minima di mana kebanyakan isu masyarakat tidak terus dicampur tangan oleh kerajaan terutama dlm hal penetapan harga di pasaran.

    bagaimana cara nak hadkan kerajaan? rendahkan cukai. kerajaan hanya hidup dgn cukai rakyat dan sering angkuh dgn mendakwa mereka tahu segalanya sdgkan kita semua manusia - ada lebih dan kurang. dgn persaingan, pengguna ada hak memilih. tanpa persaingan pengguna dipaksa memilih!

    cukai rendah, surplus money tinggi tapi bila cukai rendah sebahagian tggjawab dlm masyarakat harus diambil sendiri oleh mereka. dgn cara ini rakyat tidak serahkan segalanya kpd kerajaan dan dgn sendirinya terlibat dlm proses2 pengurusan negara.

    mungkin cukup utk itu dulu? :)

    ReplyDelete
  7. cukup :)

    perlu lebih banyak mengkaji ni

    ReplyDelete