Sunday, February 8, 2009

Menjelang 27 Tahun Hidup

Hurm, jika Kurt Cobain hidup dia akan berusia 42 tahun dan tentunya tahun ini dia akan ajak aku raikan hari lahir kami - 20 Februari - sama-sama dengan menyanyi lagu Heart Shaped Box.

Oh ya, 14 Februari ni orang putih kata Hari Valentine dan aku tak pernah sambut. Mungkin kerana aku tak ada girlfriend? Ah, sebenarnya jika ada pun boleh sambut hari-hari apa? Hari-hari pun sayang kan?

Aku cuba bayangkan seronoknya jika orang lepas berkahwin sambut hari-hari penting dalam hubungan mereka, sweet kan? haha, haih! Hei, itu mungkin satu dari ciri kebahagian rumah tangga apa? Aku rasalah...

Menjelang usia 27 tahun...

20 perkara yang aku belajar dari tahun 2008 (dan cuba baiki untuk baki usia yang ada)

01. Usaha tangga kejayaan. Kita mungkin putus asa dan rasa down pada satu tahap kerana usaha kita nampak macam tak membuahkan hasil. Pendek kata, setengah usaha memerlukan tempoh masa tertentu untuk melihat hasilnya.

02. Kita mungkin takut atau tidak suka dengan sesuatu perkara tetapi selepas cuba kita mungkin berfikir sebaliknya. Pendek kata, tidak salah mencuba. Keberanian dipupuk dari kemahuan mencuba. Tapi kebanyakan kes aku bila cuba rasa biasa dan ok saja, tak adalah rasa macam "wah..".

03. Meluaskan zon selesa sentiasa sesuatu yang thrill dan buat aku rasa hidup ini sangat seronok dan rugi jika tidak dinikmati.

04. Walaupun kita score CGPA kaw-kaw punya, jika tak siap tesis kita tak boleh bergraduat. Dan aku harus rasa gerun bila dengan cerita Pizal yang siap tesis sem 5 tapi graduat sem 8 serta Sue yang siap tesis sem 5 tapi graduat sem 10! Ngeri beb....

05. Jika nak kahwin, suka atau tidak cinta saja tidak cukup. Biasanya orang akan tanya hal kerja kau sebab tak ada siapa berminat nak makan pasir. Cinta tak boleh dimakan kecuali makan hati masa bercinta.

06. Kita tak boleh take for granted bahawa semua manusia sukakan kebaikan.

07. Senyuman adalah sesuatu yang sangat berharga, Thank God I love to smile.

08. Aku faham dengan lebih baik kata-kata "masalah rumahtangga jangan dibawa ke tempat kerja dan begitu juga sebaliknya".

09. Kawan-kawan sentiasa orang yang mahu dan cuba pastikan kau gembira dan tak bersedih, tapi akhirnya mereka akan pergi melalui hidup mereka masing-masing bila tiba waktunya dan kita harus menghargai waktu-waktu bersama.

10. Untuk mengelakkan diri kita bermasalah, penuhkan masa kita dengan pelbagai perkara. Kini baru aku yakin dengan dapatan research Linda Caldwell tentang akar permasalahan remaja-belia.

11. Menangguhkan kerja sentiasa tidak bagus apatah lagi bila kerja itu akan mengganggu kerja orang lain dan organisasi.

12. Mengaku kesilapan atau kelemahan kepada orang yang faham tentang "teamwork" sentiasa sesuatu yang membina. Tetapi perkara yang sama jangan dibuat kepada orang yang selfish dan tidak tahu meminta dan memberi maaf.

13. Kau boleh cinta orang bagai nak mati, tapi kau jangan sangka dia akan cinta kau bagai nak mati juga. Bila dia kata dia tak cinta kau, lain kali sila blah cepat-cepat. Tapi jangan terkejut jika cinta boleh datang dari pandang pertama dan berputik segar walaupun nama empunya diri baru tau waktu tu, hehe.

14. Dalam komunikasi ada bahasa dan bahasa membawa makna. Makna ini boleh saja disalah fahami. Bila kita sentiasa dulukan fikiran negatif, kita cenderung mendapat keputusan negatif. Tapi jika kita sentiasa dulukan fikiran positif, besar kemungkinan hasil yang positif dapat diperolehi.

15. Sikap yakin penting dalam hidup, apa juga yang kau nak buat.

16. Kita memang perlukan orang lain dalam hidup, jika tidak sepenuhnya tetap ada masa-masanya.

17. Orang yang nampak hebat (dan baik) bukan beerti dia tidak ada kelemahan begitulah sebaliknya.

18. Aku juga yakin dengan kata-kata "masa lalu tidak dapat diubah, tetapi kita boleh ubah masa depan dengan tindakan kita sekarang".

19. Memaafkan orang lain sentiasa sesuatu yang baik. Mereka mungkin ulangi sikap buruk yang sama...selagi ia tidak memberi kesan kepada hidup orang lain, maka kita boleh terus beri galakan kepada mereka untuk memperbaiki diri.

20. Keluarga adalah aset kepada jiwa kita. Buruk dan baik mereka adalah cermin diri kita.

16 comments:

  1. tak sabar nak bday ye? wonder gak aku camne rupa ko kalau celebrate bday skali ngan kurt cobain...

    ReplyDelete
  2. hahahaha,

    tentu saja aku akan hentak dia dgn gitar sebelum dia hentak aku!

    pastu lari laju2 :p

    ReplyDelete
  3. Amin haha dah kena suruh ramaikan umat hahah

    ReplyDelete
  4. alamak blum lagi birthday tapi entry berkaitan birth dh byk...
    sabar2 :D..
    akan tiba masanya..hehehe..
    hantar kek sepotong ke sini yerk:-p

    ReplyDelete
  5. bukan apa, mungkin x ada entry untuk beberapa waktu :)

    ReplyDelete
  6. pelik la aku orang hensem macam amin ala-ala Pak sheikh zaman muda ini tiada buah hati atau orang tersayang.

    Tapi semua ini..ketentuan kan, terlalu awal bagi lelaki umur 25 untuk berkahwin bak kata Pak Khalid.Hehehe

    Kita perly terus mencari ilmu dan membina diri kita menjadi manusia yang baik. Tak gitu amin..hehehe.

    ReplyDelete
  7. alamak dah nampak dh idung nobita kembang kucup kena puji..hahahah

    ReplyDelete
  8. hak....lex amin...akan tiba gak 1 hri nti....

    ReplyDelete
  9. Amin...kawen je cepat2 kalo nak tau hidup org kawen ni best ke tak. Aminnnn.....

    ReplyDelete
  10. Apsal Perkara ke-13 tu mengingatkan aku kat KEMPAS 2007? hehehe....

    Amin kalu dia minat kat seseorang awek tu, dia akan sangat obvious menunjukkan perasaan dia. Mana awek tu x kecut perut..ish..ish..ish.. Jgn mara aa...

    Anyway, happy becoming birthday na... che' takut terlupa nak wish karang. 27 tahun, usia untuk menambah pengetahuan dan pengalaman. Belum cukup matang lagi tu....

    ReplyDelete
  11. haha, ni apa kes memandai ni?

    budak sekolah pun nak ushar? hahaha

    peewit!

    ReplyDelete
  12. tggu la nnt ms tu mgkin aku ambush WHG..mandikan dgn cat merah mgkin? :p

    *kidding*

    ReplyDelete